Sunday, March 11, 2012

Najib Terbabit? Siasat Semula Kes Altantuya! – Mat Zain

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).

“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau. -KD

11 comments:
Write comments
  1. Jangan cakap usaha Mat Zain tak guna. Pembongkaran perlu untuk memahami keadaan dan isu. Usaha Mat Zain harus dipuji kerana dia berkelayakan untuk mengulas kerana kepakaran dia dalam bidang tersebut. Kalau saya dan saudara cakap siapa nak baca. Tak kredible. Dalam kes pembunuhan Altantuya, motif tak penting maka perlakuan yang difokuskan. Persoalan adalah sama ada perlakuan sirul dan Azilah sengaja atau tidak sengaja iaitu tanpa niat.....memang tak masuk akal penghakiman ini. Kebusukan hakim kes ini sampai ke 7 petala langit. Begitu juga UMNO-BN yang menyanjung tinggi kezaliman ini.

    ReplyDelete
  2. Sudah saya nyatakan dulu semua bekas bekas pegawai kanan dalam perkhidmatan awam hanya akan bersuara bila sudah tiada kuasa, kita semua maklum akan perkara ini, namun yang sudi membuka pekong pemerintah yang zalim amat dialu-alukan. Mereka tidak boleh bergerak secara individu tetapi perlu bergerak dengan beberapa gabungan bekas bekas pesara kanan dan tubuh kumpulan atau NGO barulah suara mereka akan berkesan.

    ReplyDelete
  3. org gila shj yg membunuh tanpa motif! keseluruhan agensi kerajaan adalah kerbau yg dicucuk hidung! UMNgOk adalah PENJAJAH yg lebih kejam drpd british!!!

    ReplyDelete
  4. Motif pembunuhan tidak penting maa sebab....... fikirkan sendiri!

    ReplyDelete
  5. Harap penyiasatan lanjut akan dijalankan mengenai kes Altantuya supaya kebenaran akan didedahkan.

    ReplyDelete
  6. Keadilan perlulah ditegakkan untuk keluarga Altantuya, harap mereka akan mendapat penjelasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  7. Serahkan saja pada pihak yang menyiasatan kes tu. harap2 kebenaran dapat diketahui.

    ReplyDelete
  8. kes Altantuya masih lagi panas.

    ReplyDelete
  9. Terpulang mahu siasat atau tidak. Itu tidak ada masalah. Namun perlu ada bukti yang kukuh untuk menuduh Datuk Najib terlibat dengan kes ini.

    ReplyDelete
  10. Cakap kena ada bukti. Bukan sekadar ikut emosi atau dengar cakap-cakap orang lain.

    ReplyDelete
  11. Jika perlu untuk membuka semula siasatan kes pembunuhan, teruskan saja. apa yang penting, pelaku/pembunuh akan segera ditangkap dan mendapat hukuman setimpal.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.