PRESIDEN Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong berkata sepanjang 22 tahun perjuangan LDP di Sabah, LDP merupakan sebuah parti yang sentiasa dan terus berdiri menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN), terutamanya dalam prinsip perkongsian kuasa dan kesamarataan.
“Konsep ini telah menjadi tonggak dan asas bagi Barisan Nasional sejak permulaanya lagi lebih lima dekad yang lalu. Kami terus menyokong secara padu dalam prinsip perkongsian kuasa. Dalam hal ini, saya menekankan bahawa walau apa juga yang telah berlaku, terutama konflik dalam arena politik sehingga menimbulkan kegusaran dan pergeseran antara personaliti, tidak patut diungkit kerana hanya akan menimbulkan prejudis dan buruk sangka di kalangan parti komponen Barisan Nasional secara keseluruhan,” ujar V.K.Liew.
V.K.Liew berkata demikian dalam ucapan dasarnya di sidang kongres parti LDP yang ke 22 di Dewan SM Yu Yuen Sandakan kelmarin yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin dan dihadiri lebih 2,000 para penyokong BN daripada pelbagai parti komponen BN.
Dalam ucapan dasarnya yang memakan masa selama 30 minit, V.K.Liew turut membangkitkan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mengalami kemelut berpanjangan di Sabah dan menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan perhatian serius kerana semakin meruncing.
Berdasarkan laporan media, kebanyakan mereka terlibat dengan gejala sosial seperti kes-kes rompakan, pembunuhan, pengedaran dadah dan pelbagai kes jenayah berat dilakukan oleh PATI dan telah memuncak sehingga ke tahap membimbangkan,” tegas V.K.Liew lagi.
V.K.Liew menambah, antara kes-kes jenayah yang sering dilakukan oleh PATI, di kebanyak tempat di Malaysia termasuklah Sandakan adalah membabitkan kes kecurian kabel elektrik yang menyebabkan gangguan elektrik kepada penduduk setempat; sehingga menjejaskan perkembangan ekonomi dan keselamatan rakyat; sebaliknya kerajaan selalu dipersalahkan kerana isu tidak ditangani dengan sempurna.
“Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera. Pendaftaran semua PATI melalui ‘Program 5P’ di negeri Sabah dan selepas itu menghantar mereka pulang ke tempat asal masing-masing harus dipantau dengan bersungguh-sungguh mengurangkan bilangan jumlah PATI di Sabah, demi untuk kesejahteraan rakyat.
V.K.Liew turut menggesa agar PDRM dan Agensi Penguatkuasa harus bersikap pro-aktif dalam operasi serbuan mengejut terhadap PATI selepas tempoh pendaftaran ‘Program 5P’ ini tamat bagi memastikan matlamat PATI Sifar menjadi realiti.
Di samping itu, V.K.Liew turut menekankan isu pemberian Kad Pengenalan Projek yang kepada PATI yang kini kembali hangat diperkatakan kerana ada dakwaan bahawa terdapat lebih 1.2 juta PATI telah memperoleh kerakyatan Malaysia melalui Sabah.
“Senario ini telah menyebabkan rakyat Sabah keliru dan khuatir; bahkan marah kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana begitu mudah memberikan kerayatan kepada PATI tanpa memikirkan risikonya untuk generasi akan datang,” kata V.K.Liew.
Kerajaan Persekutuan, kata V.K.Liew seharusnya dapat merombak kembali Dasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan dicabuli PATI.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI
Monday, October 31, 2011
Isu PATI, LDP Mula Menyalak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila mau dekat PRU, baru la ada cas bateri dorang ni...
ReplyDeleteTukar kerajaan di PRU 13 nie
ReplyDeleteBaguslah ada juga yang memberikan pendapat mereka tentang isu ini.
ReplyDeleteBila mereka bising itu tandanya mereka mengambil berat tentang isu itu. Sama2 lah menyelesaikan isu ini.
ReplyDeleteHarap LDP akan bekerjasama dan bersatu dengan BN supaya boleh sama-sama menyelesaikan masalah rakyat.
ReplyDeleteHarap semua parti komponen dan kerajaan kita akan berusaha untuk menangani masalah PATI.
ReplyDeletebaguslah...saya sangat bersetuju, siapapun yng mahu bersungguh2 menyelesaikan masalh ini kita sokong.apa lg kalau kerajaan yang bersungguh2..
ReplyDeletesemua parti komponent BN harus menyokong usaha kerajaan dalam menangani isu PATI.
ReplyDelete“Konsep ini telah menjadi tonggak dan asas bagi Barisan Nasional sejak permulaanya lagi lebih lima dekad yang lalu. Kami terus menyokong secara padu dalam prinsip perkongsian kuasa. Dalam hal ini, saya menekankan bahawa walau apa juga yang telah berlaku, terutama konflik dalam arena politik sehingga menimbulkan kegusaran dan pergeseran antara personaliti, tidak patut diungkit kerana hanya akan menimbulkan prejudis dan buruk sangka di kalangan parti komponen Barisan Nasional secara keseluruhan,” ujar V.K.Liew.
ReplyDeleteStatement yang harus dilaksanakan oleh semua semua parti komponent BN. konflik akan membuat setiap ahli politik dan parti politik semakin matang.
Isu PATI semakin kritikal dan menimbulkan banyak masalah. Isu2 jenayah yang melibatkan PATI, perumahan setinggan, persaingan pekerjaan, average gaji di Sabah disebabkan PATI dan banyak lagi masalah yang berkaitan dengan PATI. Kerajaan perlu dan harus selesaikan isu PATI untuk masa depan yang cerah.
ReplyDeleteMengenai isu projek IC harap penubuhan SSD diluluskan dan dapat dilaksanakan pada tahun depan.
ReplyDeleteTeruskan untuk bersuara mengenai isu ini.
ReplyDeleteIsu PATI memang harus ditangani habis-habisan. Sudah terlalu lama kita berlembut dengan mereka sampai mereka naik kepala. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan.
ReplyDeleteSelain mengancam keselamatan orang tempatan, kebanjiran PATI juga menyebabkan negara rugi dengan penghantaran RM ke negara mereka.
ReplyDeleteKerajaan Persekutuan, kata V.K.Liew seharusnya dapat merombak kembali Dasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan dicabuli PATI.
ReplyDeleteBenar. Entah kenapa PATI ini senang2 saja memasuki negara ini sedangkan sempadan negara dikawal.
Tidak mustahil ada sindiket yang didalangi oleh orang tempatan sendiri yang membawa masuk PATI ke negara ini. Sindiket ini harus dipatahkan.
ReplyDeleteusaha yang berterusan penting untuk menangani isu pati ini..
ReplyDeletediharapkan melalui pelbagai program dan usaha yang dilakukan masalah pati akan dapat diatasi..
ReplyDeleteLDP harus terus bekerjasama dgn UMNO dalam BN.
ReplyDeletemengenai masalah PATI, semua parti harus bekerjasam dalam selesaikan masalah tersebut.
ReplyDeletegunalah perkataan yang lebih sopan selain 'menyalak'.. macam tidak setuju pula LDP bangkitkan isu ini..
ReplyDeletegood luck LDP.. cuba letakkan konflik antara rakan sendiri dibelakang, dan beri tumpuan kepada masalah2 yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini..
ReplyDeleteBukan LDP saja, UPKO paling lantang bersuara.
ReplyDeleteEverybody is barking now.
ReplyDeleteLDP mula 'menyalak' bermaksud mula bersuara dan bising2 tentang isu kritikal seperti isu PATI. mungkin sebelum ni mereka senyap saja.
ReplyDeletebaguslah jika LDP sentiasa dan terus berdiri menyokong perjuangan BN. pemimpin2 sesama parti komponen pun kena elakkan konflik peribadi daripada dicampuradukkan dalam soal politik. tumpukan kepada matlamat perjuangan BN.
ReplyDeleteisu PATI ni janganlah dijadikan bahan politik semata2 di mana waktu dekat2 pilihanraya saja lantang disuarakan.
ReplyDeleterasanya matlamat PATI Sifar ni sukar sangat untuk dicapai. apapun, selagi nyawa dikandung badan, perjuangan akan tetap diteruskan.
ReplyDeleteparti2 komponen BN sabah kini bersuara untuk emnuntut RCI ditubuhkan bagi menyiasat projek IC di sabah...tuntutan parti2 komponen BN sabah ini harus diambil berat dan ditunaikan oleh kerajaan persekutuan dengan segera jika mahu sabah kekal menyokong BN pada PRU akan datang...kerajaan persekutuan harus ingat bahawa sabah dan sarawak yang akan menentukan siapa akan menjadi kerajaan selepas PRU13.
ReplyDeleteharus diberi perhatian bahawa rakyat sabah menuntut RCI ditubuhkan sebelum PRU 13 dan bukannya selepas kerana rakyat sabah sudah masak dengan janji2 politik yang hanya janji terang bulan..
ReplyDelete“Konsep ini telah menjadi tonggak dan asas bagi Barisan Nasional sejak permulaanya lagi lebih lima dekad yang lalu. Kami terus menyokong secara padu dalam prinsip perkongsian kuasa. Dalam hal ini, saya menekankan bahawa walau apa juga yang telah berlaku, terutama konflik dalam arena politik sehingga menimbulkan kegusaran dan pergeseran antara personaliti, tidak patut diungkit kerana hanya akan menimbulkan prejudis dan buruk sangka di kalangan parti komponen Barisan Nasional secara keseluruhan,” ujar V.K.Liew.
ReplyDeleteV.K Liew harus menasihatkan timbalannya, Chin Su Phin perkara yang sama diucapkan.
timb. perdana menteri harus memberi perhatian dan seterusnya menunaikan tuntutan penubuhan RCI oleh parti2 komponen BN di sabah..
ReplyDeletemaka diharap selepas ini LDP akan dapat bekerjasama dengan semua ahli BN dan kerajaan negeri khasnya KM sabah dalam usaha membangunkan negeri ke arah yang lebih cemerlang.
ReplyDeleteI find it hypocrite of them to suddenly voice out about this matter. They should had voice it out long time ago.
ReplyDeleteNeway, i hope the gov will take serious attention to this PATI issue. Solve it before it gets worse than it is now.
ReplyDeleteMakin dekat PRU makin banyak pula yang naik pentas menyuarakan isu2 yang dari zaman kuno lagi tak pandai selesai. hehe
ReplyDeleteNamun makin ramai yang buka mulut makin baguslah. Mana tau lebih laju hal ini dapat perhatian:P
ReplyDeletePati tu manusia juga namun jika kita terlalu berbelas kasihan susah juga. Tak pasal2 kita pula yang merempat di negeri sendiri.
ReplyDeleteNamun dalam kegairahan memastikan Sabah bebas pati, pastikan juga dalang di sebalik perkara ini dapat ditumpaskan.
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar dan pastikan semua pihak bekerjasama dan bersatu hati demi menyelesaikan isu pati.
ReplyDeleteEverybody know the problem and everybody do voice out their concern yet no proper action taken, its serve no purpose by just voice out. We need ACTION.
ReplyDeleteBuat masa kini, cuma RCI boleh menyelesaikan isu ini. Tidak harus ditendang sebelum mencuba.
ReplyDeleteHow the 5P resulting? Those failed to register already send back to their home land? The problem now is "how to ensure no more PATI? If there is any party or department still behave the same, yet, PATI will never end.
ReplyDelete"kata V.K.Liew seharusnya dapat merombak kembali Dasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan dicabuli PATI."
ReplyDeleteIndeed right, PATI sering mengancam ketenteraman penduduk, keselamatan dan kawalan harus dibuat dengan ketat.
Jika ada jabatan dan golongan yang mengambil kesempatan, tiada keakhiran isu PATI ini. Seharus membuat siasatan dan mencari PUNCA masalah PATI.
ReplyDeleteJika PATI ini berterusan di Sabah mungkin penduduk tempatan akan berpaling tabah kerana PATI adalah segala masalah jenayah yang timbul di Sabah.
ReplyDeleteKenapa PATI begitu mudah masuk ke Sabah? Harap pihak tertentu menyiasat lubang tikus tempat mereka ini masuk.
ReplyDeleteBetul kata Surinah, apakah saluran atau cara yang golongan PATI ini masuk ke Sabah tanpa diketahui? Pihak berkuasa harus membuat siasatan.
ReplyDeleteJabatan imigresen harus menjalankan tugas untuk memastikan PATI tidak masuk ke tanah Sabah.
ReplyDeleteWhat if 5P cant resolve PATI? What is the government plan?
ReplyDeleteNajib pasti buat sesuatu untuk membuktikan bahawa beliau prihatin dengan orang Sabahan.
ReplyDeleteKerajaan harus bekerja sama dengan SAPP, UBF, KDM untuk menanggani masalah tersebut.
ReplyDeleteKalau betul betul nak selesai ini masalah, dah lama sudah selesai. Ini main main saja, menjelang pilihanraya. Main lanciau semua ini.
ReplyDeleteMasalah PATI memang membebankan semua orang.
ReplyDeleteHope this problem will be solved soon as it's causing too much trouble to us.
ReplyDeleteJanganlah kita minta buruh yang murah, nak buruh murah.dapatlah PATI ni
ReplyDeleteKerajaan kenalah berusaha lagi.
ReplyDeleteISU PATI TAK HABIS-HABIS.......
ReplyDeleteKerajaan BN separuh dekat dah perintah tapi bauat tuli aje pasal PATI.Hari isu PATI dah menakutkan rayat Bumiputera Sabah so buat keputusan di PRU 13 nie lepas tu berlapang dada lah kita.Buat pilihan BN atau PR up to you bro.
ReplyDeleteHarap LDP akan bekerjasama dengan BN untuk menyelesaikan masalah ini dan bukan hanya mempolitikkan isu ini.
ReplyDeleteV.K Liew perlulah mengawal ahli-ahlinya sebelum mereka merobohkan parti sendiri.
ReplyDeleteDont just say it out.I prefer actions.
ReplyDeleteJangan la menyalak, buat lah apa yang patut.
ReplyDeleteBe the best you gonna need a bunch of besties.
ReplyDeleteSejak kemasukan UMNO ke Sabah bilangan PATI mendadak luarbiasa peningkatannya...senario ini sdh trlalu lama berlarutan namun tiada tindakan drastik yg dilakukan.Kebanjiran PATI di Sabah sememangnya amat menakutkan.Apa dn dimana tindakan kerajaan?Rakyat Sabah harus sedar dn jgn mudah diperbodohkan lagi,jika perkara ini dibiarkn brlarutan lambat laun anak cucu kita merempat di Tanah sendiri.TIADA JALAN LAIN PRU 13 KITA BAGI PELUANG KERAJAAN BARU (PR) UNTUK MENGATASI MASALAH PATI DI SABAH INI.
ReplyDeleteV.K Liew dan LDP sememangnya menyokong BN, cuma Chin Su Phin seoarng sahaja yang enggan bekerjasama.
ReplyDeleteHarap isu PATI dapat diselesaikan dengan kerjasama antara semua parti komponen dalam kerajaan.
ReplyDeletesokong dengan LDP jika mereka benar2 prihatin dengan isu PATI ini...
ReplyDeleteapa yg diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dan Sabah akan sentiasa selamat dari PATI..
ReplyDeleteapa tindakan kerajaan kpd pemegang ic projek sdngkan kebanyakan anak2 mereka sdh menjawat jawatan penting dlm kerajaan.Amat menyedihkan sekali kerana kerjaan sndiri yg membantu mereka dlm semua bidang sperti perniagaan dan pentadbiran.Penduduk tempatan tahu yg mana pnduduk aslui dgn yg baru dtg tetapi sdh ada ic.
ReplyDeleteSgt menyedihkan kerana kbnyakan pemegang ic projek ini berkampung di persisir bandar dan mereka mengecapi nikmat kemudahan yg lebih baik drpda penduduk tempatan yg tinggal di pendalaman.menydihkan lg apabila kbnykan ank2 mereka senang mndpt kerja sbgai penjawat awam berbanding tempatan yg trpaksa mncari kerja kilang di semenanjung atau singapore walaupun ada kelayakan yang sesuai.
ReplyDeleteInilah kesan kerja jahat BN / UMNO yang hanya nak kuasa sahaja...Sentiasa nak jatuhkan kerajaan pilihan rakyat zaman USNO dan PBS dengan memberi IC pendatang asing dan akhirnya lihatlah kesan buruk dah tak terkawal....Ini juga akan berlaku di Semenanjung semata2 untuk menang PRU 13 beri IC kepada PATI Indonesia....Masyaallah
ReplyDeletesetiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh Sabah
ReplyDeletejika tidak, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini
ReplyDeletemengapa kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahahja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang kenapa mesti tahun 2012?
ReplyDeletejanganlah sampai isu ini tidak dapat dikawal lagi baru kerajaan nak bertindak
ReplyDeletesemoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti
ReplyDelete