Sunday, October 30, 2011

PRU-13: Apakah PM dan TPM masih bermimpi?

Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.

Sentiasa bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk, Najib memilih untuk memberikan penyokong pasukan bola satu kesempatan menonton perlawanan bola sepak di kediaman rasminya. Satu langkah bijak mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia kelas pertengahan. Sasarannya ialah menunjukkan yang Perdana Menteri adalah penyokong kuat Manchester United, sering berkomunikasi menggunakan Twitter dan turut menonton konsert musik rock. Perkataan seperti “cool” dan “awesome” telah menjadi kata-kata pengantara buat Perdana Menteri bilamana dia mendekati ‘peminatnya’.


Walau bagaimanapun, lain situasinya buat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Timbalan yang sasa tubuhnya itu sibuk membaiki sampan yang bocor, dan beliau dilihat lebih runsing memikirkan soal hidup-mati UMNO dan BN. Sebagai Timbalan Penegrusi BN, Muhyiddin berkata yang beliau telah bermesyuarat dengan parti-parti gabungan tentang persediaan menghadapi pilihanraya umum. Setakat ini, beliau telah bertemu dengan enam parti gabungan. “Saya takut jika mereka masih berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah, ia akan menjadi satu masalah pula untuk kita,” beliau berucap pada satu persidangan media.

Dalam keadaan yang tunggang-langgang

Di tahun 2008, oleh kerana ada persengketaan di dalam parti UMNO, makanya BN kalah di lima buah negeri. Dan masalah ini mungkin akan berterusan menghantui UMNO dan BN di dalam persediaan untuk PRU-13, yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat ini.

MCA dan Gerakan terus menjunam jatuh dan memberikan imej buruk kepada diri sendiri dengan ketiadaan haluan, dengan sikap membatu MIC yang jelas terlihat. Dan sebagai kepala gabungan, UMNO telah menyerang penganut Kristian dan adalah satu yang pelik bilamana tiada satupun rakan di dalam BN yang menentang, terutama apabila memikirkan yang penganut Kristian berjumlah sekitar 10% penduduk seluruh negara.

BN sekarang dalam keadaan tunggang-langgang dan mereka arif tentang itu. Mereka juga tahu yang rakyat jelata mengatahuinya. Dengan laporan Audit Negara yang baru dikeluarkan, banyak maklumbalas sudah dilontarkan dari golongan celik IT yang telah mengambil inisiatif sendiri memuat-turun salinan laporan dari laman web, membaca sendiri akan kepincangan seluruh badan-badan dan kementerian kerajaan di bawah Najib.

Legasi Najib

Penderaan kuasa amat berleluasa dan dalam beberapa perkara, ia seperti tangan kanan tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan kiri. Dan inilah kerajaan yang akan diwarisi Muhyiddin sekiranya Rakyat Malaysia mengundi BN sekali lagi dalam PRU-13 nanti.

Inilah dia legasi Najib. Sebuah kerajaan yang diwar-warkan hebat tetapi sebenarnya tidak efisien dan porak-peranda menunggu masa untuk tenggelam. Nampak jelas tiada hubungan yang akrab di antara pihak Eksekutif dengan situasi di lapangan. Dari satu bahagian, pihak Eksekutif menyatakan yang rakyat Malaysia akan menikmati barang makanan pada harga rendah – sebagai contoh sepinggan makanan berharga RM3, namun yang sebenarnya ia hampir mencecah harga RM6.

Pihak Eksekutif juga bercakap tentang masyarakat berpendapatan tinggi tetapi bagaimana ianya boleh dicapai jika soal penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah sahaja tidak boleh diselesaikan. Di tambah pula banyak sekolah seperti laporan Audit Negara tidak memdapat air minuman yang bersih kerana tiada belakan elektrik untuk menjana pam air di sekolah.

Bayangkan, institusi-institusi pengajian kita kekurangan benda asas seperti air dan elektrik dan ini masih di Semenanjung. Ini belum lagi kita melihat keadaan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak!

Masa untuk BN berlayar

Dengan Muhyiddin yang sentiasa sibuk bermesyuarat dengan parti-parti gabungan dan cuba menyelesaikan masalah mereka untuk BN terus berkuasa, Najib sibuk mencari sokongan dari golongan rakyat Malaysia kelas pertengahan. Apa yang diterapkan oleh kedua-duanya sebagai 'harus menang dan harus menang besar' nampaknya hanya sorakan lantang sahaja. Tiada apa yang sedang dilakukan.

Muhyiddin berkata banyak lagi benda yang harus diselesaikan dalam memastikan rakyat benar-benar faham kesungguhan dan keikhlasan BN dalam membantu mereka. Ini adalah satu kenyataan gila dari Muhyiddin. BN telah diberikan waktu selama 50 tahun membuktikan diri sendiri, dan masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih dipercayai. Mungkin, masa untuk rakyat Malaysia berikan BN masa untuk bertafakur dan peluang kepada yang lain untuk memerintah.

- Malaysia Chronicle

20 comments:
Write comments
  1. masih bermimpi tolong kejutkan la

    ReplyDelete
  2. Yg namanya politik bermcm2 blh jd!Terfikir bahwa Najib akan ikut nasihat Mahathir.PU13 takkan dibuat 2012!Akan tunggu sehingga 2013. Buat apa nak dibuat kalau masih lama lagi nak tammat dan situasi sekarang belum mengizinkan!Banyak benda perlu dibaiki dan dimantapkan.

    ReplyDelete
  3. PM n TPM bukannya mimpi, sebaliknya, mereka memperbodohkan rakyat n yg lebih cilaka lagi, rakyat dgn 'senang hati' mengakui kebodohan mereka utk jd tatapan dunia...hoooray!!!

    ReplyDelete
  4. bagi saya kepimpinan kerajaan sekarang sudah cukup bagus.Usah menjadi manusia yang mendengar guruh dilangit,air ditempayan dicurahkan..Usah terpedaya dengan janji manis Pakatan walhal negeri yang mereka jaga juga tidak lah cukup membangun dan ada yang masih terkebelakang seperti Kelantan yang masih bermasalah mengenai isu air bersih walaupun diberikan peruntukkan sebanyak 60 juta oleh Pusat.

    ReplyDelete
  5. dear pemerhati:

    negeri termiskin ialah sabah tp realitinya, sabah bukannya peminta sedekah [sekadar 1 contoh: 1/3 drpd keluasan tanaman kelapa sawit negara adalah di sabah]. sdgkan negeri x berhasil spt perlis pun x dpt title "istimewa" itu. adakah ini adil n "sudah cukup bagus" kpd sabah? ssshh, just tell me watizit, white powder? montoku? budweiser? avasi montok diau?

    ReplyDelete
  6. Si pemerhati ni memang selalu dapat projek, jadi mewahlah dia maka itu semua yg ada sekarang adalah kemewahan bagi dniri dan keluarganya. Buta Hati, buta otak kerana termakan benda2 haram sampai ketulang

    ReplyDelete
  7. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggulah dan lihat bagaimana kerajaan akan bertindak selepas ini.

    ReplyDelete
  9. Do what is right - for the country, for the people.

    ReplyDelete
  10. apa pun yang dilakukan pasti ada saja yang mengkritik...apa pun, yang rakyat perlu sentiasa diutamakan..

    ReplyDelete
  11. PRU13 akan diumumkan pada bila2 masa. Mantapkan saja jentera masing2 untuk menghadapi PRU13.

    ReplyDelete
  12. setiap orang ada pandangan mereka sendiri..diharapkan usaha untuk memajukan negara dan rakyat perlu diteruskan..

    ReplyDelete
  13. PRU akan datang pasti akan menjadi sesuatu yang menarik dalam sejarah M'sia.

    ReplyDelete
  14. kerajaan kena sentiasa membantu rakyat.

    ReplyDelete
  15. rakyat pasti tau mana yang terbaik untuk mereka sokong.

    ReplyDelete
  16. kenapa tidak dedahkan sekali defisit kerajaan pas di kedah, kelembapan pembangunan di kelantan setelah lebih 20 tahun mentadbir, penyelewengan oleh kerajaan PKR di selangor serta kos hidup yang tinggi di Pulau Pinang terutamanya rumah..

    ReplyDelete
  17. apa yang hebatnya Pakatan jika masih berlaku protest dikalangan rakyat di negeri yang mereka tadbir seperti di pulau pinang dan kedah?.. janji pru12 pun tidak semua dapat ditunaikan..

    ReplyDelete
  18. PM dan TPM ada tugas masing2 untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  19. dalam PR pun ada juga situasi yang tidak ketentuan dan pemimpin yang tidak sehaluan. masing2lah perbaiki diri dulu..

    ReplyDelete
  20. Jadi BN jika inginkan sokongan rakyat tetap kepada BN teruskan usaha untuk membantu rakyat. Jangan biarkan rakyat terus tersiksa dengan apa yang mereka rasa selama ini. Buktikan bahawa BN boleh untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.