Wednesday, October 19, 2011

Diam-diam TM Sudah Kenakan Cukai 6% Sejak Mac?

Para pengguna telefon, khususnya pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TMB) yang mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negara ini, mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

Meskipun terdapat kenyataan daripada pihak TM yang mengatakan pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti, kenyataan tersebut ternyata meleset.

Seorang pelanggan TMB, Rizal Ibrahim, 37, dari Damansara Damai, Selangor, menjelaskan, kenyataan itu boleh dibuktikan menerusi bil yang diterima pada bulan Mac lalu khususnya bagi bil bulan Februari 2011.

Menurut beliau, perkara itu disedari setelah beliau meneliti bil TMB yang diterimanya pada bulan Mac lalu yang didaftarkan atas nama isterinya, Rosyati Omar bagi mendapatkan perkhidmatan telefon dan multimedia daripada syarikat itu.


Katanya, beliau amat terkejut apabila menyedari perkara itu kerana sebelum itu para pelanggan hanya dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 5 peratus sahaja. (Gambar atas)

"Ini menunjukkan cukai tersebut telah dinaikkan dalam diam. Untuk menyembunyikan cukai sebanyak 6 peratus itu pula, ia tak ditulis di bahagian depan bil seperti sebelumnya, tetapi di bahagian belakang bil, manakala di bahagian hadapan hanya ditulis dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sahaja," katanya ketika menghubungi Harakahdaily. (Gambar bawah)


Harakahdaily pada 11 Oktober lalu melaporkan, pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Berdasarkan laporan sebuah blog really.tigaline.com, perkara itu disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu. Ini bermakna hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri, di sini, pada hari itu.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Rizal berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pihak TMB kerana menaikkan cukai tersebut tanpa dimaklumkan secara rasmi kepada para pelanggannya terlebih dahulu.

"Selain itu, tindakan tersebut telah dilakukan lebih awal dari yang dinyatakan itu sehingga menyebabkan para pelanggan keliru dan tertipu dengan realiti sebenar," katanya yang juga seorang peniaga. -HD

24 comments:
Write comments
  1. Adakan cukai ini telah dipersetujui?

    ReplyDelete
  2. Sila beri penjelasan untuk kenaikkan cukai ini!

    ReplyDelete
  3. Ya, penjelasan mengenai kenaikan cukai ini diperlukan.

    ReplyDelete
  4. TM tidak sepatutnya mengenaiakan apapa cukai tanpa persetujuan rakyat.

    ReplyDelete
  5. cukai 6 peratus adalah terlalu tinggi. baik cukai tersebut dimansuhkan.

    ReplyDelete
  6. memang dari dulu sudah dikenakan cukai..

    ReplyDelete
  7. biasanya kalau dapat bil ramai yang tak meneliti apa yang tertera dalam bil tersebut. mereka cuma tengok jumlah yang perlu dibayar.

    ReplyDelete
  8. TM ni boleh dikenakan tindakan sebab mengenakan cukai secara sembunyi.

    ReplyDelete
  9. What?? This shouldn't be happened.

    ReplyDelete
  10. Come on TM, what you gonna say about this??

    ReplyDelete
  11. sebaiknya jika penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  12. kenapa tidak minta penjelasan terus dari pihak TM? tanya mereka kenapa naikkan cukai itu secara diam2..

    ReplyDelete
  13. Cukai yang dikenakan oleh kerajaan BN maka Telekom serahkan pada pengguna membayarnya. Jadi siapa yang dipersalahkan. Kerajaan atau TM atau kita sendiri yang bodoh kerana mengundi BN.

    ReplyDelete
  14. byk sgt cukai, rakyat pasti terbeban dgn cukai2 tersebut.

    ReplyDelete
  15. biar betul. Tiada pengumuman pun. TM perlu beri penjelasan.

    ReplyDelete
  16. kenapa bodoh sngat rakyat sekarang macam ndak faham-faham lagi

    ReplyDelete
  17. sudah lama ba itu cukai 6% dari tahun-tahun lepas lagi cuma tahun depan kerajaan mau kasih naik lagi 6% dari 6% masa dulu hingga 2011 ke 6% + 6% = 12% tahun depan.

    ReplyDelete
  18. dorang hanya tahu BN saja naik cukai tak tahu...tak kenal..hehe kerajaan bagi tangan kanan, pas tu ambik balik pakai tangan kiri...itulah perumpamaannya..GST belum lagi..kita tunggu sama2 itu GST musti ada yang pengsan nanti..tapi takpaa...BN kan boleh bagi apa saja..time mengundi nti, dapatlah duit pengeras RM200 serta 30 keping zink, buat bekal untuk 5 tahun lagi...maka sajehterlah hidup korang2 semua..ehe

    ReplyDelete
  19. 1Malaysia maaaaaa.....rakyat didahulukan...cukai naik tak bleh marah...ehe

    ReplyDelete
  20. Betulkah?? Bukankah sepatutnya pada tahun depan baru perkara ini dilaksanakan.

    ReplyDelete
  21. Ini yang sering berlaku sekarang. Cukai dijadikan mangsa untuk dikenakan kepada rakyat. Kesian rakyat terpaksa menanggung beban cukai dan pada masa sama kenaikkan harga barang lain.

    ReplyDelete
  22. UNDI LAGILAH BN SUPAYA KITA DAPAT BANYAK CUKAI

    ReplyDelete
  23. RAKYAT HANYA TAHU KERAJAAN SEKARANG BAGUS MEMBELA RAKYAT..UNDI LAGILAH BIAR BAGI NAIK CUKAI..RAKYAT PUN DAH KAYA..

    ReplyDelete
  24. rakyat suka cukai naik .untuk terus menyokong langkah kerajaan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.