Sunday, October 16, 2011

The 99: Komik Adiwira Islam Berperwatakan Terpuji

Kuwait City - Jabbar adalah remaja dari Arab Saudi dikurniakan kekuatan luar biasa. Jami, si genius dari Eropah mempunyai kepakaran untuk mencipta alat serta senjata dan Sami pula dianugerahi deria pendengaran yang melangkaui kebolehan manusia biasa.

Mereka adalah antara watak adiwira di dalam komik The 99, iaitu kumpulan remaja Islam dari seluruh dunia yang memerangi kejahatan.

Idea penghasilan komik itu dicetuskan ahli psikologi Kuwait, Naif Al-Mutawa yang mahu The 99 menjadi watak contoh dan memberi pengaruh positif kepada kanak-kanak Islam.

Tidak seperti adiwira di negara Barat yang melawan musuh dengan pakaian menyolok mata, watak komik ini, terutama wanita, mengenakan kostum sesuai dengan budaya Timur Tengah.

Namun, komik unik ini berhadapan pelbagai cabaran awal termasuk larangan pemasarannya di Arab Saudi. Tetapi semua halangan itu berjaya diharungi dan kini, The 99 dipasarkan di Timur Tengah, India, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Malah, komik ini juga mungkin dijadikan siri animasi televisyen selepas sebuah syarikat penerbitan Belanda dilihat berminat dengan karya Naif itu.

Dan jangan terkejut kerana "The 99" turut mendapat perhatian Rumah Putih semasa Sidang Keusahawanan, April tahun lalu, apabila Presiden AS, Barack Obama memuji usaha Naif kerana mencipta watak adiwira yang menunjukkan sikap terpuji.

Maklumat lanjut mengenai komik ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.the99.org/

8 comments:
Write comments
  1. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  2. semoga komik ini mendapat sambutan ke seluruh dunia.

    ReplyDelete
  3. Jangan saja komik ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap agama lain.

    ReplyDelete
  4. biasanya komik2 yang ada di pasaran sekadar untuk hiburan tapi komik ini nampaknya menitikberatkan tentang pengajaran dan pengaruh2 positif. jadi, tak perlu risau jika kanak2 membacanya.

    ReplyDelete
  5. Harap komik ini akan menyebarkan maklumat yang positif kepada semua pembaca.

    ReplyDelete
  6. jika komik ini dapat memberikan contoh yang baik dan mempunyai unsur pengajaran maka ianya memang baik dan wajar disokong.

    ReplyDelete
  7. Jalan cerita komik juga perlulah diambil berat untuk memastikan pembaca tertarik.

    ReplyDelete
  8. Macam menariklah komik ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.