Monday, October 31, 2011

Siapa Dalang Mat Rempit Demo Haram Di PP?

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA.

Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis

Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. -mk

20 comments:
Write comments
  1. klu ianya perhimpunan haram [tiada permit], knp tiada gas pemedih mata n FRU spt yg dilakukan pd Bersih 2.0 rally? mungkinkah penganjurnya adalah UMNO yg menyebabkan berlakunya double standard oleh pihak polis? adakah salah utk rakyat bersikap -ve terhadap rejim ini?

    ReplyDelete
  2. KITA XBLH BERSIFAT -VE....KITA XTAHU SIAPA YANG DALANG DISEBALIK PERHIMPUNAN INI....

    ReplyDelete
  3. setuju.Tak boleh kite main menuduh jer .name pun mat rempit datang naik moto dan berlaku secare tibe-tibe.Tapi ini menunjukkan semakin ramai yg tidak berpuas hati dgn pentadbiran LGE

    ReplyDelete
  4. dear mr. n N pemerhati:

    jd demo cara ini 'halal'? sama jg dgn kes seumpamanya sebelum ini terhadap bangunan pej PKR. adakah sekumpulan clowns itu melakukannya secara spontan?

    ReplyDelete
  5. Bukan semua penunggang motosikal itu dianggap Mat Rempit.

    ReplyDelete
  6. Adalah hak rakyat untuk membuat pemilihan kerajaan yang mereka mahukan. Jika mereka menyokong Lim Guan Eng, itu kebebasan mereka.

    ReplyDelete
  7. biarlah pihak polis yang menguruskan pekara ini..

    ReplyDelete
  8. apa pun, tidak wajar jika menuduh mana-mana pihak tanpa sebarang bukti...

    ReplyDelete
  9. Kelass..mereka demand nakkan litar lumba.

    ReplyDelete
  10. Tidak puas hati saja, nak buat demo. Fikir2kanlah mereka yang berniaga, jalan sesak etc.

    ReplyDelete
  11. nampaknya ramai jg tidak suka dgn Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  12. Guan Eng pandai2lah uruskan hal ini.

    ReplyDelete
  13. kenapa perlu tanya siapa dalang? tanya la LGE kenapa kecekapan pentadbiran beliau boleh mengundang demonstrasi seperti ini..

    ReplyDelete
  14. pemimpin2 Pakatan patut menyambut baik perhimpunan seperti ini kerana inilah contoh demokrasi yang sering mereka laungkan bila turun ke jalan raya..

    ReplyDelete
  15. mat rempit yang buat demo ni semuanya ada lesen jugakah? kalau mat rempit yang selalu keluar tengah2 malam di bandar ramai pula yang kena tangkap sebab melanggar peraturan.

    ReplyDelete
  16. apa perasaan PR (DAP) bila berhadapan sendiri dengan situasi demo seperti ini?

    ReplyDelete
  17. pergolakan dalam negeri pemerintahan DAP.

    ReplyDelete
  18. Jangan mahu menjadi seperti samseng jalanan pula.

    ReplyDelete
  19. Semakin hari semakin timbul pelbagai isu di Pulau Pinang? apa sudah jadi dengan pemerintahan Guan Eng.

    ReplyDelete
  20. saya ada baca seorang mat rempit sudah berumur dan permintaan mereka litar lumba,saya rasa mat-mat rempit ini sudah ketandusan idea untuk lawan LGE dan saya tengok yang paling menonjol adalah mat-mat rempit tua nak mampus yang berlebih-lebih meminta dan tengok muka mereka pun macam penghisap ganja no 1....bodoh piang punya mat rempit sudah lah tua ada hati mahu berlumba pula itu....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.