Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini mendedahkan sebuah syarikat milik pemimpin Umno yang telah dibayar wang pendahuluan, namun projek belum dijalankan sehingga sekarang.
Syarikat terbabit dikatakan dibayar wang pendahuluan sebanyak RM5 juta pada Julai 2008 bagi membina laluan empat lorong dari Kota Bharu ke Melor.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, pembayaran pendahuluan dibuat JKR kepada syarikat tersebut selepas mendapat surat tawaran projek.
“Mengapa jalan tersebut tidak dibina lagi sehingga sekarang. Kalau tidak mahu buat duit pendahuluan itu hendaklah dikembalikan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).
Menurutnya beliau tidak berminat untuk mengetahui kemelut politik yang berlaku di sebalik syarikat berkenaan.
Oleh itu beliau berharap Mohd Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dun Kelantan membantu menyelesaikan masalah tersebut memandangkan projek jalan empat lorong sudah lama dilulus kerajaan.
Sebelum itu Alwi turut merakamkan ucapan tahniah di atas keberanian kerajaan negeri membina sendiri jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai selepas projek itu ditarik balik kerajaan pusat.
”Tahniah kepada kerajaan Kelantan yang berani dan berstrategi. Ia harus diteruskan. Projek jalan raya itu ditarik balik bukan disebabkan faktor politik.
”Sebaliknya masalah kontraktor yang diberi tawaran membina jalan tersebut sering menuntut tambahan kos pembinaan kepada kerajaan,” katanya.
Ketika menjawab soalan Datuk Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) Husam berkata, pembinaan jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai belum dimuktamad sama ada akan dikenakan tol atau sebaliknya.
Kata beliau kalau kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi jalan raya itu tidak perlu dikenakan tol.
Menurutnya kerajaan negeri cuba menjimatkan kos pembinaan dengan memastikan laluannya di atas tanah milik kerajaan dan mengurangkan jumlah pembinaan jambatan.
Menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (PAS-Demit) katanya kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri jalan raya tersebut selepas lama dipinggirkan kerajaan pusat.
Katanya projek pembinaan jalan raya berkenaan sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dan diluluskan pembinaan pada RMK-10.
Bagaimanapun projek tersebut ditarik balik dan menteri pula mengakui kerajaan pusat tidak ada peruntukan.
”Selama 15 tahun kita tunggu projek tersebut namun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. Jadi projek yang kita rancang dengan kerjasama swasta tiada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13.
Malah katanya Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal mentadbir Kelantan menulis surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan lapan projek yang perlu dilaksanakan di Kelantan.
Antaranya menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, membina pelabuhan dan lebuh raya.
Pada pembentangan Belanjawan Kelantan 2012 semalam, Menteri Besar berkata, kerajaan serius menimbangkan pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dengan kerjasama swasta.
Ini kerana kerajaan pusat dilihat tidak serius termasuk menafikan keperluan projek tersebut dalam RMK-9 dan RMK-10.
Katanya, banyak permohonan diterima daripada pihak swasta yang berminat bagi melaksanakan projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu. -HD
Wednesday, October 19, 2011
Wang pendahuluan dibayar, projek jalan tak buat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wang pendahuluan tidak patut diberikan satu kali, pembayaran patut diberikan secara berperingkat bergantunglah kepada perkembangan projek itu.
ReplyDeleteDalam pemberian projek, kerajaan perlulah memastikan kontraktor adalah layak terlebih dahulu.
ReplyDeleteJika benarlah, sia2 saja wang kerajaan diberi kepada mereka. tu duit rakyat tu.
ReplyDeleteHaaa ini siapa yang nak jawab nie? cepat jawab tuduhan ini.
ReplyDeletekontruktor itu harus di soal siasat. Jangan2 dia sudah sunglap duit peruntukan itu!
ReplyDeleteminta balik wang pendahuluan dan senarai hitamkan kontraktor itu. lantik saja kontraktor lain..
ReplyDeletejika dah diberi pendahuluan, projek tersebut harus dijalankan segera.
ReplyDeletejika tidak, ambil tindakan terhadap kontraktor tersebut.
ReplyDeleteAsal projek juta2 saja, mesti kerabat UMNO. Patutlah mereka ni kaya2 kan??
ReplyDeleteDedahkan nama kontraktor tu dan ambil tindakan.
ReplyDeletekalau sudah lebih satu tahun, jangan fikir wang pendahuluan tu masih ada. kecuali kalau mereka masukkan ke dalam bank.
ReplyDeleteterpaksalah PR sendiri buat pembangunan di negeri2 tadbiran mereka.
ReplyDeleteUMNO 'mendahulukan' rakyat kan...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!
kotraktor yang gagal melaksanakan tugas dengan baik harus dikenakan tindakan.
ReplyDeletekenapa wang dibayar dulu sebelum buat kerja? bukankah kontraktor kena tanggung cos itu terlebih dahulu, siap kerja baru claim dengan kerajaan??
ReplyDeletebaru rakyat tahu ka..jadi nak sokong lagi
ReplyDeleteHarap jika ada penarikan projek perlulah dimaklumakan segera kita tidak mahu ada pihak yang memikirkan bukan-bukan.
ReplyDeletebiasaah alasan tak ada pusingan modal, tahniah kepada syarikat berkenaan
ReplyDelete