PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut.
"PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam.
Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut".
Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya.
"Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?," soalnya.
"PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," katanya lagi.
22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam.
PAS bagaimanapun mengambil sikap tidak terlibat dengan himpunan itu ekoran menghormati penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan parti politik. -HD
Friday, October 28, 2011
Cegah Murtad: Mantapkan Aqidah, Bukan Himpunan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul, himpunan bukan caranya untuk mencegah murtad.
ReplyDeleteApa yang penting adalah memantapkan aqidah dalam diri kita sendiri.
ReplyDeleteKadang2 segelintir masyarakat suka sangat nak bertindak bahawa merekalah penegak agama walhal sikap dan perbuatan mereka tak menunjukkan mereka mengikut akidah yang betul.
ReplyDeleteSetuju dengan kenyataan Tuan Guru.
ReplyDeleteIngin mencegah, terpulang kepada individu tersebut.
ReplyDeleteKita tidak boleh memaksa seseorag. Semuanya terpulang kepada individu itu untuk membuat pilihan.
ReplyDeletegejala murtad harus dicegah lebih awal. perlu ada didikan agama dan akidah yang kukuh.
ReplyDeleteusaha untuk memantapkan akidah itu memang baik..
ReplyDeletependidikan agama yang cukup penting untuk setiap individu itu...
ReplyDeleteharap gejala murtad dpt dihindari.
ReplyDeleteperhimpunan itu sebenarnya sangat berjaya, iaitu berjaya menunjukkan betapa hipokritnya golongan yang mengatakan dan mengikrarkan perjuangan memartabatkan Islam.
ReplyDelete'Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan?'
ReplyDeletemungkinkah mereka tujukan kepada penganut agama Kristian?
Dalam Kristian pun ada istilah 'murtad' tapi tidaklah isu2 digembar-gemburkan seperti ini.
ReplyDeleteBerhimpun beramai-ramai tanpa susulan dari dalam diri sendiri pun tiada guna. Diri sendiri perlu memantapkan akidah.
ReplyDeleteisu murtad atau dalam Kristian kami panggil convert juga menjadi isu yang sangat kritikal tapi siapa atau pihak mana yang harus dipersalahkan.
ReplyDeleteItulah yang perlu. Tapi kita juga perlulah menyuarakan masalah ini bagi pengetahuan umum.
ReplyDelete5,000 org itu lemah betul keimanannya? @ klu itulah pendekatan dakwah bg mereka, x hairan klu non muslim akan lebih confuse n menjauhi muslim...
ReplyDeleteWalaupun tidak ada paksaan dalam ugama, tapi kalau seorang itu sudah memeluk sesuatu ugama dia wajib taat melakukan apa yang disuruh dan ditegah oleh ugama. Dia perlu cari dan belajar drp. mereka yang ahli dengan ilmu ugama
ReplyDeleteCAKAP PANDAI, BUAT TENGOK... CONTOH ISU HUDUD.. 20 TAHUN MEMERINTAH KELANTAN KENAPA SEKARANG BARU NAK WAR-WAR... CIRIT LA PAS PIS PUS.... ITU LAH KAWAN DENGAN KAPIR LAKNAT DAP LAGI LEPAS TU TADAH BONTOT KAT PKR..
ReplyDelete