Monday, October 31, 2011

Batalkan Kursus Pendididkan Di IPTS?

PEMUDA Umno mendesak agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) jika graduan lepasan IPTS ini tidak dapat diterima sebagai Guru di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Penuh Kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, itu adalah langkah terbaik agar anak-anak muda Sabah yang terpelajar ini tidak menjadi mangsa birokrasi Kementerian Pelajaran yang hanya menerima Graduan IPG dan IPTA mengajar di sekolah kerajaan.

Tegas Jamawi, seramai 152 orang graduan pendidikan di negeri ini yang telah menamatkan pengajian mereka di Unversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan pendidikan masih menunggu khabar berita bagi ditempatkan di mana-mana sekolah di negeri ini.

Jamawi berkata, baru-baru ini beliau telah ditemui oleh beberapa orang lepasan dari Institusi tersebut yang berharap isu tersebut dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

Menurut Jamawi, dari jumlah tersebut mereka telahpun menerima izajah mereka pada tahun 2009, 2010 dan 2011, bagaimanapun sehingga kini mereka belum menerima sebarang tawaran untuk berkhidmat sebagai pendidik di mana-mana sekolah di negeri ini.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID (sabahkini)

20 comments:
Write comments
  1. Lemah benar pemerintah BN/UMNO ini bagus kita undi PKR DI pru 13 mungkin BN sudah tua nyayuk dah tak valid lagi.

    ReplyDelete
  2. Harap para graduan kursus pendidikan daripada IPTS akan diberikan peluang untuk menjadi cikgu.

    ReplyDelete
  3. Selain itu, para pelajar juga pandai-pandailah memilih kursus ataupun institusi yang bersesuaian dengan minat sendiri.

    ReplyDelete
  4. Graduan pedidikan daripada IPTS cubalah memohon menjadi guru di sekolah swasta..

    ReplyDelete
  5. harap 152 orang graduan pendidikan di negeri ini yang telah menamatkan pengajian mereka di UNIRAZAK akan dapat dibantu..

    ReplyDelete
  6. Kita hanya mampu merancang. Berusaha selagi ada daya. Kalau tidak dapat jadi guru, cuba cari pekerjaan yang lain.

    ReplyDelete
  7. Kursus pendidikan/perguruan menjadi pilihan ramai membuatkan saingan untuk mengisi jawatan guru semakin sengit.

    ReplyDelete
  8. Graduan2 dari IPTS jg patut dberi peluang untuk menjadi guru di sekolah kerajaan.

    ReplyDelete
  9. harap hal ini dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  10. siapa yang pandai cari peluang, cerah la masa depan.. yang asyik mengharapkan bantuan, tunggu la masa pru nanti..

    ReplyDelete
  11. bagi saya kursus itu tidak perlu digugurkan.. ada banyak sekolah swasta di negara ini..

    ReplyDelete
  12. langsungkah tiada graduan pendidikan dari IPTS yang mendapat tempat di sekolah2 kerajaan?

    ReplyDelete
  13. takkan sampai mahu gugurkan kursus Ijazah Pendidikan di IPTS..banyak lagi peluang lain selain sekolah kerajaan. kerja sendiri jadi guru tuisyen pun boleh. kalau pandai buat perancangan dan cari peluang mungkin pendapatan lebih besar dari guru2 di sekolah kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Little Miss ChocolateNovember 3, 2011 at 3:02 PM

    rasanya kursus tersebut harus dikaji sama ada releven atau tidak ditawarkan di IPTS2.

    ReplyDelete
  15. Menteri pendidkan/pelajaran kita ini silap bidang kepakaran sb dia nie pakar pertanian bukan pendidikan.akibatnya huru-hara kementerian pendidikan oleh nya kesian penuntut IPTS.Nampak betul kelemahan-nya takbirurus kementerian pendidikan so baik letak jawatanlah n takut2 kalau jadi PM pula adoooi bisa hura-hara lagi negara.

    ReplyDelete
  16. Itu satu cadangan yang baik untuk membatalkan kursus pendidikan di IPTS.

    ReplyDelete
  17. Kita haruslah memikirkan masa depan mereka yang mengambil pendidikan di IPTS. Kerana masa depan mereka kurang cerah. Kita tidak mahu pertambahan penggangguaran selepas tamat pengajian.

    ReplyDelete
  18. Kalau tidak pandai mentakbir negara baik serahkan pada PAKATAN RAYAT ,tidak rugi kita cuba sebab yang sekarang BN/UMNO dah terbukti tikemampuan-nya.

    ReplyDelete
  19. kenapa mewujudkan "HARAPAN" kepada anak bangsa sendiri , sedangkan kerajaan hanya ingin mengaut "KEUNTUNGAN" , ini boleh kita labelkan "BAGAI DURI DALAM DAGING" . UNIRAZAK ADALAH SEBUAH IPTS DI BAWAH NAUNGAN BN / UMNO , ADAKAH INI 1 AGENDA YG TIADA PENGHUJUNGHYA!!!! JANGAN MELAUNG2 UNTUK KEAGUNGAN , PADAHAL MENAYANG2 KELEMAHAN SENDIRI , KEBURUKAN SENDIRI YG BURUK BERNANAH LAGI BERULAT...TIDAK SEDARKAH "ORGANISASI YG TERLIBAT" HANYA MEMANIPULASI ANAK BANGSA SENDIRI !!! GUGURKAN KOS BACHELOR OF EDUCATION (HONSC) UNIRAZAK , AGAR BELIA2 YG LAIN "TIDAK TERANAIYA NASIBNYA" SEPERTI KAMI GRADUAN UNURAZAK!!!!

    ReplyDelete
  20. DARIPADA MENGAMBIL GSTT MENJADI GURU TETAP LEBIH BAIK AMBIL GRADUAN UNIRAZAK YANG SUDAH MEMILIKI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN YANG MANA TIDAK PERLU UNTUK PERGI BERKURSUS LAGI UNTUK MENJADI GURU...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.