Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.
Malah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.
"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.
Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.
Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".
Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.
Katanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.
Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah. -MK
Friday, October 28, 2011
Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPR perlulah mempertimbangkan penggunaan dakwat kekal untuk memastikan tiada pengundi yang mengundi dua kali.
ReplyDeleteKita perlu memastikan proses pengundian berjalan dengan adil dan bersih supaya keputusannya menggambarkan kehendakan rakyat.
ReplyDeleteApa yang sebenarnya beliau cuba katakan ni? Seperti ada yang disembunyikan.
ReplyDelete"...sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh"..."
ReplyDeleteJadi beliau sebenarnya terpaksa menarik balik penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir atas desakan beberapa pihak? Oh sungguh musykil..
Semuanya memeningkan kepala. Mana sajalah kamu, yang penting jangan bebankan rakyat serta pastikan keadaan sentiasa aman.
ReplyDeleteAdakah pendedahan ini akan merubah keadaan?
ReplyDeleteknp baru skrg, anjing UMNO? semasa anda pengerusi SPR, simpan mana itu mulut n kewarasan? simpan di pantat????
ReplyDeletepenggunaan dakwat kekal sedang dipertimbangkan..
ReplyDeletejika penggunaan dakwat kekal ini lebih baik dan sesuai, mungkin ianya akan digunapakai pada masa akan datang.
ReplyDeletewajar juga dakwat kekal digunakna.
ReplyDeleteSatu hari nanti akan ada ketua menteri Sabah yang cakap macam ini,"Oi nah menolong juga kami sama rakyat ni. Siapa bilang BN tidak menolong rakyat. Menolong juga ini. Nanti di bagi peruntukan juga itu." Inilah yang UMNO mahu dengan memberi IC kepada PATI.
ReplyDeleteia bagi memastikan pilihnaraya berjalan dgn bersih dan semua pihak berpuas hati.
ReplyDeletekalau Tan Sri Abdul Rashid hari ini masih sebagai pegerusi spr, barulah kenyataan 'sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal' itu tepat disifatkan sebagai lawak besar..
ReplyDeletenanti kalau betul2 spr guna dakwat kekal, baru terbeliak mata dia..
ReplyDeletepenggunaan dakwat kekal pasti akan turut dibincang dan dipertimbangkan selama tempoh 6 bulan yang diberi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
ReplyDeleteTindakan Abdul Rashid memang tindakan yang membazir dan tidak wajar. dikatakan bahawa kos dakwat kekal tersebut mencecah RM3 juta.
ReplyDeleteHarap ada kaedah kekal dan berkesan yang boleh diguna dalam Pilihanraya.
ReplyDeleteBiarlah..Tunaikan saja permintaan mereka yang inginkan dakwat kekal ini.
ReplyDeleteSEBENARNYA SPR TELAH DICUCUK HIDUNG OLEH KERAJAAN BN/UMNO ITU YANG NYATA SETEKAH PENCEN BARULAH BERANI CAKAP KEBENARAN.
ReplyDeleteOrang yang percaya kata-kata SPR adalah orang bodoh atau penikut setia umno biru pekat.
ReplyDeletedah pencen buat cara berpencen masa kat SPR kentut pun nak keluar?
ReplyDelete