Seorang penternak di sini, tidak menyangka akan mengalami kerugian berganda berikutan 10 lembu yang diternak di kandang dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Abd Rahman Ishak, 43, berkata, tiga lembu jantan, tiga betina dan empat lembu dara didapati hilang dari kandangnya yang terletak di belakang kuarters guru di sini minggu lalu.
Menurutnya, kejadian dipercayai dilakukan pada waktu malam dan hanya disedari keesokan hari ketika dia sedang bekerja setelah diberitahu rakannya.
“Akibat kehilangan 10 lembu, saya mengalami kerugian kira-kira RM20,000. Hanya 10 ekor yang tinggal,” katanya.
Dia juga berkata, lembu yang diternak dijangka dijual menjelang Aidiladha tidak lama lagi.
Berikutan kejadian, Abd Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kecurian itu dilakukan menggunakan taktik licik apabila pencuri bertindak berani menyuntik lembu dengan pelali sebelum mengalihkan lembu berkenaan.
“Saya tidak menyangka pencuri sanggup menggunakan perbuatan salah itu semata-mata untuk mencuri 10 lembu,” katanya.
Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukannya di sekeliling kawasan kandang, dia menjumpai jarum suntikan pelali yang dikatakan digunakan untuk memudahkan mereka membawa lembu itu. -SH
Tuesday, October 11, 2011
Lembu Korban Kena Kebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap pihak polis dapat membantu penternak ini mendapatkan balik lembunya.
ReplyDeletepencuri lembu tersebut harus dikesan, semaga dia berjaya mendapatkan kembali lembunya.
ReplyDeletemesti pencuri tersebut bawa satu lori besar untuk mengangkut 10 ekor lembu tu. takkan tiada yang sedar waktu kejadian tu..
ReplyDeleteharap pihak polis akan dapat menyelesaikan kes ini dan pencuri tersebut akan dapat diberkas.
ReplyDeletePencuri ini tidak akan aman.
ReplyDeleteHarap pencuri itu akan dapat dikesan dan akan dikenakan tindakkan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya itu.
ReplyDelete