Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman Akui Tidak Sebar Fahaman Politik


Pelakon Mohd Hakim Lokman atau Bob Lokman,47, menjelaskan kehadirannya di sebuah masjid di Sungai Lui adalah untuk memberi ceramah mengenai agama semata-mata untuk mendidik umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dan bukannya menyebarkan fahaman politik.

Pelakon itu berkata kehadirannya tidak mempunyai agenda terselindung ataupun mahu mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.

"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor atau meraih populariti.

"Tambahan pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah di sisi agama," katanya ketika dihubungi mStar Oline, di sini, Selasa.


Gambar kenangan Bob bersama Allahyarham Din Beramboi dan Afdlin Shauki ketika menjadi juri Gelanggang Raja Lawak musim keempat.

Bob Lokman diminta menjelaskan laporan portal The Malaysian Insider yang melaporkan dia ditahan kerana dipercayai menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Hulu Langat dekat sini malam Isnin.

Penulis lagu Isabela nyanyian Amy Search itu ditahan selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui dan telah disoal siasat oleh Jais pada Selasa.

Sebelum ini dia pernah membuat kontroversi dengan mendakwa tidak mempercayai lagi dunia hiburan yang dianggap sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

Langkah itu menyebabkan dia menyertai Pas.

Tindakan Bob Lokman tersebut menyebabkan pelakon Awie (Wings) menempelak beliau dengan berkata pelakon itu juga pernah mencari rezeki sebagai artis dan tidak wajar membuat tuduhan sedemikian sekiranya mahu meninggalkan dunia hiburan. -Mstar

14 comments:
Write comments
  1. Jais perlulah memastikan dahulu perkara sebenar sebelum membuat serbuan.

    ReplyDelete
  2. Jika Jais terus mengambil tindakan secara melulu, ini akan menjejaskan nama baik mereka sendiri. Fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
  3. kalau mahu menyampaikan ceramah agama tu janganlah diselitkan dengan unsur politik.

    ReplyDelete
  4. harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  5. jika sekadar berdakwah untuk agama tak ada salahnya.

    ReplyDelete
  6. JAIS ni macam paranoid.

    ReplyDelete
  7. Takkan agama pun mahu dipolitikkan? Jangan cemar kesucian agama. Siasat perkara ini terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  8. isu seperti ini harus diuruskan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  9. harap pekara ini akan diselesaikan dengan segera dan tidak berpanjangan.

    ReplyDelete
  10. lagi bagus buat serbuan di tempat2 yang berpotensi berlakunya maksiat daripada menyerbu pihak yang membuat ceramah untuk kebaikkan..

    ReplyDelete
  11. Tidak perlulah kita membuat andaian kita sendiri atas kehadiran Bod Lokman ini.

    ReplyDelete
  12. Politik agama berlainan dengan politik sekarang ini. Jadi mungkin tazkirah yang disampaikan oleh Bod Lokman untuk menunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang Islam dan bukannya politik. Mungkin juga terselit serba sedikit mengenai politik. Kita sendiri tidak mendengar apa yang disampaikan oleh beliau.

    ReplyDelete
  13. Para menteri yang berucap di masjid itu ada tauliahkah? Kalau macam itu tidak kira Perdana menteri, menteri atau wakil rakyat kena minta tauliah dulu baru boleh berucap.

    ReplyDelete
  14. Diselangor sesiapa nak bercakap pasal agama perlu ada tauliah kalu tidak nahas kau,tapikan kalau orang nak mati tak boleh sesiapa tolong bantu bersyahada seabab tak ada taulia ,nak bawa kawan2 mulakan solat tak boleh tak ada taulia dan kalau nabi SAW masih ada datang berdawah ke selangor pun kena tangkap sebab tak ada taulia.Jais penghalang agama Allah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.