Thursday, October 27, 2011

Pemuda PAS Sabah Mahu Najib Jelaskan Program Apprentices TLDM

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

“Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka,” dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

“Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.

“Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.

Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

“Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain,” katanya.

Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Dokumen penyelewengan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen yang turut hadir pada sidang media itu. -HD

18 comments:
Write comments
  1. Najib perlulah membuat penjelasan mengenai isu program Apprentices ini, rasanya rakyat juga berminat mengambil tahu.

    ReplyDelete
  2. Kita tunggulah penjelasan daripada PM, diharapkan beliau akan tampil memberi penerangan.

    ReplyDelete
  3. harap hal ini akan diperjelaskan.

    ReplyDelete
  4. program tersebut kena dijalankan dgn teratur.

    ReplyDelete
  5. What will be his reason or excuse for this? Huhu.

    ReplyDelete
  6. What will be his reason or excuse on this matter?

    ReplyDelete
  7. Satu lagi isu timbul yang akan jadi modal untuk pembangkang kritik.

    ReplyDelete
  8. sebaiknya penjelasan mengenai pekara ini dibuat..

    ReplyDelete
  9. setiap yang dilakukan pasti ada yang mengkritik..tunggu sajalah penjelasan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  10. semua kegagalan itu berpunca dari TLDM, so tanya la dengan TLDM..

    ReplyDelete
  11. kalau semua penjelasan TLDM tidak munahsabah, baik tidak payah minta penjelasan.. nanti tetap dia cakap tidak munasabah..

    ReplyDelete
  12. makin banyak isu pula yang didedahkan oleh PAS.

    ReplyDelete
  13. kenapa perlu tanya pada Najib? lebih baik tanya terus pada pihak pengurusan TLDM.

    ReplyDelete
  14. Kenapa semakin banyak isu keluar buat masa ini..Jawapannya sudah pastilah kerana dekat PRU13.

    ReplyDelete
  15. zahid hamidi:

    mau buat apa sama itu scorpene yg inda pandai menyelam? drpd mejadi liabiliti ATM, lebih baik kc bikin besi buruk, ada jg hasil...

    ReplyDelete
  16. Isu program apprentices ini perlulah dijelaskan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  17. Ya betul itu pirit buat apa itu scorpene terapung-apung sahaja dilimbungan tdk dapat digunakan, tapi mesti masih perlu belanja penjagaan moti itu. Saya dengar cerita orang banyak sudah anak- anak WARGA PATI yang dapat IC projek jadi anggota TLDM.

    ReplyDelete
  18. Harap pihak berkuasa akan tampil memberi penerangan mengenai isu ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.