Sunday, October 23, 2011

Umpan Wartawan Untuk Tulis Berita Palsu?

PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno.

Setiausahanya, Ramli Dalip menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam laporan itu, bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar dalam akhbar itu juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Abdul Samad Mamat ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said.

Menurut Ramli, malam tadi beliau telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin cawangan PAS dan ranting PKR Bukit Piatu itu.

Katanya, mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno, mereka telah manipulasikan program tersebut ambil gambar kata Md Said masuk Umno.

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi," ujarnya yang juga anggota Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburuk-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut," jelas Ramli. -HD

30 ahli PKR keluar parti

BANDARAYA MELAKA – Akibat kecewa kebajikan tidak dijaga, selain hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan menyebabkan 30 ahli PKR dari Ranting Bukit Piatu, di sini, bertindak keluar parti.

Tindakan itu yang diketuai Mat Said Abu turut mendakwa kecewa kerana selama tiga tahun bersama PKR, pengorbanan mereka tidak dihargai.

Mat Said yang juga bekas Ketua Ranting Bukit Piatu berkata, mereka adalah antara yang bertungkus-lumus sebagai jentera pilihan raya umum lalu tetapi malangnya jasa mereka dipandang sepi. “Aduan kepada pucuk pimpinan parti gagal menjaga kebajikan ahli juga tidak dilayan.

“Saya sudah hilang kepercayaan daripada pucuk pimpinan sehingga ke akar umbi, maka keputusan keluar parti beramai-ramai diambil. Sehubungan itu Ranting Bukit Piatu juga dibubarkan,” katanya.

Menurutnya, mereka menyerahkan borang kemasukan ahli Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka Mall, semalam. -SH

25 comments:
Write comments
  1. apa mau xpect dgn rejim tembirang UMNO? klu x comply, kc bankrap sj itu reporter n media tersebut...

    ReplyDelete
  2. biasa wartawan nak cepat kaya..apa jer semua ok

    ReplyDelete
  3. Kebebasan media yang melampau, harap mereka tidak akan menyebar berita yang tidak berasas.

    ReplyDelete
  4. Itu sebabnya kita dinasihati tidak cepat percaya dengan apa yang ditulis oleh media.

    ReplyDelete
  5. Harus kita tahu salah satu tujuan akhbar adalah untuk mendapatkan keuntungan lebih.

    ReplyDelete
  6. buat penafian atau disaman..

    ReplyDelete
  7. media boleh putar belitkan sesuatu cerita. pandai2lah kita menilai.

    ReplyDelete
  8. tidak taulah berita mana satu yang benar.

    ReplyDelete
  9. Politik, media...dua2 pun tidak boleh percaya sangatlah...

    ReplyDelete
  10. Wartawan pun kena ada integriti. Sampaikan maklumat betul saja.

    ReplyDelete
  11. dua-dua pihak pun ada hujah sendiri..jadi kita pandai-pandailah menilai.

    ReplyDelete
  12. apa pun, sebarang maklumat yang disampaikan perlulah dipastikan ianya tepat.

    ReplyDelete
  13. suruh la Mat Said saman akhbar tu..

    ReplyDelete
  14. kenapa bukan yang empunya badan yang buat penafian?

    ReplyDelete
  15. Mcm pelik pulak orang lain yang duk sibuk kate palsu padahal tuan badan berdiam diri..hurm...

    ReplyDelete
  16. Kesilapan teknikal mungkin ni.

    ReplyDelete
  17. Di mana silapnya tu. Wartawan pun boleh jadi umpan.

    ReplyDelete
  18. apapun, wartawan kena ada etika dalam penulisan.

    ReplyDelete
  19. Benar atau tidak hanya mereka-mereka ini saja yang tahu kebenaran sebenar.

    ReplyDelete
  20. Sepatutnya kedua -dua ketua cawangan baik dipihak PAS dan PKR yang memberikan keterangan mengenai isu ini.Pelik membaca orang lain yang menafikan ..

    ReplyDelete
  21. Itulah yang berlaku sekarang. Seharusnya wartawan lebih memberikan maklumat dan informasi yang tepat dan benar dan bukannya rekaan semata-mata.

    ReplyDelete
  22. Kita x boleh sewenang-wenangnya menuding jari kepada wartawan..Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.Adalah lebih baik individu berkenaan yg memberikan kenyataan.

    ReplyDelete
  23. Media yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  24. biasa la saper berani mengaku berak kat jalan!!

    ReplyDelete
  25. Kalau wartawan muslim itu fikirlah masak2. Kerja itu kerja juga tapi kalau sampai memutarbelitkan fakta kan dah berdosa!Duit upah itu halal ke?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.