Sunday, March 4, 2012

Henti Lynas Atau Himpunan Hijau 3.0

PAS dan pelbagai NGO menuntut supaya bahan sisa dari kilang Lynas di Gebeng di bawa keluar dari negara ini.

Ini kerana, sisa itu mempunyai bahan radioaktif yang bakal kekal di bumi Malaysia jutaan tahun dan memudharatkan penduduknya di masa depan.

"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PASA, Zulkefli Mohd Omar kepada Harakahdaily.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, sisa dari kilang Lynas di Gebeng akan dibuang di tempat lain yang akan dikenalpasti kemudian.

Ia bertujuan untuk menghilangkan kerisauan penduduk tempatan walaupun pihak kerajaan yakin ia selamat.

Anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam komennya mencadangkan kepada Najib agar mengumumkan saja tempat baru sisa itu adalah dalam kawasan parlimennya iaitu Pekan.

Hujjah Najib kononnya sisa ini tidak bahaya juga ditolak oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berdasarkan apa yang berlaku kepada kilang ARE yang terletak di Bukit Merah, Ipoh sebelum ini.

Kerajaan terpaksa membuang semua tanah seluruh tapak kilang dan kawasan sekitarnya di Bukit Merah dan di simpan dalam tong dan seterusnya di masukkan ke dalam sebuah bukit di Perak.

Persoalannya, sampai berapa lama 80,000 unit tong drum 200L dan kawasan takungan itu akan selamat dan tidak pecah atau rosak akibat perubahan cuaca dan jenis tanah di kawasan itu.

Sedangkan, separuh hayat kepada bahan radioaktif yang dihasilkan dari Thorium itu akan berumur ribuan tahun kalau tidak jutaan tahun pun.

Menurut laporan sebuah akhbar Cina, Menteri Kesihatan telah mencapai kata sepakat dengan Menteri Perindustrian Antarabangsa agar sisa ini dihantar balik ke Australia atau sekurang-kurangnya luar dari Kuantan.

Namun, Australia telah membuat keputusan tidak akan menerima sisa itu balik ke negara mereka.

Dalam kes kilang ARE Bukit Merah yang dimiliki syarikat Jepun, Mitshubishi, tuntutan juga dibuat agar sisa yang memenuhi sebuah bukit itu dibawa balik ke Jepun.

"Membenarkan Lynas membuang sisa kilang ini di Malaysia adalah satu subsidi besar buat syarikat Australia itu," kata Presiden CAP, S M Mohamad Idris.

Jangkaan pendapatan yang mungkin diperolehi dari kilang ini adalah sebanyak RM30 juta untuk lima tahun.

"Namun, kesan kepada ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, masyarakat sekitar, tanah, air, lautan dan jenerasi akan datang dijangka berjumlah sehingga RM150 juta," kata S M Mohamad Idris lagi. -HD

5 comments:
Write comments
  1. julia gillard x mau kilang seumpamanya di australia ttp hj logiut najib mau + taraf perintis n 12 thn pengecualian cukai! pasti ada sbbnya, RM dlm akaun peribadinya???

    ReplyDelete
  2. Kau ni degil apasal Najib....,oklah,kalau kau nak buang tempat lain jugak kat bumi Malaysia ni..,aku nak cadangkan sisa2 kilang Lynas tu kau boleh arahkan bahagi2..lepas tu tanam kat sebelah rumah kau dulu..lepas tu sebelah rumah Muhyidin..rumah Shahrizat..rumah Khairy...lepas tu rumah pemimpin2 UMNO yg lain..kalau ada lebih..last sekali kau boleh longgokkan kat sebelah rumah Mahathir...,amacam Najib..kau kata benda tu tak bahaya kan? Buktikan dulu Najib...,ada berani ka?

    ReplyDelete
  3. Tutup lynas terus saja habis cerita, rakyat malaysia jangan terperangkap dengan kata-kata manis dari kerajaan UMNO/BN.Ini bukan memberi manfaat.
    kepada *RAKYAT MALAYSIA* tetapi bencana besar dan bahaya.Saya rasa.
    sekiranya projek yang begitu besar dan menguntungkan kenapa Australia.
    tidak membina di negara sendiri.
    Ingat Lynas pernah umum mengatakan kebocoran radioaktif tidak menakutkan dan tidak menjejaskan kesihatan tetapi sebaliknya letupan yang.
    paling mereka risau. Siapa berani jamin tidak akan berlaku kemalangan lihat.
    di jepun negara teknologi tinggi dan canggih tidak mampu mengatasi masaalah kebocoran radioaktif sehingga sekarang lautan di cemari dan paling.
    seksa *RAKYAT JEPUN MENDERITA* SEHINGGA KINI.

    ReplyDelete
  4. AKU YAKIN AUSTRALIA TAK AKAN TERIMA BAHAN SISA RADIO AKTIF DIHANTAR BALIK KE NEGARA MEREKA, KALAU AUSTRALIA TERIMA BERMAKNA PEMIMPIN AUSTRALIA BODOH, TAKKANLAH MALAYSIA DAPAT UNTUNG, AUSTRALIA MAKAN SISA RADIO AKTIF...SATU MASA NANTI MALAYSIA AKAN TERIMA KESAN BURUK HASIL DARI RADIO AKTIF...PEMIMPIN MALAYSIA PENOH DENGAN SIKAP PERASUAH @ THIRD WORLD MENTALITY...

    ReplyDelete
  5. Australia tak mau jadi kaya sebab itu tolak Lynas itu. Malaysia mau jadi kaya raya sebab itu terima projek Lynas bukan begitu Pak JIb? Jadi kira Australia bodohlah Malaysia cerdik pandai kan Pak Jib.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.