Friday, October 28, 2011

Pelajar IPT Bawa Pulang Pasangan Ke Rumah

Penduduk Taman Cahaya Masai di sini, kesal dengan gelagat pelajar institusi pengajian tinggi kerana suka berpeleseran hingga awal pagi, termasuk membawa teman berlainan jantina ke rumah masing-masing.

Sikap kumpulan pelajar terbabit yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga tata susila hidup di situ, menyebabkan taman perumahan itu turut mendapat jolokan sebagai Taman Cahaya Maksiat.

Suri rumah, Azizah Hamzah, 42, berkata tindakan pelajar melakukan maksiat dan mengamalkan gaya hidup sosial melampau atau sesuatu yang tidak baik.

“Kebanyakan mereka menyewa sekitar taman perumahan ini kerana pusat pengajian mereka berdepan masalah kekurangan asrama. Namun, apabila duduk di rumah sewa di sini, masing-masing tidak menjaga adab dan tatasusila.

“Berdasarkan etika pakaian setiap kali hendak keluar belajar di kampus, masing-masing kelihatan berpakaian kemas termasuk bertudung bagi yang perempuan.

“Malangnya, apabila sampai di kawasan rumah masing-masing, yang perempuan hanya bersinglet dan berseluar pendek di luar rumah. Setiap hari, pasti ada lelaki yang datang bertandang di rumah terbabit," katanya.

Azizah berkata, ada di kalangan pemilik rumah sewa yang prihatin, melakukan pemeriksaan mengejut terhadap kediaman terbabit dan terserempak dengan pelajar perempuan yang membawa teman lelaki masuk rumah.
Penduduk, Melati Rosli, 42, menyifatkan kumpulan pelajar terbabit sebagai sudah melampau batasan apabila tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan perumahan itu yang turut didiami golongan berkeluarga.

"Mereka menjadikan taman ini seperti kawasan pelacuran apabila bawa teman lelaki masuk rumah serta berpeleseran sesuka hati kerana masing-masing jauh daripada ibu bapa dan masa sama tidak dikawal oleh pengurusan pusat pengajian,” katanya.

Melati mendakwa, ada di kalang-an pelajar terbabit yang bertindak balas dengan membaling mercun atau telur busuk kepada rumah penduduk yang menegur perbuatan maksiat mereka.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nuur berdekatan, Muhd Zaidi Ghazali, 40, menyifatkan gejala negatif yang ditunjukkan golongan pelajar terbabit adalah barah yang boleh merosakkan diri sendiri.

“Perlakuan maksiat di kalangan pelajar ini boleh mengundang bala pada seluruh penduduk taman kerana ia merosakkan nama baik institusi pengajian mereka serta pelajar yang tidak bersalah selain memalukan perumahan ini,” katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati kawasan sekitar rumah yang disewa kumpulan pelajar berkenaan mulai sibuk dengan kereta yang keluar masuk menjemput pelajar perempuan mulai jam 8 malam.

Malah, sehingga jam 2 pagi, masih ada pelajar perempuan dan lelaki sedang berbual mesra di luar rumah sewa dan lorong gelap berdekatan tanpa menghiraukan jiran dan penduduk yang kurang senang dengan perbuatan terbabit. -BH

17 comments:
Write comments
  1. Bertaubatlah daripada kegiatan maksiat seperti ini.

    ReplyDelete
  2. pelajar ipt sepatutnya tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk...bertaubatlah agar tidak merasa rugi atau menyesal dikemudian hari...

    ReplyDelete
  3. Kegersangan sudah bah tu..jangan pula lepas ni ada kes buang bayi di kawasan itu.

    ReplyDelete
  4. Apa yang penting kita sudah menegur, jika mereka masih tidak ingin menyedarkan diri mereka sendiri, tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan.

    ReplyDelete
  5. pada zahirnya berpendidikan tetapi pada batinnya tak ubah seperti pelacur yang tak berharga dan lebih teruk daripada pelacur.

    ReplyDelete
  6. nama sahaja pelajar, tapi sikap tak menunjukkan mereka ni terpelajar. lapor ja pada jabatan Agama akan tindakan tidak bermoral mereka.

    ReplyDelete
  7. bukan di Taman Cahaya Masai saja, kalau di serbu semua perumahan yang berhampiran dengan mana2 pusat pengajian, pasti persekitarannya sama saja seperti di Taman Cahaya Masai..

    ReplyDelete
  8. sendirilah mau ingat. kalau lepas ni ada apa2 masalah, tanggung sendiri. sepatutnya juga ingatlah ibubapa yang di kampung tu. jangan bagi malu dengan mereka.

    ReplyDelete
  9. Harap pihak pengurusan pengajian tinggi dapat membantu menangani masalah sebegini.

    ReplyDelete
  10. x apa masih rendah lagi, dari negara2 jiran

    ReplyDelete
  11. da bunting tau lak nak sorok2...lpas bunting, ank hasil kja haram tu yg jdi mngsa msuk longkang msuk dlm tong smpah dll...yg jantan2 jongos da dpt sdap ilang x kmana..ptut smua yg xstuju tu dgn ajk surau pegi serang n serbu kat bdak2 ppuan yg kuan ajr tu...bala ALLAH bkn kna pd pmbuat maksiat sja tpi pda smua pnduduk tman trsbut...renung2 kan...skian

    ReplyDelete
  12. ini adalah realiti sebenar yang berlaku tidak kira dimana-mana ipta punya student. tak perlu pergi jauh2, kita tengok saja sikap sebilangan student dari ums,uitm kk, poli kk dan ipta2 swasta yg terdapt dinegeri sabah yg tercinta ini. korang ingat mana-mana individu yg dapat melangkah ke pendidikan tinggi semuanya pandai dan mempunyai akhlak yg bersih?? no no no.

    berani saya katakan, 1/4 atau 25% daripada penuntut dalam sesebuah ipta ( lelaki dan perempuan) adalah mereka yang terdiri daripada golongan berprinsip liberal dalam kehidupan dan pemikiran mereka. seks bebas bersama pasngan masing2, drinking party session, sekedudukan, kaki clubbing, drug dan pills, mat motor, si kaki gaduh a.k.a trippin hero individu( antara semua kategori ni paling sy benci, dan semestinya actornya adalah lelaki), 'virgin killer' atau 'kasanova miskin' yang mana modus operanti-nya ialah mengayat/mengoda semua perempuan yg baru nampak dunia atau yg mmg sudah sedia sosial utk dijadikan sebagai alat pelepas nafsu serakah dan banyak lagi.. penat mo list semua.

    cuba bayangkan apa akan jadi jika mereka-mereka yg berperangai yg macam begini yg memegang atau mentadbir sesuatu institusi atau jabatan penting dalam negeri/negara ini, boleh anda bayangkan??

    ReplyDelete
  13. kerjasama dari semua pihak perlu untuk menangani gejala sosial yang semakin teruk ni.

    ReplyDelete
  14. Cubalah Pencegah maksiat buat spot check di tmpt kediaman pelajar di Universiti Apartment 2 Wong Kok.... ramai pelajar IPT di sini yang mcm jalang kena tapau dan minta tapau...

    ReplyDelete
  15. biasa la semua buka isi macam rambutan gred 24.mesti enak

    ReplyDelete
  16. Kefahaman Islam terlalu cetek, eleman merangsangkan syahwat berleluasa.
    Cinta telah mengorbankan harga diri, apa lagi buatlah perubahan supaya suasana yang kondusif untuk kehancuran kemanusian ini dapat disekat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.