NAMPAKNYA PRU13 kini semakin hampir sampai ke penghujungnya kerana Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan bertandang ke Tenom dan dijangka akan merasmikan seminar sehari suntuk pemantapan parti itu khusus untuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian dan juga cawangan-cawangan PBS bagi kawasan N.35 Melalap pada 23 Oktober 2011 kira-kira jam 8 pagi bertempat di Hotel Perkasa Tenom.
Demikian dinyatakan Pengerusi Penganjur bersama seminar itu yang juga Ketua Wanita PBS Melalap Rosnah Ullap, dalam satu kenyataan yang menyatakan matlamat seminar adalah untuk mengkaji sejauh manakah persiapan parti itu di Tenom ketika ini; selain menggerakkan jentera parti yang telah ditubuh sebelum ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya umum kali ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Seminar yang dianjurkan bersama sayap wanita dan pemuda itu akan dihadiri kira-kira 250 orang akan mendengar taklimat dua penceramah khas yang diundang dari PBS Pusat terdiri daripada Setiausaha Agung PBS, Datuk Henrynus Amin dan Exco Pergerakan Wanita PBS Pusat, Datin Malianah Ugau.
Rosnah berkata, seminar yang bertema ‘Kearah Mentransformasi Minda’ dijangka akan memberikan suntikan baru dari segi informasi terkini kepada para hadirin dalam usaha memperkasakan parti itu agar mampu mematahkan isu-isu hangat yang bakal dilemparkan pembangkang ketika menjelangnya pilihanraya umum kali ke-13 akan datang ini.
Jelasnya lagi, semua jentera di peringkat akar umbi juga turut memainkan peranan yang penting sebelum PRU13 untuk menerangkan dasar-dasar perjuangan BN termasuk dasar dan tujuan ‘Economic Transformation Programme (ETC) yang dijangka akan dikupas semasa seminar itu kelak.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda PBS yang baru terpilih, Mollin Haji Morris ketika diminta pandangan beliau pada PRU13 akan datang ini beliau menjelaskan, bahawa PRU13 kali ini merupakan satu-satunya cabaran pertama bagi beliau menghadapinya selepas terpilih sebagai Ketua Pemuda PBS.
Namun begitu tegasnya, Pemuda PBS sudah bersedia untuk turun ke gelanggang pada bila-bila masa dari sekarang untuk menggarap tugas penting yang tersandar di bahu pergerakan itu, tanpa rasa gementar ketika berhadapan dengan pembangkang yang beliau sifatkan suatu perkara yang bukan mudah baginya.
“Apa yang penting calon-calon yang akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 dapat mengekalkan kerusi mereka, terutamanya kerusi DUN Melalap yang diwakili PBS. Kami akan berganding bahu bersama parti-parti komponen BN yang lain untuk mempastikan kemenangan BN di kawasan dua DUN dan satu MP,” tegas Mollin.
Oleh: MEDIA PBS TENOM (sabahkini)
Friday, October 21, 2011
Seminar PBS Tanda PRU Di Ambang Pintu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap PBS akan ikhlas dan berusaha memperjuangkan hak rakyat seperti apa yang dilakukan dahulu.
ReplyDeleteRakyat perlulah mengundi parti yang terbaik untuk masa depan Sabah.
ReplyDeletemungkin juga PRU semakin hampir..cuma kita tidak tahu bila tarikhnya.
ReplyDeletePBS bahan lapok perjuangannya sudah pudar banyak kes bumiputera seperti tanah adat,IC biru PATI dan kemiskinan bumiputera tak tidak diperjuangkan.PBS sekadar melutut dengan UMNO untuk menyambung nyawa sedangkan tangan di ikat dan mata ditutup.
ReplyDeleteapa pun, semua pihak haruslah sentiasa bersedia.
ReplyDeletebersedia menghadapi PRU, kita harap yg terbaik untuk Negeri Sabah.
ReplyDeletekita harap PBS akan buat yg terbaik dlam PRU13 ini..
ReplyDeleteHarap PBS ikhlas dalam membantu rakyat Sabah terutamanya dalam isu tanah adat yg semaki panas...
ReplyDeletekalau seminar PBS ni tidak wujudpun, orang lain tetap cakap pilihanraya semakin hampir..
ReplyDeletekalau sudah tahu pilihanraya semakin hampir, gunalah masa yang ada ini untuk membuat persiapan.
ReplyDeletePRU mmg semakin hampir, tapi belum tau bila tarikhnya.
ReplyDeleteini adalah sebagai persediaan untuk menghadapinya, semua kena bersedia.
ReplyDeletepersediaan awal harus dilakukan untuk menghadapi PRU 13..
ReplyDeletepersedian awal perlu, supaya nnti lebih bersedia untuk menentang pihak pembangkang..
ReplyDeletedirasakan cabaran yang dihadapi pada PRU13 akan lebih hebat berbanding PRU sebelum ini...tsunami politik kemungkinan akan berlaku..bagi menghadapi cabaran ini, maka PBS sedang bersiap sedia untuk memperkasakan jentera mereka..diharap seminar ini akan menyuntik semangat baru kepada ahli2 PBS untuk berjuang pada PRU 13.
ReplyDeleteseminar ini tidak semestinya menunjukkan tanda2 PRu semakin hampir..adalah lebih baik kita tunggu pengumuman daripada PM..tidak perlu panik, namun persediaan awal adalah perlu..
ReplyDeletediharapkan seminar ini akan berjaya mencapai objektifnya..
ReplyDeletemungkin juga PRU semakin hampir...kita tunggu dan lihat saja..
ReplyDeletesamada pilihanraya dijalankan tahun ini atau pada tahun depan, memang patut pun buat persediaan bermula dari sekarang. jangan pula tak cukup masa nanti.
ReplyDeleteyang berkonflik tu, sudah2lah berkonflik.
ReplyDeletemungkin PRU akan diadakan lepas peruntukan 6 bulan untuk Jawatankuasa Khas Parlimen mengemukakan cadangan memperkasakan pilihan raya selesai.
ReplyDeleteini kerja membodek lah buat saminar sebab pada PRU 13 dikawasan melalap akan ada pertandingan yang diibaratkan buku bertemu dengan ruas jadi kita tunggu lah siapa ayam sabung yang akan beraksi nanti....kami di Tenom sudah bersedia untuk menghantar PBS balik ke tempat asalnya.
ReplyDeletePBS hanyalah kerbau/pelacur kpd UMNO n x lg relevan/layak utk mewakili komuniti KDM!!!
ReplyDeleteNampaknya PBS sudah mula menyediakan jentera p/raya mereka. Memang aura PRU13 semakin kuat, cuma tunggu pengumumannya saja.
ReplyDeletePBS kena perbaiki imej mereka dan fokus akan perjuangan sebenar. Keyakinan rakyat terhadap PBS agak goyah dan PBS kena berusaha lebih jika ingin bertahan. Good luck anyway.
ReplyDeleteKembalikan taring PBS! Jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Bangkit untuk selamatkan KDM daripada ditindas!
ReplyDelete"Ketua Pergerakan Pemuda PBS yang baru terpilih, Mollin Haji Morris ketika diminta pandangan beliau pada PRU13 akan datang ini beliau menjelaskan, bahawa PRU13 kali ini merupakan satu-satunya cabaran pertama bagi beliau menghadapinya selepas terpilih sebagai Ketua Pemuda PBS."
ReplyDeleteIni lah masa yang terbaik untuk membuktikan kebolehan dan kebakatan Mollin. Semoga pimpinan Mollin membawa perubahan kepada PBS & rakyat di Sabah.
Memang satu cabaran besar bagi PBS di PRU13. PBS harus memperbaiki masalah internal dan berfokus untuk memperjuang yang terbaik untuk semua rakyat.
ReplyDeleteSemoga calon-calon yang bertanding adalah calon yang betul berbakat, berkeupayaan dan sanggup berusaha untuk parti dan semua penduduk.
ReplyDelete"semua jentera di peringkat akar umbi juga turut memainkan peranan yang penting sebelum PRU13 untuk menerangkan dasar-dasar perjuangan BN termasuk dasar dan tujuan ‘Economic Transformation Programme (ETC) yang dijangka akan dikupas semasa seminar itu kelak."
ReplyDeletePRU makin dekat, semua parti komponen bersiap sedia untuk perjuangannya. Semoga parti-parti ini tidak berfokus kepada kerusi tetapi mengabaikan kepentingan dan kebajikan kepada rakyat.
PBS memerlukan darah baru yang berkeupayaan menyuntik semangat baru dan fikiran baru. Cuma perubahan sebegini yang berkemungkinan memenang hati rakyat. Golongan yang merosakkan imej seharus keluar.
ReplyDeleteKalau difikirkan logik, tak payah buat persediaan pun OK ba kalau memang dari mula ikhlas nak bantu rakyat. Takkan gara2 PRU baru nak tunjuk baik???
ReplyDeleteNamun inilah dunia politik.. So mungkin penting jugalah dorang sentiasa bersedia utk berdepan dengan segala kemungkinan kan. hehe
ReplyDeleteSoal PRU rasanya semua dapat jangka PRU makin dekat cuma tak tahu hari sebenar PRU akan bermula. Apa yang pasti PRU kali ini konpom hangat.. hehe
ReplyDeleteKita tunggu sajalah ketribaan PRU dan undi calon yang layak dan patut diundi.
ReplyDeleteApapun keputusannya kita tunggu dan lihat saja nanti. Yang penting sebagai rakyat kita dah mainkan peranan kita sebaik mungkin.
ReplyDeletePBS seharus memberi peluang kepada calonbaru untuk menyertain dan bertanding. Pastikan calon yang bersesuaian dilantik.
ReplyDelete"Mollin Haji Morris ketika diminta pandangan beliau pada PRU13 akan datang ini beliau menjelaskan, bahawa PRU13 kali ini merupakan satu-satunya cabaran pertama bagi beliau menghadapinya selepas terpilih sebagai Ketua Pemuda PBS."
ReplyDeleteIni bukan sahaja cabaran untuk Mollin Haji tetapi cabaran untuk PBS juga. Usaha Mollin tidak mencukupi tetapi memerlukan usaha semua golongan dan ahli lembaga.
Banyak seminar sebegini akan diadakan sempena PRU, masing-masing bertujuan membara semangat perjuangan dan informasi agenda dan misi baru parti tersebut. Semoga seminar dijalan dengan lancar dan berjaya membara semangat di PRU akan datang.
ReplyDeleteI predict another Tsunami Politics in Sabah soon. Another great challenge to BN and its party components.
ReplyDeleteKalau bertujuan dan ikhlas untuk berkhidmat untuk rakyat, rakyat pasti memberi sokongan undinya. Sekian lama orang Sabahan mendelita dengan perkembangan ekonomi yang lembap, masalah kemiskinan dll, tidak hairan ramai diantaranya melompat parti di PRU akan datang.
ReplyDeletebila lagi nak tunjuk taring bagi PBS
ReplyDeletePBS tunggu apa lagi buktikan bahawa PBS pasti boleh punya.
ReplyDeleteKalau pun PBS buat seminar rasanya tidak ada kaitan langsung pun dengan PRU rasanya. Tapi ini cuma mahu membuktikan PBS selalu mendekati rakyat.
ReplyDeleteTenom merupakan tempat tumpuan parti politik pembangkan. Ini kerana bagi mereka Tenom langsung tidak ada pembaharuan ekonomi. Jadi pertahankan kerusi di Tenom untuk memastikan pembangkang tidak mengambil alih dikawasan tersebut.
ReplyDeletePBS mengadakan seminar cuma ingin melihat sendiri bagaimana sokongan penduduk terhadap parti itu. Langsung tidak ada kaitan dengan Pilihanraya. PBS cuma mahu melihat adakah parti mereka ini diterima baik oleh penduduk atau tidak.
ReplyDeletebetul tu macam takut lompat lagi macam dulu-dulu
ReplyDeletePBS harimau tua dalam zoo UMNO kesian kena ikut cakap UMNO atau takde makan lah jawabnya.Kalu mau orang sayang PBS bagun/keluar dari BN dan lantang perjuangkan bumiputera .
ReplyDeleteHarap PBS akan berusaha mendapatkan balik keyakinan dan sokongan rakyat.
ReplyDeleteTidak sabar menunggu PRU-13. Kita tunggulah dan lihat.
ReplyDeleteMungkin PRU sudah semakin hampir, baik kita bersiap sedia menghadapi PRU selepas ini.
ReplyDelete