KUALA LUMPUR – Keghairahan seorang pemilik perniagaan percetakan dan seorang pekerjanya mencetak kad-kad kredit palsu bagi kegunaan sindiket antarabangsa berakhir dengan mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, polis turut merampas 3,246 keping kad kredit palsu yang siap diproses. Turut dirampas beberapa mesin atau alat yang digunakan untuk memproses kad kredit.
Sindiket tersebut antara lain memalsukan kad-kad kredit milik City Bank, HSBC Bank, Standard Chartered Bank, American Express, Hua Nan Comercial Bank, China Merchants Bank, Axis Bank dan The Royal Bank of Scotland.
Jumlah semua rampasan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Mohd. Isa berkata, dua suspek berusia 44 dan 21 tahun itu menyembunyikan kegiatan mereka dengan berselindung di sebalik syarikat percetakan yang diusahakan secara sah.
Syarikat percetakan itu telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.
“Syarikat itu mencetak pelbagai jenis kad seperti kad keahlian kelab, kad institusi pengajian tinggi dan kad-kad syarikat.
“Namun kerana tamak untuk mendapat untung lebih, tauke syarikat dan seorang pekerjanya turut mengambil tempahan untuk memproses kad-kad kredit palsu,” kata beliau sambil memberitahu kegiatan salah itu dipercayai baru beroperasi lima bulan lalu.
Bercerita mengenai modus operandi dua suspek itu, Tajudin berkata, suspek dipercayai menerima tempahan daripada ahli sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang menyertakan jenis-jenis kad kredit palsu yang dikehendaki.
Kebanyakan ahli sindiket itu membabitkan warga asing.
“Setiap kad kredit yang siap diproses dijual pada harga serendah RM15 sekeping dan kualiti pada setiap kad menyerupai kad-kad kredit tulen,” kata beliau. -Kosmo
Wednesday, October 19, 2011
Kad kredit palsu serendah RM15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apaaaa kad kredit palsu? kenakan tindakan siapa2 yang terlibat!
ReplyDeletekepada orang ramai jangan tertipu dengan kad2 kredit yang ditawarkan kepada anda. Pastikan anda berurusan dengan pihak bank.
ReplyDeleteHarap pihak polis akan berusaha menumpaskan sidiket kad kredit palsu seperti ini.
ReplyDeleteRakyat dan juga para peniaga perlulah lebih berhati-hati dengan kad kredit palsu ini.
ReplyDeletesemakin maju teknologi semakin banyak jenayah penipuan..
ReplyDeletebahaya, kad kredit palsu berleluasa, kena berhati-hati.
ReplyDeletebiasanya kes2 penipuan banyak yang dilakukan oleh warganegara Afrika.
ReplyDeletemujurlah kegiatan mereka ni dapat ditumpaskan sebelum ramai yang tertipu.
ReplyDeleteJatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka.
ReplyDeleteMacam2 manusia sanggup buat demi mengaut keuntungan.
ReplyDeletemacam-macam cara mau buat duit sekarang ni..
ReplyDeletemereka yang bersalah harus dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.
ReplyDeletesindiket seperti ini harus dibanteras.
ReplyDeleteBaguslah tertumpasnya sindiket kad palsu ini.
ReplyDeleteMurah sungguh kad kredit dijual..Hanya dengan harga RM15..
ReplyDelete