Sunday, October 23, 2011

Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran

Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.

Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. -BH


Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran

SHAH ALAM: Jumlah peserta yang menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan pada Sabtu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 1 juta umat Islam.

Setelah hampir dua jam perhimpunan tersebut diadakan, stadium hanya dipenuhi kira-kira empat ribu peserta.

Namun demikian, tinjauan mStar Online mendapati terdapat beberapa orang bukan Islam yang hadir pada majlis yang berlangsung di Stadium Shah Alam, di sini.

Antara pemimpin yang turut serta dalam perhimpunan berkenaan, ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Himpun diadakan untuk memperkasakan suara umat Islam di Malaysia dalam mnenegakkan syiar Islam dan mencegah aktiviti memurtadkan umad Islam di negara ini. -mstar




Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’

SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang.

Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.

Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk “Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?”

Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut. -TMI



Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

Sementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana semuanya berjalan dengan aman.

5.02pm: Bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan ancaman.

Apa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

Harussani berkata orang Melayu adalah bangsa yang paling istimewa di dunia kerana semua orang Melayu adalah beragama Islam.

Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawa Allah telah memberi amaran mengenai malapetaka jika manusia gagal melindungi iman mereka.

6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.

-mk

25 comments:
Write comments
  1. Bersih 2.0 dgn pelbagai bentuk halangan n ugutan [termasuk menutup keseluruhan laluan masuk ke KL], boleh mencapai 50,000 org... mesej yg sgt jelas bahawa penjajahan minda oleh UMNO x lg efektif n majoriti rakyat bukannya buduh...

    1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!

    ReplyDelete
  2. mungkin ini terbaikkkk untuk umno

    ReplyDelete
  3. nampaknya tidak ramai yang menyokong perhimpunan mengenai keagamaan. di kalangan umat Islam sendiri ramai yang tidak hadir.

    ReplyDelete
  4. biarpun tak capai sasaran, tapi ia mendapat sambutan juga.

    ReplyDelete
  5. negara mengamalkan kebebasan beragama. individu berhak untuk memilih agama yang ingin dianutinya.

    ReplyDelete
  6. Tidah habis2 dengan benda yang sama, dan tidak menguntungkan.

    ReplyDelete
  7. Tidak adakah cara lain untuk memperlihatkan perjuagan seperti ini?

    ReplyDelete
  8. Ini membuktikan bahawa rakyat pandai membezakan apa yang betul dan salah.

    ReplyDelete
  9. Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

    Grow up dude! Do you think this will make you more pious/good?? Thank goodness not all Muslims are like you (those who didn't attend the assembly.

    ReplyDelete
  10. Tidak salah perjuangkan agama masing2 tapi jangan sampai lari daripada tujuan asal sehingga mencemarkan kesucian agama itu sendiri. Siapa sebenarnya yang memberikan imej negatif terhadap agama itu kalau bukan pengikutnya sendiri?

    ReplyDelete
  11. masing-masing ada pandangan mereka sendiri berhubung pekara ini..

    ReplyDelete
  12. yang penting..keharmonian perlulah sentiasa dijaga dan dikekalkan.

    ReplyDelete
  13. tahniah kepada penganjur walaupun jumlahnya jauh sekali untuk mencapai sasaran.. yang penting semuanya berjalan dengan lancar dan aman tanpa perlu turun ke jalan raya..

    ReplyDelete
  14. pirit:Ini bukan program berunsur politik tapi program yang dirangka untuk memperjuangkan kesucian agama.Bersih 2.0 program yang merosakkan dan mendatangkan kerugian semata-mata tetapi HIMPUN adalah wadah menzahirkan kebimbangan umat islam tentang isu muratd.Ini bukan soal politik.mohon jelas dlm hal ini.Tahniah kpd penganjur himpun.jangan putus asa kerana jumlah kehadiran yang sedikit..Sesungguhnya memperjuangkan hal agama itu bukanya mudah.

    ReplyDelete
  15. Anon: Tidak salah perjuangkan agama masing2 tapi jangan sampai lari daripada tujuan asal sehingga mencemarkan kesucian agama itu sendiri. Siapa sebenarnya yang memberikan imej negatif terhadap agama itu kalau bukan pengikutnya sendiri?


    Saya sokong komen saudara/i. Semua agama tu mengajar kearah kebaikan. Semua agama tu suci. Imej agama ditentukan oleh penganut2 agama tersebut. Jika penganut2nya memberi imej negatif maka negatif jadinya, tapi jika sebaliknya maka sebaliknya la yang terjadi.

    ReplyDelete
  16. Isu murtad bukan sahaja menjadi masalah pada Islam tapi menjadi masalah juga kepada agama yang lain. Tapi siapa yang harus dipersalahkan? adakah agama yang salah? adakah orang lain yang salah? adakah salah ibu bapa kerana kurang didikan agama? adakah diri sendiri yang salah?

    ReplyDelete
  17. dear anon':

    program keagamaan yg dipolitikkan. Bersih 2.0 diharamkan sbb bukan entiti berdaftar, apa beza dgn HIMPUN? cepat pula diberi permit. anda buta ini amalan double standard? adakah amalan ini ajaran muslim? i dun think so...apa yg ditakutkan dgn 10% kristian drpd total population? org muslim ni betul2 lemah keimanannya?

    ReplyDelete
  18. Mungkin orang sekarang lebih berfikiran terbuka.

    ReplyDelete
  19. biarpun diakui kehadiran adalah amat kurang berbanding apa yang diharapkan.Namun,ini adalah program yang mempunyai niat yang mulia dimana umat islam ingin menzahirkan kebimbangan mereka terhadap ancaman agama lain yang mempunyai niat jahat mempengaruhi umat islam.Tiada isu politik disini kerana kedua-dua entiti wakil baik daripada pihak kerajaan dan pembangkang hadir spt datuk Hasan Ali .Ini bukan amalan double standard..Dijalankan dengan aman dan tertib bukan seperti bersih 2.0 yg mendatangkan kerugian yang banyak.

    ReplyDelete
  20. dear pencinta negara:

    spt Bersih 2.0, HIMPUN jg bukannya entiti berdaftar dgn ROS soalan bonus: knp Bersih 2.0 x diberi permit ttp yg sebaliknya berlaku kpd HIMPUN? samada ini double standard @ sy yg palui. n utk makluman, Bersih 2.0 pasti x kecoh sekiranya polis bertindak dgn lebih bertamadun. ada terima laporan kekecohan seumpamanya drpd sekitar 30 bandaraya lain yg secara serentak melancarkan rally tersebut? klu ada sila kc tau sy, please...

    ReplyDelete
  21. Anggaran yang terlalu besar mungkin sukar untuk berjaya. Tambahan bukannya semua umat islam dekat tempat yang ingin dilakukan maka ini juga antara sebab kepada kurang penyertaan dan sokongan.

    ReplyDelete
  22. Pirit:HIMPUN adalah nama program yg dianjurkan oleh beberapa NGO dan permit diminta secara legally right manakala dlm kes BERSIH2.0,mereka dibenarkan berhimpun di Stadium S.Alam tetapi mereka memilih utk berhimpun dijalanan yg menyebabkan peniaga kerugian berjuta-juta ringgit.Ini fakta .Jangan disalahkan polis semata-mata,mereka juga manusia.Jgn nafikan ada lemparan molotov cocktail dan lagak Tian Chua yang melakukan provokasi keatas polis.Jgn ditunggu seperti yg terjadi kepada rakyat Malaysia di kota London tempoh hari dimana PM Britain sdr mengatakan "its the lowest form of humankind".

    ReplyDelete
  23. Baguslah kalau begitu.

    ReplyDelete
  24. dear pencinta negara:

    Bersih 2.0 adalah gabungan lebih 60 NGO, permohonan permit rally x diluluskan, kebenaran berhimpun di std dibatalkan PM di saat akhir, mana ada lontaran mc? tian chua lari drpd gas pemedih mata [bukan buduh ka dia cuba cabar polis yg ramai?]. jgn baca media 'kerajaan' shj terutama utusan malaysia. bukankah pelopor demo di malaysia adalah UMNO? x sedikitpun anda boleh nampak +ve dgn tuntutan Bersih 2.0? adakah anda pro PTI di sabah yg turut menjadi pengundi berdaftar/sah?

    ReplyDelete
  25. kena tingkat usaha lagi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.