Wednesday, October 12, 2011

200 Pendatang Dapat IC Dikepung

Sekumpulan kira-kira 200 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

NONEExco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

NONEBagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

NONEMenurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

NONEMenurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang didakwanya tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. -MK

15 comments:
Write comments
  1. Harap perkara ini akan disiasat dengan teliti, jika didapati mereka memegang IC secara tidak sah, diharapkan tindakan akan diambil.

    ReplyDelete
  2. Pastikan tiada pengundi hantu yang akan mengundi pada PRU-13 ini.

    ReplyDelete
  3. Teruknya ni.siapa juga yang bawa mereka masuk ke Malaysia?

    ReplyDelete
  4. sekarang ni pun masih ada lagi pihak yang bersubahat mahu memberikan IC kepada pendatang. cukup2lah apa yang sudah terjadi di Sabah.

    ReplyDelete
  5. kita tak boleh biarkan PATI mendapat IC sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  6. ambil tindakan terhdap mereka jika benar.

    ReplyDelete
  7. Cari dalang sebenar kegiatan ini!

    ReplyDelete
  8. Sanggup jual negara untuk kepentingan diri. Orang macam ini lebih baik dibuang negara.

    ReplyDelete
  9. kita sendiri pun tidak tahu kebenaran pekara ini..sebaiknya siasatan yang teliti dilakukan..

    ReplyDelete
  10. harap pekara ini akan disiasat dan cerita sebenar akan diketahui..

    ReplyDelete
  11. macam mana la mahu percaya kalau setakat ambil gambar bas dan resort saja.. kenapa 'orang dalam' itu tidak ambil gambar PATI dan 'dokumen tebal' dalam bas tu??

    ReplyDelete
  12. kalau takat amik gambar bas dan kata PATI nak diberi Ic ..nie isu yang usdah basi sejak berzaman lagi..Saya boleh bubuh gambar Mercedes dan cakap DSAI datang makan rumah saya dan tumpang sembahyang..Berita x relevenlah bro..

    ReplyDelete
  13. Kepada Neji,kalau perkara ini bohong saya syorkan anda buat laporan polis dan saman orang yg buat tuduhan ini.Nama dan jawatan disertakan org yg buat kenyataan disertakan sekali dalam laporan ini.Laporan ini tentunya menjejas kerajaan,kenapa kerajaan DIAM.Nampak TAKKKKK?????

    ReplyDelete
  14. Bagusnya senang saja dapat MyKadkan..Harap teruskan siasatan atas dakwaan ini.

    ReplyDelete
  15. Semakin hampir PRU ini semakin banyak cerita diisukan oleh pihak pembangkang. Harap PRU kali ini akan berjalan dengan jaya dan lancar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.