Saturday, October 15, 2011

Kursus Keusahawanan atau beri IC?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta menjawab isu enam bas yang dikatakan membawa warga asing dari Johor untuk menghadiri proses pemberian Mykad di sebuah resort berhampiran Putrajaya semalam.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberikan jawapan konkrit jika insiden itu benar-benar berlaku.

“Pas percaya ada proses pemberian Mykad di situ. Perkara itu amat mencurigakan dan menguatkan lagi keraguan kita bahawa ada sindiket terancang yang cuba memberi kerakyatan kepada warga asing, seterusnya didaftarkan sebagai pengundi pada pilihan raya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, pasukan perisik Pemuda Pas berada di kawasan berkenaan dan mendapati lebih 200 warga asing terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh dibawa ke situ.

Salahudin berkata, KDN perlu menjawab isu ini dengan segera kerana perkara ini sangat penting.

“Kita tuntut penjelasan KDN. Apa sebenarnya yang berlaku di resort ini, kenapa ada enam bas dari Johor membawa warga asing? Tujuannya apa? Jelaskan juga mengapa ada pergerakan daripada pegawai kerajaan se-perti polis dan Jabatan Kesihatan yang mencurigakan di situ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda Pas, Mohd Adram Musa berkata, mereka menyedari perbuatan berkenaan sejak kelmarin.

“Jam 7 pagi, kita dapati ada enam bas berhampiran Masjid Putra dan mereka kemudian dibawa ke sebuah resort di pinggir Putrajaya setelah menyedari kehadiran kami.

“Apabila masuk ke kawasan itu, saya dapati mereka warga asing dan mengatakan hadir ke situ untuk mendapat Mykad. Bagaimanapun ia bercanggah dengan ketua rombongan yang memberitahu warga asing ini dibawa untuk kursus keusahawanan,” katanya.

Adram berkata, lebih banyak soalan diberikan lebih banyak jawapan yang bercanggah diterima.-SH

18 comments:
Write comments
  1. mengapa warga asing diberi kursus keusahawanan kurang kah warga Malaysia yang berminat yang lebeh layak dilayan.

    ReplyDelete
  2. UMNO sanggup buat apa saja untuk terus memerintah termasuk menjual negara! Lihatlah apa sudah jadi dengan negeri Sabah. Pergilah ke mana-mana tamu dan lihatlah siapa yang berniaga di tamu-tamu sekarang. Bukankan warga asing. Inilah perjuangan UMNO dan BN! Sedarlah wahai rakyat Sabah jangan terus terlena dengan pemberian mesin rumput, zink, mesin jahit wang RM100 dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

    ReplyDelete
  4. apa yang berlaku di resort tersebut harus disiasat. samada benar berlaku pemberian IC kepada warga asing.

    ReplyDelete
  5. Siapa yang bodoh betul mahu percaya kononnya pasal kursus keusahawanan sedangkan kenyataan pun bercanggah. Cari dalang sindiket ini.

    ReplyDelete
  6. makin banyak pendedahan yang dibuat tapi ada saja penafian dan alasan yang diberikan. sampai bilalah mahu selesai isu PATI dan IC ni?

    ReplyDelete
  7. kalau tidak silap, dalam bas itu ada 'orang dalam' PAS, dan dalam bas itu juga ada dokumen yang kononnya untuk tujuan pemberian kad pengenalan. kenapa tidak ambil dokumen itu sebagai bukti? mana cukup setakat ambil gambar bas dengan resort..

    ReplyDelete
  8. Kalau pun ianya kursus keusahawanan, nampaknya UMNO dan BN lebih mementingkan warga asing dari penduduk tempatan. Penduduk tempatan dipinggirkan warga asing disanjung. Hebatnya UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  9. "lebih banyak soalan diberikan lebih banyak jawapan yang bercanggah diterima."

    Ini ketahuan betul2 menipu dan cuba untuk menutup perkara yang sebenar.

    ReplyDelete
  10. Inilah penipuan BN kerana tiada keperluan PATI mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.
    Warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita. Hebatnya BN memberi layanan istimewa kepada PATI sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma. Layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?Apa yang lebih melucukan warga asing itu datang dari Johor ke Selangor semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja.
    Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari.
    Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini. Inilah UMNO dan BN kerajaan PENIPU RAKYAT.

    ReplyDelete
  11. harap pekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya dan siasatan dapat dilakukan...jika ada bukti tunjukkan saja...jika tiada bukti, ini hanya sekadar dakwaan semata mata..

    ReplyDelete
  12. Semua maklum masalah ic di M'sia, tapi maklumat & bukti yang PAS berikan tidak cukup dan sesiapa pun boleh mempertikaikan kesahihan maklumat tu.

    ReplyDelete
  13. Buat pilihan PRU 13 nie untuk anak cucu kita say no to Barang Naik BN/UMNO

    ReplyDelete
  14. apa punya tur...krusus....buat lawak betul lah BN ne...warga asing pula tu...ne lah kalau nak menipu..buat apa saja yang penting menang...kita fikir lah..yang mana betul...

    ReplyDelete
  15. Harap dakwaan ini akan disiasat secara mendalam dan harap penjelasan akan diberikan mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  16. Diharapkan Datuk Hishammudin akan memberi penjelasan dengan jujur.

    ReplyDelete
  17. Siasat dan kumpul bukti untuk menuduh perkara ini pemberikan IC.

    ReplyDelete
  18. pemberian IC pula untuk mengundi pada PRU13? Benarkah?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.