Keningau: Sikap murung dialami gadis berusia 16 tahun akhirnya membongkar rahsianya yang dirogol dua kali oleh bapa kandungnya di rumah mereka di Sook sejak Julai lalu. Gambar fail
Dalam dua kejadian berasingan, tubuh mangsa ‘diratah’ oleh darah dagingnya ketika ibunya tiada di rumah.
Mangsa yang tidak bersekolah mengalami trauma dan murung berpanjangan selepas kejadian itu sebelum dihidu oleh ibunya apabila mendapati anak gadisnya bersikap pelik.
Akibat tidak mampu menahan desakan ibunya, mangsa menceritakan kelakuan bapanya berusia 51 tahun merogolnya dua kali iaitu pada Julai lalu dan bulan ini ketika ketiadaannya.
Sebaik mengetahui perkara itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap suspek.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, laporan itu dilakukan seminggu selepas kejadian rogol (kedua) berlaku.
“Bagi mengelak kejadian sama berulang, ibu mangsa melaporkan perkara itu kepada polis.
“Mangsa dirogol dua kali pada Julai lalu jam 7 malam dan 21 Oktober jam 2 petang ketika ibunya tiada di rumah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut Zahari, suspek berjaya dikesan di rumahnya dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
“Suspek ditahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 60 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya. -hm
Sunday, October 30, 2011
Gadis Murung Kerana Diperkosa Ayah Sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika benar kena rejam saja sampai mati itu orang tua.
ReplyDeleteSungguh memalukan, hukuman berat harus dikenakan!
ReplyDeletememang wajar jika pesalah tersebut dikenakan hukuman yang berat.
ReplyDeletekalau ikutkan usia suspek, 60 tahun tu kira seumur hidup la tu..
ReplyDeleteKenapa ada orang macam ini di dunia? Anak kandung sendiri pun sanggup rogol?
ReplyDeletesebagai seorang ayah, dia seharusnya menjaga maruah anaknya, bukan mencemarkannya.
ReplyDeleteHarapkan pagar,pagar makan padi.
ReplyDeletemacam cerita 'Soffiya' pula di TV3 jam 7 pm. seumur hidup jadi trauma.
ReplyDeleteSiapa suruh anak sendiri pun dibuat sedemikian.
ReplyDeleteKurang ajar punya bapa. seorang bapa sepatutnya melindungi anak2. Harap2 dapat balasan yang setimpal.
ReplyDeletetidak layak jadi manusia..
ReplyDelete