Thursday, October 13, 2011

Kini SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.

Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.

Mengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".

Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu. - Bernama

15 comments:
Write comments
  1. 40,000 shj? IC projek pun sekurang2nya 300,000. pengerusi SPR ni mungkin sehingga mau masuk kubur pun masih tembirang, kumpul bekalan sebelum jumpa tuhan...

    ReplyDelete
  2. Hanya 40,000 yang mencurigakan dalam seluruh neggara? Bagaimana dengan IC projek diSabah yang mencapai ratusan ribu? apakah mereka tidak ada mendaftar diri sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  3. Baru mahu sedar? Setakat 40,000 masih belum cukup. Ada lagi banyak IC yang meragukan di Sabah terutamanya!

    ReplyDelete
  4. Harap tindakan akan diambil terhadap 40,000 nama yang diragui ini sebelum PRU diadakan.

    ReplyDelete
  5. SPR mempunyai tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya diadakan dengan adil dan bersih tanpa berat sebelah.

    ReplyDelete
  6. Isn't it too late for the EC to realize this problem?

    ReplyDelete
  7. JPN pun kena bertindak dalam hal ini. harus sentiasa mengemaskini sistem.

    ReplyDelete
  8. senarai nama ini perlu di periksa semula. kemaskini senarai pengundi.

    ReplyDelete
  9. memang sebelum ini pun banyak yang meragukan.

    ReplyDelete
  10. senarai nama yang meragukan ini harus diteliti..

    ReplyDelete
  11. SPR perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

    ReplyDelete
  12. kadang2 ada pengundi yang tidak mahu bekerjasama dengan spr bila ada apa2 perubahan maklumat.

    ReplyDelete
  13. Teruskan melakukan kajian bagi masalah pilihanraya.

    ReplyDelete
  14. 40,000 nama diragui?? Ramai juga sehiggakan 40,000 orang. Harap SPR akan terus menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  15. Parah PATI ada ic boleh menentukan siapa PM dan KM/BM nanti dan tidak mustahil kita akan diperintah PATI ber IC biru.Selamatkan negara kita di PRU 13 jangan sampai menyesal wahai peribumi Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.