PORT DICKSON – Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.
“Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.
Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai. -Kosmo
Sunday, October 16, 2011
Pelajar dapat RM100 bulan Disember
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terimakasihlah, Rm100/- sampai kemana. Dahulu Yayasan Sabah pernah memberi selengkap pakaian seragam sekolah termasuk kasut dan buku teks kepada semua pelajar diSabah.
ReplyDeletekalau nak telus pemberian subsidi ikutlah cara pmberian amanah rkyat Sabah tidak kira pndptan isi rumah..smua rkyt dpt mnikmatinya(tapi itu dulu smasa Tun Datu Mustapha)
ReplyDeleteadakah gula2 ini akan berterusan pd tahun2 yg x ada PRU??? UMNObigdog, sila jawab...
ReplyDelete