Sunday, October 23, 2011

WASPADA: Terdapat Susu Tepung Tercemar Di Pasaran

Mohd Hasbullah Mohd Razi, 25 berkata, susu berkenaan dibeli di sebuah kedai di pekan Kuala Kangsar untuk anaknya yang berusia enam bulan, dengan harga RM17.30 untuk satu paket seberat 650 gram.

“Susu berkenaan merupakan susu berjenama agak terkenal di negara ini banyak diiklankan di kaca televisyen yang mana dikatakan mempunyai khasiat tinggi serta bagus untuk bayi.

“Hajatnya mahu menukar jenama susu untuk anak dan saya telah membeli tiga paket sekali gus susu tepung berkenaan, namun tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku untuk satu jenama susu yang agak terkenal,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Katanya, awalnya dia menyangka serpihan hitam itu adalah sampah yang terjatuh ke dalam bekas mengisi susu tepung untuk anaknya, namun setelah diperiksa, ketiga-tiga paket susu berkenaan didapati turut mengandungi serpihan sama.

Menyedari keadaan itu, Mohd Hasbullah berkata, dia merasa bimbang ia akan mendatangkan mudarat kepada anaknya kerana satu paket telah habis diminum bayi berusia enam bulan itu.

“Awalnya isteri saya menyangka ia adalah sampah kecil dalam bekas susu tepung lalu menapis sehingga habis satu paket pertama untuk membuang serpihan berkenaan, namun apabila menyedari ia turut terkandung dalam paket dua paket lagi, kami mula merasa bimbang, lalu mengadukan perkara ini kepada pihak berwajib,” katanya.

Menurut Hasbullah, isteri dan bapa mertuanya telah mengadukan perkara itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kuala Kangsar dan Pejabat Kesihatan Daerah pada 14 Oktober lalu, namun terkilan dengan cara masalah itu ditangani.

“Sikap menuding jari antara pihak berwajib sebenar membuat kami rasa terkilan, kerana sikap seperti ini membuatkan kuasa sebagai pengguna seperti tidak berguna langsung dalam situasi seperti ini.

“PPDNKK kata mereka hanya memantau dari segi harga dan masalah ini perlu dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah, manakala Jabatan Kesihatan pula mengatakan di sebaliknya dan keadaan ini membuatkan pihak pengguna seperti kami kecewa,” katanya.

Mohd Hasbullah berkata, hanya selepas bapa mertuanya berkeras baru Pejabat Kesihatan Daerah menerima sampel susu yang dibawa untuk diuji dan memaklumkan keputusan pemeriksaan akan keluar dalam masa enam minggu.

“Kami harap pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam menangani perkara sebegini kerana ia melibatkan makanan bayi dan jika karenah birokrasi terus dibiarkan seperti ini, ia akan mendatangkan mudarat kepada ramai pengguna,” katanya. -SH

14 comments:
Write comments
  1. samada pentadbir kedua-dua agensi ini buduh @ lepas tangan - ketulenan produk adalah bidangkuasa PPDNKK n kewujudan bahan asing dlm produk [makanan] adalah bidangkuasa pej kesihatan kawasan [kem kesihatan malaysia].

    ReplyDelete
  2. perlu disiasat dengan segera

    ReplyDelete
  3. Apa agaknya jenama susu tu?

    ReplyDelete
  4. hal ini perlu disiasat, dan tindakan perlu diambil terhadap pengeluar susu tersebut.

    ReplyDelete
  5. Jika perkara ini mendapat perhatian awal pasti dapat menyelamatkan lagi ramai pengguna yang mungkin akan mengalami kesan negatif atas kekotoran yang terkandung dalam tepun susu itu.

    ReplyDelete
  6. Para pengguna perlulah lebih berhati-hati bila membeli tepung susu di pasaran.

    ReplyDelete
  7. Jangan hairan . . . tindakan tidak akan diambil dan di jalankan siasatan sebab syarikat tersebut itu bukan melik orang Melayau, jika melik orang Melayau, saya guaranti dan tetap akan diamabil tindakan segera... saya banyak terima aduan tindakan double standard KPDNKK.

    ReplyDelete
  8. harap hal ini akan disiasat dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.

    ReplyDelete
  9. kadang2 ada pembekal yang tidak mahu tanggung kerugian jika barang yang mereka bekalkan telah sampai tarikh luput atau peket/bekas asal rosak.. jadi mereka bungkuskan semula untuk menutup kecacatan atau kerosakan seperti itu..

    ReplyDelete
  10. pihak yang berwajib meluluskan produk jangan buat kerja sambil lewa. Syarikat pengeluaran susu tepung tu perlu bertanggungjawab. Jangan jadi M'sia seperti Negara China.

    ReplyDelete
  11. Mahu lagi menunding jari dengan masalah ini. Sampai bilalah kerajaan bersikap sedemikian. Bila ada laporan cuba terima dan serahkan kepada pihak yang lebih pakar. Kan senang tidak payah menyusahkan pengguna.

    ReplyDelete
  12. dah ambil tindakan masalah ini?

    ReplyDelete
  13. GANTUNG JER SUSU TEPUNG TERSEBUT

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.