Sunday, October 16, 2011

PRU 13 : Gerakan Gesa Dr Koh Lawan Guan Eng

Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.

Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.

Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.

"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."

Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.

Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.

Perwakilan Kedah, Ngooi Ah Fatt juga bersetuju bahawa Koh harus kekal di Pulau Pinang jika beliau memilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.

Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.

"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi." -mk

20 comments:
Write comments
  1. lawanlah LGE [klu mau hilang deposit]...

    ReplyDelete
  2. Kalau MENTERI KALAH itu lawan LGE Gerakan akan terus berkubur selepas PRU13.

    ReplyDelete
  3. bgs juga mereka berdua bersaing, pasti ia satu persaingan yang sengit.

    ReplyDelete
  4. Masih ramaikah penyokong Tsu Koon?

    ReplyDelete
  5. Confirm saingan akan menjadi sengit diantara mereka berdua.

    ReplyDelete
  6. Gerakan sudah dihalau oleh rakyat Pulau Pinang GE lepas. Kita tunggulah dan lihat bagaimana kali ini.

    ReplyDelete
  7. Biar rakyatlah yang menentukan sama ada mereka memilih Gerakan ataupun DAP.

    ReplyDelete
  8. Mana2 sahaja, yang penting persaingan itu sihat.

    ReplyDelete
  9. Rakyat harus pandai memilih manakah yang sesuai untuk menjadi pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  10. belum cuba belum tau.. ada masa diatas, dan ada masa dibawah.. lagilah hina jika mengaku kalah sebelum bertanding..

    ReplyDelete
  11. Koh Tsu Koon dikatakan pemimpin yang lemah kerana menyebabkan kejatuhan BN di Pulau Pinang. jadi, nampaknya inilah peluang Koh untuk membuktikan yang beliau boleh.

    ReplyDelete
  12. DAP juga mungkin akan berusaha lebih untuk PRU-13. mana mungkin mahu melepaskan negeri2 yang sudah berada dalam genggaman mereka.

    ReplyDelete
  13. jika mereka akan bertanding pasti persaingan sengit akan berlangsung.

    ReplyDelete
  14. apa pun tunggu dan lihat sama ada ini akan berlaku atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  15. Lakukan yang terbaik untuk parti dan rakyat.

    ReplyDelete
  16. Wanita GERAKAN Datuk Tan pula mahu supaya Dr Koh tidak bertanding.. macam mana tu?

    ReplyDelete
  17. kita tgklah samada mereka berdua akan bersaing atau tidak.

    ReplyDelete
  18. Bagus juga cadangan tersebut. tapi harap Parti gerakan akan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya KM Pulau Pinang akan mendapat tentangan hebat pada PRU 13 akan datang. Gerakkan merupakan parti sebelum DAP memerintah Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  20. Gerakkan perlu menunjukkan kesungguhan menawan kembali Pulau Pinang..Simpati dengan nasib rakyat Melayu Pulau Pinang yang makin terhimpit dengan pengambilalihan Padang Kota,pembangunan rumah mewah dikawasan balik Pulau yang terang dan nyata tidak mampu dimiliki oleh rakyat Melayu Pulau Pinang..larangan berniaga dibazar Ramadhan Komtar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.