Monday, October 17, 2011

Kurang Ajar : Dr Mahathir atau Dr Aziz Bari?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.

Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.

Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.

Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. -ahmadtajdid

19 comments:
Write comments
  1. Sama saja mereka berdua ini. Dr M sama Dr Aziz.

    ReplyDelete
  2. Kita tunggulah dan lihat bagaimana perkara ini akan menjadi nanti.

    ReplyDelete
  3. Raja juga manusia dan bezannya dengan kita hanya pada pangkat.

    ReplyDelete
  4. Semua kritikan dan kejatahan yang dilemparkan kepada kita walaupun Raja, kita seharusnya menerimanya dengan hati yang terbuka.

    ReplyDelete
  5. Mansuhkan saja imuniti raja2 itu. Mereka pun manusia biasa.

    ReplyDelete
  6. Bosan dengan pemimpin yang hipokrit.

    ReplyDelete
  7. takkan Profesor Dr Abdul Aziz tidak tahu bahawa sebagai ketua agama bagi negeri Selangor, baginda juga mempunyai tanggungjawab berhubung isu2 berkaitan Islam di negeri itu.

    ReplyDelete
  8. bukan Dr Mahathir seorang saja yang tidak setuju dengan kenyataan Dr Aziz.. ada ramai lagi..

    ReplyDelete
  9. Rasanya lebih baik Dr Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya.

    ReplyDelete
  10. Isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama perlulah diselesaikan dengan sebaiknya agar tidak wujud ketidakpuasan hati penganut2 Kristian mahupun umat Islam.

    ReplyDelete
  11. Saya membangkang sekeras-kerasnya hendak hapuskan institusi raja..Mereka adalah Amirul Mukminin dalam kata lain pemimpin agama dan umat Islam..Pada hemat saya,Sultan Selangor berhak campur tangan memandangkan perkara ini berkaitan dengan hal ehwal agama dinegerinya sendiri.Dr.Aziz Bari tidak berhak mempersoalkan tindakan Sultan Selangor .Ironinya,bila perkara -perkara tertentu berlaku..Seringkali kedengaran suara-suara sumbang memohon Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.Bila Sultan terus bertindak,sekarang dipersoalkan.Hidup Sultan-Sultan Melayu

    ReplyDelete
  12. Kenapa kes tu tidak settle2 lagi. semakin diperbesarkan.

    ReplyDelete
  13. Dr. Aziz bukan pandai sangat, dia baru sahaja pensyarah undang-undang di UIAM, kalau lah dia jadi pensyarah undang-undang di Harvard University atau Oxford University . . ok lah, ini masih mentah sudah tunjuk lebih pandai . . kalau masih bodoh dan masih makan gaji jangan lawan boss.

    ReplyDelete
  14. 1. megat junid megat ayub dikaitkan dgn IC projek n PM pd masa itu ialah melayu tiruan [half kaling ma], Dr M.
    2. raja2 melayu kena 'rogol' masa Dr M jd PM.
    3. penghapusan konsep separation of power masa Dr M jd PM jg.

    anda sendiri ada akal bah kan...

    ReplyDelete
  15. pekara seperti ini tidak perlulah diperbesarkan..

    ReplyDelete
  16. apa pun, bukankah lebih baik jika semua pihak menumpukan perhatian terhadap isu lain yang lebih penting kepada rakyat..

    ReplyDelete
  17. Harap biarlah pihak yang berkuasa saja menyelesaikan maslaah ini. Tidak perlulah campur tangan dari pihak yang tidak tahu apa-apa.

    ReplyDelete
  18. Sekiranya kita tidak hormat dengan raja kita apa guna kita ada raja lagi? Rajalah lambang kemakmuran dan kedaulatan Negara Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.