Monday, October 31, 2011

Halang Mahasiswa Berpolitik Bercanggah Dengan Perlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini.

Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010.

Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu.

Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing.

Keempat-empat mereka turut telah dihadapkan di mahkamah UKM kerana disyaki terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi telah bebas tuduhan awal Ogos 2010.

Mereka berempat, ketika itu pelajar jurusan sains politik, ditahan oleh polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April 2010.

Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keempat-empat mereka diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Hariss Ibrahim.

Sementara itu, pihak defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Woon berkata Mahkamah Rayuan membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada permohonan difailkan mereka tahun lalu dan memutuskan tindakan melarang pelajar menyertai politik bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan.

“Ini satu keputusan yang bersejarah, keputusan tanda aras dalam sejarah... ia melibatkan perjuangan pelajar dan kepentingan publik,” kata beliau sambil menambah pihaknya memutuskan untuk tidak menerima ganjaran kos yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.

“Mahkamah ada meminta kami jumlah kos yang ingin dituntut. Tetapi kami memutuskan untuk tidak mengambil ganjaran kos ini sebab kes ini melibatkan kepentingan orang ramai, kami tidak mahu ganjaran. Kami hanya mahu kepentingan orang ramai khususnya pelajar dipelihara,” kata Woon lagi.

Dalam pada itu, Hilman berkata keputusan hakim adalah sejarah kerana kali pertama perjuangan mahasiswa diiktiraf oleh mahkamah.

“Hakim mengulas bahawa generasi muda harus diberi peluang membuat pilihan dan keputusan sendiri dan ini adalah keyakinan saya sekian lama kerana generasi muda harus belajar membuat pilihan dan keputusan sendiri sebelum membuat keputusan untuk negara dan bangsa sebagai pimpinan negara pada masa depan,” katanya. -TMI

23 comments:
Write comments
  1. keputusan bersejarah! AUKU 1971 boleh masuk tong sampah n termasuklah jg pihak penciptanya. ini jg membuktikan banyak undang2 @ pindaan undang2 yg dibuat oleh kerajaan [UMNO] sebenarnya bercanggah dgn perlembagaan persekutuan, termasuk pindaan2 yg x selaras dgn 20 perkara...go 2 hell, UMNO!!!

    ReplyDelete
  2. tidak selari tidak semestinya bermaksud undang-undang ini salah kerana ianya dlm konteks pendidikan dan urus tadbir institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. dear pemerhati:

    dlm bahasa undang2, apabila berlaku percanggahan, perlembagaan persekutuan akan supercede [mengatasi] undang2 lain termasuklah AUKU 1971 di mana percanggahan ini telahpun dibuktikan di mahkamah rayuan. sila inform sy undang2 yg memberikan imuniti kpd IPT [klu klu klu ada la]. so, sy maintain bahawa AUKU 1971 boleh masuk tong sampah!!!

    ReplyDelete
  4. Harap para pelajar akan pandai membuat keputusan yang bernas setelah diberikan peluang ini.

    ReplyDelete
  5. Syabas kepada keputusan hakim dan juga keempat-empat pelajar tersebut.

    ReplyDelete
  6. pelajar perlu bijak dalam melakukan sesuatu pekara..

    ReplyDelete
  7. apa pun, sebaiknya pelajar mengutamakan pelajaran mereka daripada pekara lain.

    ReplyDelete
  8. Habiskan belajar, bayar hutang dulu. Janganlah sibuk nak berpolitik.

    ReplyDelete
  9. Tidak mustahil golongan pelajar mudah dipengaruhi. Mereka kena bijak membezakan apa yang penting, apa yang harus difokuskan dahulu.

    ReplyDelete
  10. mahasiswa harus tumpukan perhatian pada pengajian mereka. tak perlulah ikut2 berpolitik.

    ReplyDelete
  11. jika nak berpolitik pun, tunggu habis pengajian.

    ReplyDelete
  12. cuba bayangkan apa akan jadi jika pelajar dan pensyarah aktif berpolitik.. bayangkan apa akan berlaku jika pelajar dan pensyarah mempunyai haluan politik yang berlainan..

    ReplyDelete
  13. kalau mahu sangat berpolitik, berhenti la belajar.. berkempen 24 jam pun boleh..

    ReplyDelete
  14. Patutlah berani bersuara, mereka ni pelajar sains politik pula. orang yang berpolitik harus berani bersuara. Anyway good luck.

    ReplyDelete
  15. mungkin ka mereka ini akan jadi ahli politik pada masa hadapan tapi walau bagaimana pun seorang pelajar tidak seharusnya terlibat dalam politik.

    ReplyDelete
  16. di universiti pun ada pilihanraya untuk pemilihan perwakilan pelajar. jadi dari sini mereka sudah terdedah dengan cara2 berpolitik.

    ReplyDelete
  17. mungkin pelajar2 tersebut mahu menimba pengalaman atau persediaan untuk terlibat dalam politik lepas tamat pengajian. namanya juga pelajar sains politik.

    ReplyDelete
  18. Rasanya dari dulu lagi diingatkan kepada Mahasiswa supaya tidak terlibat dalam politik.

    ReplyDelete
  19. Jadi bila mahkamah telah menetapkan maka janganlah kita terlibat dengan politik lagi.

    ReplyDelete
  20. dr sudut fitrah keperluan manusia, apa rasionalnya mahasiswa yg berumur >21 x dibenarkan berpolitik? dlm konteks yg sama, mahasiswa berkenaan boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan membunuh dgn niat @ mengedar dadah? undang2 itu sepatutnya konsisten...

    ReplyDelete
  21. Apalah kau orang nie macam tak tahu ke yang mahkamah dah tak terima AUKU kerana bercangah dengan kepentingan pelajar.To all kebanyakan semua pemimpin dunia bermula belajar politik di U bukan dipasar,yang sedihnya kerajaan Malaysia hanya mau dia saja dipuji dan tak boleh dikritik.

    ReplyDelete
  22. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
    Abdul Aziz perlu berhenti pensyarah jika mahu berpolitik - Khaled
    05/11/2011 5:16pm

    MOHAMAD FIKRI ROSLY
    JOHOR BAHRU 5 Nov. - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dinasihat meletakkan jawatan sebagai pensyarah jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik dan tidak perlu menunggu tindakan daripada universiti tersebut.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

    "Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi.

    "Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya kepada pemberita selepas pertandingan bola keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Bahru di sini hari ini.

    Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Abdul Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat sini malam tadi tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

    Tambahnya, antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. - Utusan

    ReplyDelete
  23. semua aspek kehidupan manusia adalah politik!!! kita terlibat dgnnya secara langsung @ x langsung n x terkecuali, student. ada manusia yg dikurniakan kelebihan tertentu spt mampu melakukan bbrp tugasan dlm masa yg sama termasuklah student yg berpolitik. selagi x melanggar undang2, knp mereka perlu dihalang? kekangan yg x bertempat hanya membazirkan semangat/tenaga mereka yg sedang menyediakan diri utk menerajui kepimpinan negara pd masa hadapan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.