Thursday, October 27, 2011

Ketua Jabatan Audit Boleh Didakwa Kerana Libatkan Kabinet - Aziz Bari

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Amat misteri

Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata, beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya segera.

"Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat," katanya sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu.

Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih "amat misteri".

Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain.

"Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul," katanya lagi. -mk

15 comments:
Write comments
  1. Prof. Jangan lagi beri komen nanti di kecam lagi. Biar aja rakyat hukum.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan persekutuan perlulah menangani isu ini dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  3. Baik kita tunggulah dan lihat bagaimana kes ini akan menjadi.

    ReplyDelete
  4. Will any action be taken on him after this?

    ReplyDelete
  5. Tunggu saja alasan2 yang akan diberikan selepas ini.

    ReplyDelete
  6. laporan audit tahun ini menunjukkan byk lebihan perbelanjaan.

    ReplyDelete
  7. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  8. jangan tunggu lama.. bawa la ke mahkamah..

    ReplyDelete
  9. Sama-sama kita tunggu dan lihat sbb Audit Negara sudah memanggil semua Jabatan baik diperingkat kerajaan Pusat serta peringkat dalaman supaya memberikan penjelasan.Tidak adil terus menyalahkan kerajaan dan menutup mata mengenai kerugian KDEB sbg contoh yg berlaku dlm negeri PR.

    ReplyDelete
  10. semakin giat dan lantang Prof.Aziz Bari ini bersuara.

    ReplyDelete
  11. siasatan dan penjelasan amat diperlukan dalam isu ini.

    ReplyDelete
  12. tahniah prof, teruskan dgn sttment yg pedas, bernas n jitu...

    ReplyDelete
  13. Betul..Seharusnya Agong sendiri yang membacakan laporan audit tersebut.

    ReplyDelete
  14. tahniah prof berani kerana benar takut kerana salah

    ReplyDelete
  15. Buat apa ada perlembagaan, kalau tidak diikuti dan diamalkan.Kalau diwujudkan hanya untuk syarat saja, maka hancurlah negara. Pemimpin (pucuk pimpinan), yang mengaplikasikan dan mengamalkan perkara di atas ialah siapa?... siapa lagi kerrajaan BN yang selama ini memerintah lah.. jadi kalau ini berubah atau lebih baik dan telus (memerintah ikut perlembagaan) tukar saja lah pemerintah... sebelum terlambat/lebih parah...sakit2...hancur negara...hancur dunia...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.