Tuesday, October 11, 2011

Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjr4qe3jXGq7m3dzSkiBVetdFdXgkKYQY7vBVpOx3v0SGIl_h7i3QfVs-wJPQ3rKYDmNwnAvIOalAzBRTYX9YAbkdS7viyiDz4HWzzn67askeg2mXNu2Fsf50SboI00atgKWRs4FK1iV3RK/s1600/1MSIA+TOLAK+BN.jpgDatuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.

Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa.

13 comments:
Write comments
  1. Bohong sahaja bah kerana tabiat munafik bila bercakap mimang bohong

    ReplyDelete
  2. Kita tunggulah dan lihat macam mana rakyat membuat pemilihan mereka nanti.

    ReplyDelete
  3. Undilah secara bijaksana bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  4. kena berusaha untuk menarik sokongan penduduk luar bandar dan bandar.

    ReplyDelete
  5. tidak percayalah BN hanya disokong oleh penduduk luar bandar saja.

    ReplyDelete
  6. BN perlu peka terhadap kebajikan penduduk bandar dan luar bandar.

    ReplyDelete
  7. terserah kepada setiap individu untuk membuat pilihan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. semua parti pun kini menyatakan mereka mendapat sokongan rakyat..yang penting, kepentingan rakyat harus sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  9. Kalau mahu rakyat undi, buatlah yang terbaik. Perjuangan kena ikhlas. Rakyat sekarang lebih bijak menilai.

    ReplyDelete
  10. Tolak ataupun tidak, tunggu saja keputusan PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  11. pergh.. boleh tahan tahap keyakinan Pakatan sekarang.. ada masanya rakyat juga akan tahu tembelang Pakatan pembangkang..

    ReplyDelete
  12. Mari kita tunggu kebenaran kenyataan ini.

    ReplyDelete
  13. Jika penduduk luar bandar mendapat kemudahan yang mereka perlukan rasanya mereka pasti akan tetap memberikan sokongan kepada kerajaan. Kerana mereka merasa Kerajaan BN mampu mengubah nasib mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.