Monday, October 17, 2011

Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.

Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.

Bercakap di lobi parlimen, Pua berkata, semasa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, laporan itu dibentangkan sekali dengan belanjawan.

"Tahun lalu, laporan audit negara lewat seminggu dan kali ini masih belum dibentangkan di Parlimen.

"Saya ulang, adakan sebarang tekanan supaya laporan itu disunting," katanya.

Sebelum itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) mempersoalkan kelewatan itu dan mahukan penjelasan Timbalan Speaker Ronald Kiandee.

Salahuddin berkata, sejak minggu lalu pihaknya sudah bertanya tentang alasan di sebalik langkah yang tidak selalu berlaku itu. -mk


Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?

KUALA LUMPUR : Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.

Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.

"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.

"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sepatutnya laporan tersebut diberikan sebelum belanjawan dibentangkan tetapi pada kali ini sebaliknya telah berlaku.

"Adakah terdapat muslihat di sebaliknya?

"Kita mahu speaker minta penjelasan dari menteri atas perkara tersebut kenapa tidak diserahkan laporan audit itu.

"Adakah kerana tidak mahu Ahli Parlimen membahaskan laporan tersebut?" tanya Anwar.

Ronald memberitahu kenapa laporan tersebut tidak diserahkan akan dijawab oleh menteri sewaktu penggulungan perbahasan nanti.

Bercakap pada sidang media, Salahuddin berkata, tindakan tidak menyerahkan Laporan Audit Negara sewaktu perbentangan belanjawan tidak pernah berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melainkan di bawah pentadbiran Najib.

Katanya, sejak 2004 sehingga 2008, Ketua Audit Negara tidak pernah takut untuk memyerahkan laporan audit tetapi mulai Najib memegang tampuk pentadbiran perkara melewatkan penyerahan laporan tersebut telah berlaku.

"Hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 20(1), saya telah meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi penjelasan kenapa sehingga sekarang Ketua Audit Negara tidak menyerahkan laporan audit tersebut.

"Dari jawapan yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu tidak mendapat jawapan yang jelas walaupun perkara ini telah dibincangkan sebelum ini.

"Kita mahu Ketua Audit Negara menjelaskan kenapa berlaku sebegini dan untuk maklumat kelewatan penyerahan laporan audit ini hanya berlaku di zaman Najib sahaja sedangkan sebelum ini ia dapat diserahkan sebelum ataupun sewaktu perbentangan belanjawan dilakukan," jelasnya.

Tambahnya lagi, jika laporan audit tidak diberikan pada hari ini perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat esok bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.

"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.

"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.

Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.


24 comments:
Write comments
  1. Diharapkan audit negara ini akan didedahkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Jangan tangguh lagi, makin tangguh, makin diragui.

    ReplyDelete
  3. Nak tutup bangkai gajah?

    ReplyDelete
  4. Jangan berfikiran negatif, pasti ada sebab munasabah mengapa laporan itu belum dibentangkan.

    ReplyDelete
  5. Akan tiba masanya juga. Harap semuanya bersabar.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya laporan itu diberi sebelum bajet dibentang. Bila ini terjadi, tentu ramai yang akan tertanya-tanya dan sudah tentu ini menjadi modal isu bagi pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. laporan tersebut akan dibentang juga tak lama lagi, pasti ada penjelasan ia lewat dibentangkan.

    ReplyDelete
  8. pandai ambil kesempatan buat tuduhan konon ketua audit negara menapis laporan itu..

    ReplyDelete
  9. lepas ini pasti ada penjelasan dari menteri dan PM. jangan buat tafsiran melulu.

    ReplyDelete
  10. adakah kelewatan ini menunjukkan kelemahan pemerintahan Najib? jika ya, mungkin sebaiknya Najib dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut.

    ReplyDelete
  11. Ni memang sesuatu yang mengherankan. Sebaiknya segerakan pembentangan audit negara jika tidak orang ramai akan membuat spekulasi lagi.

    ReplyDelete
  12. At least make an explanation to public

    ReplyDelete
  13. biar lambat asal audit yang dikeluarkan nanti telus dan details in contain mcm belanjawan..x guna juga kan kalau cepaat tapi tidak terperinci.Sama-sama kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  14. knp laporan tersebut sgt vital? budget 2012 x dpt dibahaskan dgn sempurna/terperinci tanpa laporan tersebut... kelewatan memang mengundang spekulasi -ve dgn mengambilkira rekod terdahulu oleh rejim tembirang ini...

    1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!

    ReplyDelete
  15. muangkin ada sebab berlaku kelewatan penyerahan laporan tersebut..

    ReplyDelete
  16. apa pun, sebaiknya penjelasan berhubung pekara ini diberikan.

    ReplyDelete
  17. Betul juga. Harap audit itu sebaiknya diberikan sama dengan belanjawan dibentangkan.

    ReplyDelete
  18. Kenapa perlu buat tapisan laporan Audit. Sebaiknya perkara ini perlulah didedahkan. Ini demi masa depan dan ekonomi negara kita. Kalau berlaku tapisan maka penipuan akan berlaku.

    ReplyDelete
  19. ada khabar angin mengatakan dlm laporan audit tu mengatakan bahawa pengurusan ekonomi negeri2 seperti selangor dan pulau pinang adalah paling memberangsangkan berbanding negeri lain di malaysia. emmm selangor dan pulau pinang tu negeri pembangkang... jadi paham pahamlah...najib tak mahu malu kan..ehe

    ReplyDelete
  20. dear rakyatsabah:

    jgn lupa, sabah jg ditabalkan dgn title urustadbir kewangan terbaik di malaysia ttp bezanya, sabah menjadi negeri termiskin pula. ini boleh dianggap 'pencapaian' terbaik najib/UMNO?????

    ReplyDelete
  21. entahlah pirit, banyak kepelikan sejak dua menjak ni. urustadbir kewangan yg terbaik tapi sabah paling buruk dari segi ekonomi dan paling hangat ialah isu PTI. sabah adalah negeri paling selesa bagi PTI2 beranak pinak dan menambahkan jumlah mereka. aduii..matai oku! fix deposit UBN ialah negeri paling banyak PTI. jadi paham2lah...kerajaan [u tak mahu tubuhkan RCI utk PTI di sabah..ini musti ada udang di sebalik mee..

    ReplyDelete
  22. laporan AG sudah dikeluarkan [selepas 18 hari]...7 kementerian flop, prestasi ekonomi negeri pembangkang ie penang, selangor, kedah didapati +ve [sabah dgn reputasi urustadbir kewangan terbaik x masuk senarai +ve pun]...terjawab sudahlah punca kelewatan - mau tutup bangkai gajah [harap2 rakyat lupa, hanya melayu yg mudah lupa sdgkan rakyat n half keling x mudah lupa]...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.