Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pemasangan lampu putih (HID) pada kereta yang setakat ini mengesan 30 kes penggunaan lampu itu.
Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya memandang serius penggunaan lampu ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ini pada kenderaan dan notis akan dikenakan terhadap mereka, jika ingkar notis boleh dikenakan kompaun.
"Kami melihat pemilik yang memasang lampu putih ini mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada orang lain sedangkan ia boleh menyebabkan silau dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Ops Bersepadu di hadapan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi di sini malam Selasa. Menurut Abdul Rahman, pihaknya percaya penggunaan lampu ini juga merupakan salah satu faktor kepada punca kemalangan.
Dalam operasi itu sebanyak 137 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.
Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir tengah malam itu disertai 130 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). -BERNAMA
Wednesday, October 12, 2011
JPJ Pantau Kereta Pasang Lampu Putih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pemilik kereta ikut suka hati mereka ja. sebelum ini penggunaan cermin kereta gelap pula yang popular. Ini soal keselamatan, sepatutnya mereka mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
ReplyDeletePemilik kereta yang suka hati memasang lampu yang tidak mengikuti piawaiaan ini sememangnya tidak bertanggungjawab, ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeleteJPJ perlulah lebih tegas memantau pemilik kereta yang membuat pengubahsuaian kereta mereka yang tidak mengikuti piawaian.
ReplyDeletesetiap kereta kenalah mengikut piawaian yang ditetapkan, ini demi keselamatan kita juga.
ReplyDeleteSaman saja siapa2 yang tidak ikut undang2 jalan raya, JPJ.
ReplyDeletetindakan yang tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang tidak mengikut spesifikasi..ini soal keselamatan..
ReplyDeleteharamkan penjualan lampu putih ini.. selagi mudah didapai, selagi itu pemilik kenderaan akan cuba mendapatkannya..
ReplyDeleteKeselamatan harus diutamakan jangan mahu bergaya saja.
ReplyDeleteJangan JPJ cakap saja. Harap bukan di Terangganu saja malahan jika boleh seluruh Malaysia membuat pemantauan penggunaan lampu putih ini. Benar itulah antara punca kemalangan dan menyebabkan orang lain jadi mangsa dengan silau.
ReplyDeletenyatakan Fakta yang tepat berapa banyak kemalangan yang di akibatkan pemasangan lampu HID dan juga kereta buatan apa yang sentiasa terlibat dalam kemalangan!
ReplyDelete