Monday, October 17, 2011

25,000 buku 'kemewahan' Rosmah diedarkan

Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

NONEBuku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.

Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.

"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR. -MK

20 comments:
Write comments
  1. Dari mana kita boleh dapatkan buku ini jika mahu?

    ReplyDelete
  2. Buku ini ada versi online tak?

    ReplyDelete
  3. Kenapa perlu ada pendedahan seperti ini? Biarkanlah dia dengan dunia mewah, pasti akan jatuh satu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa saya buang masa dan wang jika membeli buku ini. Bukan masuk exam pun, pengetahuan sains pun bukan. Kalau pun saya baca memang benda2 dalam buku tu sudah diketahui umum. Tapi tetap sahaja tidak dapat menjatuhkan perempuan itu.

    ReplyDelete
  5. Rosmahlah paling banyak kontroversi oh..

    ReplyDelete
  6. tujunan buku ini untuk menjatuhkan Rosmah, lebih baik mereka keluarkan buku yang berbentuk ilmiah.

    ReplyDelete
  7. Taburlah berapa banyak bukti sekalipun, bukan senang2 mahu jatuhkan Rosmah ni..

    ReplyDelete
  8. tidak dapat serang pemimpin negara, serang isteri pemimpin negara pun jadi la.. biar berkali2 pun dijelaskan, dia tetap tidak paham2.. baik abaikan saja..

    ReplyDelete
  9. apa boleh buat Kili, ini saja isu yang dia ada..

    ReplyDelete
  10. Cabaran baru buat Rosmah Mansor..

    ReplyDelete
  11. "Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu.."

    kenapa disasarkan di kawasan pedalaman Melayu? memang semua ini senjata politik semata2.

    ReplyDelete
  12. saya setuju..nie semua polimik politik sahaja..kalau benar..edarkanlah di kawasan-kawasan Lembah Klang ..rakyat semakin berfikiran kritis dan jika fakta yang diberikan kelihatan sangat lemah..nampak sgt..lagipun,senang sgt buat buku..kredibiliti buku boleh dipersoalkan.

    ReplyDelete
  13. Macam berminat pula mahu tahu apa konten buku tu.

    ReplyDelete
  14. soalnya knp UMNO x respon? selalunya klu kes2 begini UMNO mcm anjing betina yg menjaga anaknya [aggresif]. klu diam2 tu faham2 sj la, hit between d eyes???

    ReplyDelete
  15. knp disasarkan di kaw pedalaman malazut? mcm sabah la, 26% shj kadar penetration bband. di sinilah majoriti rakyat yg masih terlalu naive n perlu di kc tau...

    ReplyDelete
  16. nampak sangat buku ni bertujuan untuk menyerang Rosmah..

    ReplyDelete
  17. kita pandai-pandailah menilai sesuatu pekara itu..

    ReplyDelete
  18. Nampaknya Rosmah dalam situasi yang membimbangkan, kerana dialah yang akan melemahkan pengaruh Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  19. Banyak buku dikeluarkan untuk membongkarkan kemewahan Datin Rosmah.. Semakin serius kes Rosmah sekarang ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.