Persatuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar memorandum bantahan bagi mempertahankan kebebasan bersuara pensyarah di negara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan masjid UIAM sebagai membantah tindakan penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. -Foto THE STAR oleh: AZMAN GHANI
Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kumpulan berkenaan akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri yang dijangka mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada minggu hadapan.
“Kami dimaklumkan Perdana Menteri akan melawat UIAM minggu hadapan, jadi kami bercadang untuk menyerahkan memorandum ini pada masa tersebut.
“Ini adalah satu masalah yang serius terhadap pakar akademik kita. Mereka sepatutnya diberikan kebebasan serta ruang untuk menyuarakan pendapat dalam isu kritikal serta berdebat mengenainya,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di masjid universiti berkenaan pada Jumaat.
Terdahulu, kumpulan SMM mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di perkarangan masjid UIAM menggesa pihak pentadbiran universiti menarik balik penggantungan tugas yag dikenakan terhadap pensyarah undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Ahmad Syukri turut memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan memorandum tersebut kepada kakitangan pentadbiran universiti.
Dalam demonstrasi berkenaan empat orang pelajar telah ditahan kerana didakwa menimbulkan kekecohan.
Ahmad Syukri berkata kumpulan berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya pihak universiti masih gagal menangani masalah tersebut dengan segera.
Pada Rabu, unit undang-undang UIAM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.
Surat tersebut dikeluarkan ekoran daripada kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.
Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan memasuki perkarangan universiti berkenaan tanpa kebenaran dekan.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.
Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama. -mstar
Saturday, October 22, 2011
Demo UIA Bantah Penggantungan Aziz Bari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengantungan itu hanya untuk sementara.
ReplyDeletekeadaan akan lebih kecoh lagi jika mereka bersikap demikian!
ReplyDeletepenggantungan ini bukan suatu hukuman sebaliknya bagi memberikan peluang kepada beliau membela diri dalam tempoh ditetapkan.
ReplyDeletesemakin banyak demonstrasi dijalankan di negara ini sejak perhimpunan Bersih Julai lalu.
ReplyDeletepasal hal ini pun tak perlulah nak kecoh sgt, penggantungan itu hnya sementara.
ReplyDeleteAmat memalukan betul, ini kah cara orang-orang islam di Semananjung Malaysia salalu lepas sembayang jumaat buat DOSA buat demontrasi jalanan.... Ini lah pelajar2 yang semuanay bodoh2 sangat, sepatutnya pelajar ini ikut contoh pelajar2 dari Universiti Harvard dan Oxford. . Pelajar2 yang belajar di TOP WORLD UNIVERSITY sebuk belajar untuk dapatkan ilmu yang terbaik.. Jangan ikut pelajar yang paling BODOH Ahmad Syukri Abd Razab...Kalau betul dia pandai dia mesti berada di Universiti terbaik Dunia.
ReplyDeletesikit2 demo... apa pula komen SMM berkenaan dengan tindakan Aziz Bari mempertikaikan bidang kuasa Sultan Selangor dalam isu gereja DUMC??
ReplyDeleteadakah bagi SMM mengkritik kenyataan atau pandangan pihak lain itu melambangkan demokrasi? kalau nak sangat demokrasi, jangan la pertikaikan bidang tugas pihak lain.
ReplyDeleteSikit2 mahu demonstrasi..kalau tidak puas hati pun, guna cara yang lebih berhemah, yang lebih menunjukkan kamu itu orang2 yang berilmu tinggi.
ReplyDeletebaca betul2 sttment prof dr aziz bari, supaya akhirnya x membuat sttment buduh. prof x kritik sultan @ mempertikaikan kuasanya dlm hal agama. kita memang xpect banyak komen/kritikan sbb manusia akan melihat drpd pelbagai perspektif masing2. err oxford graduate semuanya bagus? KJ penipu pun produk oxford jg, buka mata, telinga n minda la. kc keluar itu bongkok taiwan utk melihat dunia...
ReplyDeleteBertindak secara rasional. Bukannya emosional. Selain itu, Dr. Aziz ni kan pensyarah undang2, tentu beliau sedia maklum apa yang beliau katakan. Adakah pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau bertindak atas dasar kedaulatan atau politik semata-mata?
ReplyDeleteStatement Aziz Bari lebih baik dari statement Zainal Keling. Tapi untuk Zainal tiada tindakan sebab dia pro UMNO. Inilah kerja UMNO siapa yang tidak sokong dia akan ditekan. Banyak statement orang orang penyokong UMNO yang terang-terang perkauman seperti Ibrahim Ali tapi lihatlah apa tindakan padanya Tidak ada!
ReplyDeleteapa pun yang dilakukan, ianya tidak perlu dilakukan mengikut emosi..
ReplyDeleteharap sebarang isu yang timbul akan diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteGolongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara.
ReplyDeleteHarap perkara ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksma.
ReplyDeleteKebebasan bersuara adalah hak rakyat negara demokrasi. Harap kerajaan akan menghormati kebebasan ini.
ReplyDeleteBudaya berdemonstrasi secara membabi buta ini amatlah membimbangkan.Sedih bila mengetahui yang wacana Aziz Bari sebenarnya dibiyai oleh gerakkan Kristian Jerman yang bertunjangkan paksi untuk melakukan gerakkan kristianisasi dan yang lebih menyedihkan anak muda memekik menyokong Aziz Bari walhal dia petualang yang mempersoal raja dalam keprihatinan Baginda menjaga kesucian agama.Semoga rakyat Malaysia akan lebih prihatin dan menyelidik daripada senang dimanipulasi pihak tertentu.
ReplyDeleteTapi sebaiknya bersuara tapi perlulah ada batasan juga. Kita perlulah menghormati raja kita. Derhaka kepada raja maka kita derhaka juga kepada negara kita.
ReplyDeleteSebaiknya kita tidak perlulah buat demo sedemikian. Kita tahu rasa tidak puas hati ada pada diri kita. Tapi kita juga perlu menjaga ketenteraman orang disekitar kita.
ReplyDeleteNampak sgt isu sengaja dimanipulasikan pihak pembangkang..Penggantungan Aziz Bari hanya bersifat sementara dan UIA sebagai majikan mempunyai hak untuk berbuat demikian.Pelik juga melihat Aziz Bari mempersoalkan Raja yang menyokong tindakan Jais demi menjaga agama.Berdemonstrasu secara membabi buta ini adalah sesuatu yg amat tidak berasas.
ReplyDelete