MESYUARAT Agung Tahunan Cabang Batu Sapi baru-baru ini telah mengejutkan banyak pihak ekoran kemasukan 300 ahli Barisan Nasional, majoritinya ahli UMNO ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika pilihanraya berada di ambang pintu.
Kemasukan mereka diterima oleh Wakil Majlis Presiden PKR Sabah, Haji Ansari Abdullah yang diketuai oleh Sait Bin Bulahau daripada Tronglit (50 ahli); Awi Bin Noor daripada Trongliman (50 ahli); Wahab Bin Kuala daripada Kg Sirabuat (41 ahli); Malang Noor daripada Kg Api-Api (50 ahli); Mazlan Pindik daripada Kg Bambangan (69 ahli) dan Dani a/k Ganggai daripada Kg Gas Baru (50 ahli).
Dengan kemasukan 300 ahli baru ini, PKR telah berjaya menubuhkan enam cabang baru di kampung seperti yang disebutkan hasil daripada kerja keras turun padang memberi penjelasan misi dan visi PKR, sekalipun calon PKR tewas pada pilihanraya kecil Batu Sapi tahun lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan ketika memberi ucapan selaku Pengerusi Penganjur Perasmian MATC bersama pada 9 Oktober 2011, telah menegur sikap Kerajaan Barisan Nasional agar jangan melunakkan rakyat dan terus berbohong berhubung Bajet 2012 yang sinonim dengan Bajet Gula-Gula Getah (Chewing Gum).
“Dalam Bajet 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan kononnya yuran sekolah di seluruh Malaysia dimansuhkan. Hakikatnya masih ada lagi rakyat tidak mampu melanjutkan persekolahan disebabkan faktor kemiskinan kerana sekolah masih memungut pelbagai yuran untuk menampung pelbagai aktiviti yang menyusahkan pelajar dan rakyat miskin,” kata Zainuddin yang menjelaskan kedaifan penduduk Batu Sapi begitu ketara.
Bajet 2012, kata Zainuddin adalah ‘Bajet Rasuah’ untuk menyenangkan hati rakyat agar terus memberikan undi kepada BN pada Pilihanraya Umum akan datang, sedangkan pada hakikatnya pengumuman bajet itu hanya memperbodohkan rakyat; hanya enak didengar, tetapi sukar dilaksanakan dalam kemelesetan ekonomi sekarang.
“Sepatutnya PM menyahut cabaran Bajet Pakatan Rakyat agar perbelanjaan elaun PM dan semua menteri dikurangkan dan bukannya dinaikkan sehingga membazir wang rakyat sebanyak RM600 bilion,” kata Zainuddin yang kesal kerana kerajaan menjadikan simpanan rakyat dalam KWSP, ASB, SOSCO sebagai sasaran dana kerana terus membentangkan belanjawan defisit.
Tambah Zainuddin lagi, sewajarnya kerajaan berhenti memperbodohkan rakyat dan jika tidak mampu lagi mentadbir Malaysia, sebaiknya meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen.
Tanda kebodohan pemimpin BN kata Zainuddin, boleh dilihat dengan jelas di Sabah kerana sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dan hasil masyhul di Malaysia, kini berada di tangga tercorot iaitu ke 13 daripada 13 buah negeri (Wilayah Persekutuan tidak diambil kira) di Malaysia.
“Elaun YB-YB di Sabah, baru RM5,000 sebulan; tetapi kekayaan mereka melebihi Sultan. Ada juga YB yang ber’Sultan’ di mata dan beraja di hati seperti Sultan Zakaria Edris iaitu ADUN Gum Gum kerana mengkebumikan jenazah saudaranya di kiblat Masjid Gum Gum. Setelah kita tegur berkali-kali barulah dipindahkan,” kata Zainuddin yang kesal kerana Mufti Sabah seperti ‘Terompah Kayu’.
Wednesday, October 12, 2011
Bajet & 300 Ahli BN Masuk PKR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biarkan mereka yang suka lompat parti ini, perkara ini sering dinampak.
ReplyDeleteKejadian lompat parti adalah perkara biasa di negara kita.
ReplyDeletetiada pendirian, suka lopat parti..tunggu 2 tahun dri sekarang lompat lagi balik pigi BN tu...
ReplyDeleteperkara biasa dalam politik, orang yang lompat parti ni orang yang tiada pendirian.
ReplyDeletetapi, itu hak mereka untuk sertai mana2 parti.
ReplyDeletemana-mana parti pun akan ada ahli yang keluar dan akan ada yang akan masuk..
ReplyDeleteini adalah pekara biasa dan berlaku kepada mana-mana parti pun, yang penting usaha untuk berkhidmat kepada rakyat perlu diteruskan.
ReplyDeleteapa sebabnya mereka keluar BN dan masuk PKR? tidak berpuas hati dengan bajet 2012?
ReplyDelete300 keluar masuk PKR. entah2 lebih dari 300 ahli dari PR yang masuk BN pula. ini masih belum boleh dikatakan petanda yang baik buat PR..
ReplyDeleteteruskan memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.
ReplyDelete300?? ramainya. Biar betul ni.
ReplyDeleteBut why must PKR?? why not other parties.
ReplyDeleteTukar2 parti ni tidak hairanlah.
ReplyDeleteKalau hari ini tukar parti, nanti masa mengundi pun tukar undi last minute. Manalah tahu kan.
ReplyDeleteNothing to surprise actually. Parti komponen jump from one to another often happened in politics. Hope PKR can strike better result for new joined members and be able to do more for the people of Sabah.
ReplyDeleteCuma media perdana tak gembur2kan bila keluar dr parti BN. tapi kalau mereka lari dari PR ke BN seantero Malaysia akan dihebokan termasuk media TV!Fikirlah sendiri!
ReplyDelete"Bajet 2012, kata Zainuddin adalah ‘Bajet Rasuah’ untuk menyenangkan hati rakyat agar terus memberikan undi kepada BN pada Pilihanraya Umum akan datang"
ReplyDeleteMasing-masing mengkritik bujet 2012. Ada juga golongan yang mengatakan bujet kali ini bertujuan untuk menambat hati pengundi semata-mata. betul ke tidak, menilailah dengan hati yang terbuka.
"Hakikatnya masih ada lagi rakyat tidak mampu melanjutkan persekolahan disebabkan faktor kemiskinan kerana sekolah masih memungut pelbagai yuran untuk menampung pelbagai aktiviti yang menyusahkan pelajar dan rakyat miskin,"
ReplyDeletePemansuhan yuran sekolah memang meringankan beban keluarga terutama golongan yang kurang berkeupayaan. Peruntukan sebegini bukan satu tindakan yang bijak, yang penting ekonomi negara diperbaiki, projek pembangunan diteruskan. Ekonomi stabil, pendapatan keluarga bertambah, maka rakyat tidak lagi memerlukan peruntukan sebegini yang cuma membebankan kerajaan.
300 ahli melompat parti. Jumlah ini agak mengejutkan, tertanya juga apa sebab? Kenapa PKR? Apakah matlamat danmisi baru PKR dengan tambahan 300 ahli baru? Yang penting, jangan lupakan tanggung jawab kepada rakyat.
ReplyDeleteSatu cabaran lagi kepada BN menjelang PRU13. Ahli melompat parti memang menjejas imej satu parti. Pengundi juga tertanya-tanya dan membuat ramalan yang amat negatif.
ReplyDeleteAdakah lompat parti 300 ahli BN berkaitan dengan bujet 2012? Berharap pertambahan seramai 300 ahli dalam PKR dapat menghasilkan kesan positif.
ReplyDeletepedulikan mereka yang lompat parti...ianya adalah pilihan mereka...
ReplyDeletemereka yang lompat parti ini bukan lagi satu liabiliti bagi parti asal..ianya kini menjadi bebanan kepada parti baru kerana terpaksa memenuhi kehendak mereka yang lompat parti.
ReplyDeletebajet 2012 bukanlah bajet untuk menarik undi rakyat tetapi bajet untuk kebajikan rakyat..
ReplyDeleteyuran sekolah dimansuhkan...ini adalah satu berita baik khasnya kepada keluarga miskin yang mempunyai anak ramai bersekolah.
ReplyDeletelompat parti adalah perkara biasa dalam politik...
ReplyDeletebajet kali ini sangat memuas kn hati..lompat pati ne adalh untuk org yg tidak tetap pendiriannya... mula2 suka yg ini lepas tu ada keburukan sikit pindah lagi pergi yg ini...hmm...
ReplyDeletekita tidak tau mungkin lebih dri 300 ahli PKR lompat parti ke BN..
ReplyDeleteBiasalah lompat parti, tak lama nanti akan lompat balik juga.
ReplyDeleteApa terjadi dgn 300 ahli ini?
ReplyDeletePastilah terdapat orang yang tak berpuas hati, biarlah mereka.
ReplyDeleteMereka pasi akan menyesal dengan pilihan ini.
ReplyDeleteMana boleh menyalahkan BN bagi bajet 2012...haruslah berfikiran positif.
ReplyDeleteTerompah kayu "Buruk" patut diganti
ReplyDeletelagi ramai yang masuk PKR lagi bagus.. biar semua rakyat nampak bahawa majoriti ahli2 dan pemimpin PKR adalah dari BN. nama saja yang berubah tapi wajahnya tetap sama..
ReplyDeleteawang samiun.. skrip biasa bila ahli2 PKR keluar parti ialah 'parti akan lebih kukuh' atau 'mereka yang keluar itu tidak berguna kepada parti dan rakyat'.. tapi dia terima pula ahli2 yang keluar dari parti lain yang mana boleh juga dikatakan bahawa mereka2 itu tidak berguna kepada rakyat dan parti yang diwakili mereka..
ReplyDeleteSeriously?
ReplyDeleteSatu jumlah yang amat besar. Harap tidak membawa apa-apa masalah besar kepada BN. Berharap juga tambahan ahli di PKR membolehkan PKR lebih kuat dan berusaha lebih banyak untuk rakyat.
ReplyDeletePerkara biasa lompat parti ini. Yang penting tidak membawa sebarang negatif impak kepada rakyat.
ReplyDeleteApakah sebab utama 300 ahli lompat parti? Adakah berkaitan dengan bujet 2012? Adakah ini disebabkan masalah internal?
ReplyDeleteRasa-rasa lompat parti ini tiada kaitan dengan bujet. Pasti ada masalah antara parti komponen yang tidak dapat diselesaikan. Kalau ahli politik ini masih bertujuan dan berhasrat untuk berusaha untuk rakyat, parti mana pun tiada bezanya.
ReplyDeletePemansuhan yuran sekolah memang berita baik untuk golongan keluarga yang beranak banyak. Projek pembangunan dan membaiki ekonomi sebenarnya lagi penting berbanding dengan bantuan kewangan sebegini. Ekonomi bertambah baik, pendapat rakyat juga bertambah, maka masalah kemiskinan dan beban tanggungan harian juga dapat diselesaikan.
ReplyDeleteCuma 300 orang sajakah yang masuk PKR dari berjuta-juta penduduk? Biarlah itu keputusan mereka. Jadi jangan menyesal kemudian hari.
ReplyDeletePKR?? Apa yang ada dengan parti ini? Rasanya cuma mereka yang terpaksa saja yang menyertai parti ini.
ReplyDeletepasal bajetkh mereka lompat parti?? tidak logik.. bajet 2012 memuaskan hati semua pihak.. cuma pihak pembangkang sja hendak memanaskan isu ini..
ReplyDeletePKR hanya pandai berjanji... hanya pandai bercakap memburukkn kerajaan..
ReplyDeleteThere might be possibilities.
ReplyDeleteWe can't predict what will happen next. After all, we need to prepare.
ReplyDeleteBagi saya, keluar atau masuk parti itu hak masing2. Kalau nak ditegah pun nanti lain jadinya.
ReplyDeleteI'm not convinced on that.
ReplyDelete"...pelbagai yuran untuk menampung pelbagai aktiviti yang menyusahkan pelajar dan rakyat miskin..."
ReplyDeleteKalau se,ua free pun susah juga bah, nanti telampau manja:P
Saya rasa penggiat politik ni mcm takda pendirian la. Suka sangat nak lompat parti. alahaiii..
ReplyDeleteTapi takpa, biarlah rakyat nilai sendiri hal ini. Saya yakin rakyat bukan budak lagi yang senang ditipu hanya dengan diberi gula-gula.
ReplyDelete300??? Ramainya... Biar betul hal ni. Atau salah taip angkanya:P hehe
ReplyDeleteKita lihat sajalah nanti, susah mahu ramal sebab politik ni apa-apa pun bolehg berlaku. Jadi kita tunggu sajalah keputusan next GE nanti.
ReplyDelete