Sunday, October 16, 2011

MyKad baharu mulai Januari

http://www.nakiklan.com/wp-content/uploads/2011/08/474845.jpgMulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

"MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.

Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.

Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu. -Kosmo

26 comments:
Write comments
  1. Mykad baharu dgn ciri2 keselamatan yg lebih baik - apa yg x dpt ditembusi oleh PATI di sabah klu JPN sendiri adalah sebahagian drpd sindiket penyelewengan/pengkhianat negara?

    ReplyDelete
  2. Apakah ini satu jawaban drp. KDN terhadap pengeluaran IC projek yg. bagitu banyak dikeluarkan kpd. PATI untuk ditukarkan kepada MYkad baru bagi melindungi penyelewengan, penghianatan, pemalsuan, menghalalkan kerakyatan sungsang yang diberikan kpd. warga PATI.

    ReplyDelete
  3. Mykad baru ... klakarlah msia ni ...mana ada kualiti mykad msia ..sape pun boleh tembus ... melindungi pemalsuanlah, selewenglah mcm2 ada ... msia boleh ..hahahaha ..

    ReplyDelete
  4. Kami x perlu Mykad baru yg lebeh canggi, KDN x mendapat untung selain kroni yg. mengautnya.Yg. kami ingin dengar KDN mengumumkan semua IC projek yg. keluarkan dibatalkan lebeh baik drp. ditukar kpd. Mykad baru yg. canggi.

    ReplyDelete
  5. kalau satu orang kena bayar rm 10....cuba bayangkan...bab menteri tak kata percuma,boleh ganti yang lama pada baru...tak sebut pun ia percuma...rakyat kena lagi..ne caranya ambil duit rakyat....tak habis-habis kenakan...apa lah nasib kit...

    ReplyDelete
  6. harap mykad baru ini benar baik dan tak dpt ditiru.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan bermurah hati dengan budget 2012 jadi dia kena cari balik wang ganti budget itu. Nak cari di mana tentulah minta balik dengan rakyat kerana menteri kewangan tak tahu cari wang dia tahu enjoy sahaja.

    ReplyDelete
  8. sebaiknya kerajaan memberikan penukaran kali pertama secara percuma.

    ReplyDelete
  9. Kenapa tidak masukkan lesen memandu MyKad saja? Tidak perlu rakyat bayar balik2 untuk pembaharuan lesen. Duh~

    ReplyDelete
  10. Bagaimana dengan mereka yang baru saja memperbaharui IC? Adakah mereka juga perlu merperbaharuinya sekali lagi tahun depan?

    ReplyDelete
  11. CIP IC sekarang memang bermasalah. Saya sudah 3 kali ganti pastu dikenakan bayaran pula tu. Tidak adil langsung!

    ReplyDelete
  12. Pastikan ciri-ciri baru ini tidak mudah dipalsukan.

    ReplyDelete
  13. Baguslah ada usaha untuk mempertingkatkan lagi ciri2 keselamatan MyKad yang sedia ada. Kepada semua rakyat pastikan anda pergi untuk mengantikan IC lama kepada IC yang baru.

    ReplyDelete
  14. JPN juga perlu memastikan cip yang digunakan tidak mudah rosok seperti apa yang digunakan sekarang. Susah kalau cip selelu rosak.

    ReplyDelete
  15. bila ada usaha kearah penambahbaikkan kualiti MyKad, ada pula pihak yang bising.. besok2 bila MyKad dia remuk, dia komplen juga konon MyKad tiada kualiti, tiada improvement bla, bla, bla.. jangan la hipokrit sangat, yang baik tu terima la..

    ReplyDelete
  16. Ya. cip mudah rosak dan berkarat lagi tu. mahu juga digosok berkali2 baru dapat dibaca.

    ReplyDelete
  17. baguslah. saya pun mahu ganti sudah Mykad yang sudah nampak buruk tu. tepat pada waktunya. harap2 Mykad yang lebih dipertingkatkan lagi ciri2 keselamatan.

    ReplyDelete
  18. harap Mykad yang baru ni lebi berkualiti.

    ReplyDelete
  19. semoga ciri-ciri keselamatan jauh lebih baik daripada yang sedia ada.

    ReplyDelete
  20. rakyat x komplen usaha penambahbaikan kualiti n sekuriti Mykad. adakah dgn langkah ini akan eliminate masalah org asing yg telah memiliki Mykad?

    ReplyDelete
  21. saya cadangkan kepada JPN, ketika orang ramai datang menukar MyKad mereka, cuba kesan mana2 pemegang MyKad yang mendapat MyKad itu melalui pintu belakang atau secara haram.

    ReplyDelete
  22. Baguslah kalau ketahanan MyKad ingin diperbaharui.

    ReplyDelete
  23. Memang kelemahan amat ketara untuk MyKad yang ada sekarang. Kerap berlaku kerosakkan kepaa Chip dan juga ketahanan kad tersebut. JPN memang perlu menkaji bagi memastikan ketahanan dalam Mykad itu.

    ReplyDelete
  24. Saya bersetuju dgn langkah KDN..Anggaplah ini usaha hendak meningkatkan kualiti semasa.Berhubung isu pemberian IC secara lambak..itu semua tidak berasas,bukan senang kita boleh beri IC dan kewarganegaraan kerana implikasinya amat besar.Menjadi warganegara dia boleh memiliki dan menikmati semua hak selaku warganegara sebagaimana didalam perlembagaan.Saya tidak rasa kerajaan akan bertindak bodoh seperti itu.

    ReplyDelete
  25. buat yang terbaikkkk..

    ReplyDelete
  26. maka dgn pertukaran IC baru ini, senanglah PTI yang mendaftar secara biometrik dapat kerakyatan...tak mustahil, lebih2 lagi kalau PTI bersumpah akan undi BN pada PRU nanti..siapa tahu mainan orang atasan, cari makan punya pasal, semua boleh jadi maaaa...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.