Wednesday, October 19, 2011

Himpun : PAS Umum Pendirian Tidak Terlibat

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

17 comments:
Write comments
  1. Betul, rakyat yang mengikuti perhimpunan perlulah menjaga emosi diri dan tidak melampaui batas.

    ReplyDelete
  2. Keharmonian rakyat berlainan bangsa perlulah sentiasa dijaga.

    ReplyDelete
  3. Apa2 saja la pas, yang penting tidak menganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  4. Kita harapkan semua parti yang ada dalam arena politik dapat memberi sumbangan kepada rakyat!

    ReplyDelete
  5. yup.. hormat dengan kehendak penganjur program.. jangan pula nanti ada yang menyelit masuk menyebarkan agenda politik..

    ReplyDelete
  6. apa2 perhimpuan kena dalam keadaan aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  7. isu ini berhubung dengan agama. jadi, janganlah campuradukkan dengan politik walaupun mungkin ada ahli politik terlibat sama.

    ReplyDelete
  8. Tengoklah kalau perhimpunan ini dapat mengumpulkan sampai sejuta orang.

    ReplyDelete
  9. Kalau tidak terlibat, bah janganlah terlibat. Kotakan kata.

    ReplyDelete
  10. Keharmonian tu yang perlu diwujudkan. Agar tenteram rakyat tinggal di M'sia.

    ReplyDelete
  11. Ok la tu, sekurang-kurangnya tiadalah sesi perdebatan.

    ReplyDelete
  12. ketenteraman awam kenalah dijaga.

    ReplyDelete
  13. perlu ada kawalan juga ni.. sejuta orang tu bukan satu jumlah yang sedikit..

    ReplyDelete
  14. yang penting pastikan ketentraman dan keharmonian sentiasa dijaga.

    ReplyDelete
  15. sebarang pekara yang ingin dilakukan juga perlulah selaras dengan undang-undang...

    ReplyDelete
  16. Harap apa yang dikatakan adalah benar dan bukannya untuk mengelak semata-mata.

    ReplyDelete
  17. Baguslah kalau PAS tidak mahu terlibat dalam perhimpunan itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.