SYABAS Akademik Pak Sako Universiti Malaya kerana mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur kepada debat Bajet di antara Menteri Kewangan, Najib Razak dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Menurut laporan, akademik berkenaan akan menguruskan jemputan kepada kedua-dua pihak untuk tujuan itu, Jumaat ini.
Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Tunku Cencelor UM. Molek benar, dewan itu banyak mencatat sejarah dalam menganjurkan debat.
Zaman UM terkenal dengan Debat Agung yang mengundang pelbagai tokoh parti politik, setiap kali diadakan debat agung dewan itu penuh melimpah ke luar.
Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an sewaktu menjadi wartawan kecil telah berlangsung debat agung politik yang turut mengundang bekas Naib Presiden Pas, Nakhae Ahmad, manakala wakil daripada parti UBN pula ialah Allahyarham Ikhwan Nasir. Nakhae adalah tokoh Pas yang sering dihantar ke dedabat-debat seperti itu kerana kehandalan dan ilmu agama yang ada kepadan.
Malam debat itu dewan itu penuh sesak. Sejak dari petang lagi orang ramai dan mahasiswa memenuhi dewan itu sehingga melimpah ke luar.
Era itu program debat agung itu menjadi acara tahunan di universiti tersebut. Ia banyak memberi ilmu dan mendedahkan perihal politik kepada mahasiswa. Dengan adanya majlis ilmiah seperti itu telah berlaku pencerahan politik di negara ini. Ia menunjukkan ahli politik kita sedia untuk berdepan secara langsung sambil menjawab dan membalas hujah yang dilemparkan di antara satu sama lain.
Bagaimana pun acara yang saya kira teragung bagi UM yang melibatkan orang luar dihentikan apabila kerajaan gerun dan takut dengan perkembangan serta pengaruh pembangkang yang meluas di kampus universiti. Pemberhentian program itu dikira satu tindakan yang surut ke belakang. Kesurutan itu membawa sampai ke harei ini apabila Menteri Pengajian tinggi yang menjadi kampus tidak berani membuka balik tirai debat berkenaan.
Apabila Akdemik Pak Soko mengajukan itu, saya benar berharap Najib akan sedia menerima undangan Akademik Pak Sako itu. Kalau Pak Sako (Ishak Hj Muhammad) masih ada, beliau pun akan hadir, tersenyum simpul mengikut perdebatan itu. Najib boleh mempertahankan kritikan mengenai Bajet yang dibentangnya baru ini dan dalam masa sama Najib juga boleh menempelak Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Anwar. Berbahaslah sepenuh hati dengan mengemukakan fakta dan hujah.
Hanya dengan cara berdepan di pentas saling jawab menjawab hujah masing-masing memberi peluang kepada umum untuk melihat siapa lebih tokoh, lebih berwibawa dan petah dalam berpidato. Serangan secara gelap kepada mana-mana pemimpin baik ke atas Najib maupun Anwar bukan boleh diambil kira dan dijadikan ukuran. Serangan ke ata speribadi secara gelap adalah sikap orang penakut.
Najib ada hujan dan sandarannya kenapa beliau membentang Bajet bernilai RM232.8 billion itu. Manakala Anwar juga ada hujahnya dengan apa yang dikemukakan dalam Buku Jingga dan juga Bajet yang dibentangkan sehari sebelum Najub bentang Bajet negara itu.
Nah berbahaslah dengan profesional dan biarkan orang ramai terutamanya mahasiswa dari jurusan ekonomi, politik dan sebagainya membuat penilaian. Kepada saya kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah dan menguruskan negara lebih penting daripada soal moral yang dibangkitkan ke atas kedua pemimpin berkenaan. Apa lagi segala yang dibangkitkan itu mislanya mengenai liwat, pembabitan dalam pembunuhan Altantuya masih bersifat fantasia dan berbau politik hampak.
Apakah Najib bersedia? Saya kira Anwar bila-bila masa untuk berdebat kerana cabaran itu muncul darinya. Najib tidak perlu takut dan gentar. Kalau Ahmad Shabery Chik boleh berbueh mulut berdebat dengan Anwar apalah hendak ditakutkan. Lagipun Najib perdana menteri bukan menteri kontoi seperti Ahmad Shabery.
Kalau Najib menolak dengan berbagai alasan, malulah Najib kepada Ahmad Shabery. Kalau perdebatan itu diambil kira untuk menentukan siapa berhak menjadi Perdana Menteri, ini bermakna Ahmad Shabery masih berkelayakan berbanding dengan Najib.
Beranikah Najib? Tentu takut punya. Saya akan sms Mat Maslan menanyai hal ini.
http://msomelayu.blogspot.com/
Friday, October 21, 2011
Najib, Anwar Tunjukkan Kejantanan Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kecutlah telur najib nanti berdebat dengan anwar
ReplyDeleteBagus jugalah kalau ada pendebatan dalam hal ini supaya rakyat juga jelas dengan kejadian sebenar.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat bagaimana mereka berdua akan bertindak selepas ini.
ReplyDeletekita tgklah samada debat itu akan berlangsung atau tidak, jika berlangsung ia psti debat yang menarik.
ReplyDeleteAnwar pun pernah menolak debat dengan khairy, Nazri dan Umi.. kenapa?
ReplyDeletesama2 bandingkan bajet masing2..siapa yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.
ReplyDeletenampaknya mahasiswa pun sudah ramai yang cenderung ke arah politik.
ReplyDeleteTak mungkin debat ini akan berlangsung.
ReplyDeleteDebat ini tentu menarik sekali kalau ia benar2 dapat dijalankan.
ReplyDeleteAdakah PM sudah bersetuju dengan perdebatan ini?
ReplyDeleteJika betul debat ini akan berlaku, pastikan semua maklumat disediakan agar segala soalan dapat dijawab bersertakan fakta...
ReplyDeletepasti ramai ingin melihat jika debat tersebut berlangsung.
ReplyDeletekalau Najib sahut cabaran debat ini, bolehkah Anwar menang? apa bahan yang bakal dia gunakan untuk menyokong intipati Buku Jingga dan Bajet alternatif Pakatan? dipihak kerajaan, Najib boleh mematahkan serangan Anwar dengan segala program ekonomi yang telahpun diatur..
ReplyDeletememang Anwar nampak hebat tapi kena ingat orang yang tidak memegang apa-apa boleh bercakap seolah-olah orang lain salah.Kalau Ds Najib,mesti berdasarkan keupayaan negara dalam keadaan semasa dan pemberian ini adalah mampu dan bukanlah gula-gula semata-mata.Muak baca buku Jingga..cuma retorik ..
ReplyDeletekena panggil pergi mahkamah utk menyatakan 'sy x terlibat' pun dah kecut...entah2 skrg ni pun dah bertapuk di sebalik kain sarung rosmah...KJ, NA n umi selalu tampil dgn sttment bodoh, x layak la...memanglah budget kerajaan n buku jingga pd peringkat ini hanyalah teori, x pasti pd peringkat pelaksanaannya, ttp yg sy sgt pasti ialah sabah negeri termiskin, yg sy pasti x silap ialah hampir 1/2 drpd hard-core poor seluruh negara berada di sabah...
ReplyDeletelepas debat tu apalah hasilnya nanti??? apa pun, terserahlah kepada mereka sama ada mereka mau berdebat atau tidak.
ReplyDeleteWaa Debat lagi untuk bajet 2012..Jangan tunggu lagi kita mahu lihat setakat mana kebolehan Datuk Najib.
ReplyDeletebiar debat dulu jangan cakap siapa yang nak menang biar rakyat tahu.
ReplyDeleteMari kita tunggu dedat hebat antara Anwar dan Najib. Memang pati ini debat yang terbaik punya.
ReplyDeleteberani ka tidak
ReplyDelete