Kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan di Stadium Shah Alam dan tidak di Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kebiasaannya? Itu antara persoalan yang bermain dalam kepala sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggan final tahun ini.
Selepas isu tersebut menjadi tanda tanya tanpa sebarang alasan diberikan, hanya baru-baru ini jawapannya diketahui.
Namun, kalau dahulu faktor padang rosak boleh dijadikan alasan, kali ini apabila alasan yang sama cuba diberikan, ia pasti mengundang lagi rasa sangsi di kalangan orang ramai.
Bumbung stadium berskru longgar dan karat
Laporan media mendedahkan bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya sudah tidak selamat digunakan sejak 2006 malahan proses membaik pulih masih belum berjalan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bumbung stadium itu telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna.
Laporan itu yang menyatakan “sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat” turut mendedahkan punca masalah, iaitu kelewatan dan ketiadaan kelulusan peruntukan daripada kerajaan.
Lebih mengejutkan ialah apabila pihak yang menguruskan stadium tersebut, iaitu Merdeka Stadium Corporation (MSC), mengatakan permintaan mereka kepada pihak kerajaan sebanyak empat kali telah ditolak tanpa alasan.
Kalaulah insiden tidak diingini semasa perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini berlaku, di manakah hendak letak muka dan maruah negara kita?
Lebih membingungkan lagi, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya para menteri. Beginikah pemimpin yang dikatakan mahu mementingkan rakyat?
Sudah kebiasaan, sikap kerajaan adalah “bila terhantuk baru terngadah”.
Stadium di Malaysia pernah roboh
Kalau insiden roboh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 2009 berulang di Bukit Jalil, apakah reaksi daripada kerajaan? Adakah dengan sekadar menyalahkan orang lain dan menunding jari dapat menyelesaikan masalah?
Dalam kekalutan permasalahan isu Stadium Nasional Bukit Jalil, dua lagi berita wajar dijadikan perbandingan dan congakan peminat sukan tempatan negara.
Dilaporkan sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membeli 23 kuda tetapi daripada jumlah itu, hanya lima sahaja layak beraksi di World Endurance Championship (WEC) 2008. Bukankah ini satu pembaziran?
Begitu juga projek ternakan lembu milik kerajaan berjumlah RM73.64 juta yang gagal mendatangkan hasil seperti yang ditetapkan.
Ke mana perginya wang rakyat?
Kemanakah wang-wang ini semua pergi? Adakah Datuk Seri Najib Razak boleh menjawabnya atau sekadar lari daripada memberi jawapan?
Kesimpulannya, memang wajar cadangan daripada wakil DAP Tony Pua yang mahu mewujudkan Suruhanjaya Ketelusan Kewangan (FAC) bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan yang bersalah menguruskan kewangan yang ditetapkan, disokong penuh.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mencadangkan supaya FAC itu dianggotai oleh pakar profesional dalam bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.
FAC hanya perlu bertanggungjawab kepada Parlimen dan diberi kuasa menghukum serta mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah. Mungkin ini dapat mengatasi masalah pembaziran dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi membahayakan nyawa kita.
Sampai bilakah pembaziran dan kekorupan pegawai kerajaan harus berlalu hingga akhirnya yang merana kita rakyat biasa?
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – Roketkini.com

Harap penjelasan mengenai keadaan stadium ini akan dijelaskan, bagaimana satu stadium yang tidak lama disiapkan boleh runtuh?
ReplyDeleteHarap penyelewengan seperti ini tidak akan diulangi, jangan jadikan nyawa rakyat sebagai pertaruhan.
ReplyDeleteSegerakan kerja2 pembaikkan.
ReplyDeleteBagus juga mereka dapat detect awal stadium itu sudah tidak selamat lagi. Kalau mereka tidak peka, ramai yang akan terlibat dalam kelamlangan stadium roboh.
ReplyDeleteBertindak sebelum terlambat.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeletejika benar seperti apa yang dikatakan, pembaikan perlu dilakukan.
ReplyDeleteIni memang membahayakan penonton bola sepak. Jangan lengah-lengahkan kerja membaiki.
ReplyDeletebenarkah Stadium Bukit Jalij tidak lagi selamat, jika benar, ia perlu kerja2 pembaikan perlu dilakukan segera.
ReplyDeletewang rakyat kenalah digunakan sebaiknya untuk pembangunan rakyat.
ReplyDeleteapa pula nyawa jadi taruhan? sebab itu perlawanan diadakan di stadium shah alam, bukan di bukit jalil.
ReplyDeleteLaporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kerugian lebih RM122 juta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), iaitu duit yang terpaksa dibayar untuk subsidi air di Selangor.. itu baru satu negeri, belum satu negara..
ReplyDeletepeminat sukan tu tidak kisah pun asal dapat tengok perlawanan bola sepak.
ReplyDeletemujur jugalah Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bawa apa2 masalah waktu perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris yang diadakan baru2 ini walaupun disahkan ia tidak selamat digunakan sejak 2006. apapun, harap2 peruntukan itu akan diluluskan tahun ni juga.
ReplyDeleteHarap penyelanggaraan stadium perlu dilakukan sebelum digunakan.
ReplyDeleteHarap baik pulih stadium tu kalau tidak ini akan membahayakan penonton yang hadir.
ReplyDelete