PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.
Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.
“Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.
Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.
Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini,” kataya.
Himpunan di Parlimen
Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.
Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,
Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).
Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.
“Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.
“Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya. -FMT
Wednesday, October 19, 2011
Dipaksa IkrPenipuan IC : Warga Asingar Undi BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap perkara ini akan mendapat penyiasatan yang sewajarnya supaya kesahihan kes ini dapat dibuktikan.
ReplyDeleteWarga asing tidak patut diberikan MyKad begitu senang, dan mereka tidak sepatutnya mendapat hak mengundi, itu hak rakyat tulen sahaja.
ReplyDeleteDari mana sumber ini diperolehi? Jangan2 salah tafsir lagi.
ReplyDeleteSebelum perhimpunan itu berlaku baik Hishamuddin bersuara!
ReplyDeletehal ini perlu disiasat, hal sebenar perlu dketahui.
ReplyDeletecuba serahkan bukti yang lebih kukuh selain daripada gambar bas dan resort..
ReplyDeletekita tak boleh biarkan warga asing mendapat kewarganegaraan dgn mudah.
ReplyDeletekejadian tersebut belum mempunyai bukti yang kukuh. mungkin ada baiknya juga jika satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini.
ReplyDeletebila ada dakwaan seperti ini pasti ada saja yang menafikan. pada hal kes2 seperti ini sudah sering didengar. pasti ada kebarangkalian ia terjadi.
ReplyDeleteApa kena-mengena PSC dengan perkara ini? Tolong jangan cuba putar belit keadaan.
ReplyDeletePerkara ini harus disiasat dan diharap siasatan dijalankan dengan telus tanpa sebarang manipulasi lagi.
ReplyDeletetidak ada bukti kukuh, senang la pihak yang dituduh buat pelbagai alasan..
ReplyDeletemana boleh siasat2 nanti kedapatan....mcm disabah juga lah...terang2 ramai PTI yang kedapatan pakai mykad palsu tapi kerajaan bilang tak payah siasat apa punca, KDN tak mahu tubuh suruhanjaya diraja khas siasat isu IC palsu..apa macam, kita ni mcm menunggu bulan jatuh ke riba saja..tapi janji kerjaan tinggal janji..mcm janji terang bulan juga lah..PTI ketawa2, org sabah melopong..kah kah..
ReplyDeleteisu ini menjadi berpanjangan pula..sebaiknya penjelasan diberikan.
ReplyDeleteapa pun, sebaiknya pihak yang mendakwa pekara ini menunjukkan bukti mereka..
ReplyDeleteTeruskan mengumpul bukti untuk mendakwa mereka ini.
ReplyDeletePAS selangor semakin aktif untuk meneliti kegiatan pemberian MyKad kepada warga asing untuk mengundi pada PRU13 nanti. Harap bukti ada untuk mendakwa semua kesalahan itu.
ReplyDeleteKomen rayatsabah saya setuju lagi pun bila dah sampaikan kepada pihak KDN maka siasatan patut dijalankan bukan lepastangan suruh orang lain pula siasat sedangkan itu tugasan mereka depa makan gaji apatah lagi ini soal negara.Komen c Neji macam orang terancat akal asyik tidak percaya.PRU 13 buat keputusan bijak sebelum merempat di tanah air sendiri.
ReplyDelete