Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.
“Kita merasa agak bimbang, siasatan ini hanya untuk memperbaiki imej SPRM berikutan langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sempena pilihan raya.
“Berbanding tahun lepas tiada tindakan yang diambil meskipun SPRM kata akan siasat. Tidak ada guna jika siasatan tetapi tiada tindakan. Apa yang kita mahu ialah SPRM kemukakan hasil siasatan dan mengambil langkah susulan termasuk melakukan pendakwaan,” jelas Azan.
Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan SPRM menyiasat terhadap laporan Audit di peringkat negeri Pakatan Rakyat seperti di Pulau Pinang dan Kedah.
“Berdasarkan laporan Audit, jelas menunjukkan prestasi pengurusan kewangan di negeri Pakatan Rakyat pada keseluruhannya memuaskan. Kalau nak buka juga kertas siasatan di negeri Pakatan berasaskan laporan media perdana, SPRM tidak ubah seperti burung kakak tua,” katanya.
Media hari ini melaporkan SPRM membuka 36 fail siasatan berikutan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Sebanyak dua fail siasatan dilapor dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.
Menurut kenyataan SPRM pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat. -KD
Thursday, October 27, 2011
SPRM Jangan Hanya Buka Siasatan Tetapi Tiada Tindakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa pun semuanya akan dipertanggungjawab nanti di akhirat!!!!!
ReplyDeleteSelepas penyiasatan, tindakan juga perlulah diambil. Tiada gunanya membuat penyiasatan jika tidak bertindak.
ReplyDeleteSPRM bertanggungjawab memastikan perbuatan rasuah dibongkar dan dihentikan. Berusahalah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
ReplyDeleteBukalah 1000 kertas siasatan kalau melibatkan BN akhirnya akan ditutup begitu saja nanti. UMNO lah katakan. Kalau bukan menipu bukan UMNO namanya.
ReplyDeletetindakan pasti akan diambil jika siasatan menunjukkan pihak tertuduh bersalah.
ReplyDeletedah menjdi tanggungjwab SPRM dalam membanteras penyelewangan dan rasuah.
ReplyDeleteSPRM sepatutnya mencegah rasuh. Bukannya terlibat sama dalam rasuah.
ReplyDeleteCome on MACC, be fair!
ReplyDeletekita tggu n lihat hasilnya nnti
ReplyDeletebiarlah SPRM melakukan tugas mereka dengan sebaiknya..
ReplyDeletesprm baru buka fail siasatan, sudah ada tanggapan buruk..
ReplyDeleteBiarlah SPRM membuat siasatan terlebih dahulu.Lagipun semua jabatan yang mempunyai masalah dgn laporan audit mereka telah dipanggil bagi menyatakan penjelasan.Kerajaan sendiri berjanji berusaha akan menangani dan memberi respons terhadap laporan audit.Kalau memang salah,mugkin ini adalah kesalahan individu seperti pemalsuan tender,rasuah dan sebagainya.Laporan Audit nie secara x langsung menunjukkan ketelusan kerajaan,kalau kata semua clear,pembangkang akan kata ketua audit kene suaplah..jadi,jgn mudah melatah..Sama-sama kita tungu dan lihat.
ReplyDeleteTuggulah..lepas siasatan pasti akan ada tindakan. lagipun laporan Ketua Audit baru saja dibentangkan.
ReplyDeleteSabah jugalah..7 fail lagi tu.
ReplyDeleteMACC mau ambil tindakan? in yr dreams looo...MACC berani klu bilis sj, klu jumpa jerung, mr jd ms...
ReplyDeleteNampaknya SPRM seperti hilang pedoman kuasa. Mana SPRM yang membenteras rasuah? mungkin cuma rasuah kecil-kecilan saja yang dapat dibenteras tapi bagaimana yang berprofil tinggi.
ReplyDeleteHarap SPRM akan dapat membetulkan kelemahan yang ada dengan mereka. Pastikan rasuah dapat ditangani sepenuhnya.
ReplyDeleteneji:
ReplyDeletekau rasa2 akan ada tindakan terhadap tajudin ramli? conviction 4 ling liong sik? TBH n sarbaini lupa bahawa mereka bukan keluang man? tanggapan buruk terhadap SPRM memang berasas [kecuali kau buta, too naive, palui]...
Neji:
ReplyDeleteapa ko rasa ?