KETUA Penerangan PAS Negeri Sabah, Hisammuddin Hj.Sulaiman mencadangkan kepada PAS Pusat agar golongan artis dan seniman diberi laluan menjadi calon PAS dalam Pilihanraya Ke 13.
Artis seperti Bob Lokman yang sekarang ini menjadi sasaran JAIS kerana memberi tazkirah tempoh hari, hendaklah ditampilkan untuk menjadi ikon kepada golongan muda.
Selain itu, penglibatan para artis sebagai calon PAS dalam pilihanraya ke 13 akan memberikan impak positif atas nama keterbukaan PAS yang tidak menolak seniman atau anak wayang yang telah berada dalam barisan hadapan bersama perjuangan PAS ini.
Hisammuddin mengeluarkan pandangan tersebut dengan berteras hujah utama bahawa PAS harus dipelbagaikan daya kepimpinan dan keterampilan setelah parti itu melalui usia 60 tahun dalam melangkah dan mengalas amanah perjuangannya di persada politik tanah air.
Kebelakangan ini PAS menjadi pilihan hati para seniman, sama ada penyanyi, pelakon atau pelawak kerana PAS berteraskan perjuangan Islam yang suci. Para artis yang kembali kepada PAS mungkin mengerti kata Saleem Iklim:
suatu hari nanti pastikan bercahaya
pintu akan terbuka kita langkah bersama
di situ kita lihat bersinarlah hakikat
debu jadi permata, hina jadi mulia.
Oleh : MEDIA PAS SABAH
Sunday, October 16, 2011
PAS Dicadang Laconkan Seniman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jika nak pilih calon tu biarlah pilih yang benar2 berkelayakan, bukan dipilih berdasarkan populariti.
ReplyDeleteStrategi baru PAS?
ReplyDeleteKalau seniman2 ini boleh memimpin dengan baik, apa salahnya? Pastikan mereka benar2 layak.
ReplyDeleteMahukah PAS, yang selama ini tidak membenarkan sebarang seni @ artis untuk melakukan persembahan dan bagaikan tidak ingin menerima mereka.
ReplyDeleteJika PAS berlembut hati, pasti ini petanda yang baik! Tapi sudah tersasar dengan pendirian mereka selama ini.
ReplyDeleteHarap calon yang dilantik itu betul-betul sesuai dan berkemampuan.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat bagaimana PAS membuat keputusan mereka mengenai isu ini.
ReplyDeleteApa rasionalnya memilih calon di kalangan artis dan seniman?
ReplyDeleteataupun tindakan ini cuma ingin mempertahankan Bob Lokman yang ditahan oleh JAIS baru2 ini.
ReplyDeletesekali-sekala perlu juga tumpang populariti artis kan? mana tau PAS boleh menang..
ReplyDeleteterpulanglah kepada PAS untuk meletakkan golongan seniman sebagai calon mereka..
ReplyDeletenamun jika calon artis tapi tidak pandai buat kerja, susah juga itu..
ReplyDeletesaya pun mahu tengok juga sejauhmana populariti Bob Lokman sebagai artis mampu menyumbang kerusi kepada PAS.. good luck!
ReplyDeletepilih calon yang benar berkebolehan
ReplyDeleteTidak kira siapa pun seniman yang mahu berpolitik yang pasti kita mahu tahu perjuangan mereka sebagai seorang politik bagaimana.
ReplyDeleteNampaknya PAS merancang untuk mencari artis untuk dijadikan ahli politik mereka. Biarlah PAS mahu lakukan apa yang mereka mahu. Yang penting kita tunaikan tanggungjawab kita.
ReplyDeleteMacam Indonesia dan Filipina pula hendak meletakkan calon atas dasar populariti dengan tidak mengambil kira kredibiliti dan pengetahuan selaku pemimpin..Baru masuk PAS,sudah mahu dicalonkan..adakah Pas sudah kehabisan individu yang berkualiti?
ReplyDeletebulih pakai ka joker ini?
ReplyDelete