Sunday, March 4, 2012

Pelajar 15 Tahun Terdesak Jual Diri?

GARA-GARA desakan hidup, seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu sanggup menjadi pelacur semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan persekolahan serta keluarganya.

Difahamkan, remaja perempuan terbabit yang kini tinggal bersama ibunya selepas kedua-dua orang tuanya bercerai beberapa tahun lepas, telah tiga kali diberkas di kawasan Kampung Air di sini kerana ‘menjual kehormatannya’ untuk mendapatkan wang.

Pelajar terbabit pernah ditahan kerana menjadi pelacur pada awal dan pertengahan tahun lepas dan yang terbaru ialah pada Selasa lepas di mana dia sekali lagi dicekup ketika ‘bersama’ pelanggannya juga di kawasan Kampung Air.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pelajar tempatan berumur 15 tahun itu dicekup ketika sedang melayan seorang pelanggan di salah sebuah di hotel terbabit.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang bapa ayam berumur 22 tahun yang juga dipercayai abang tiri kepada remaja perempuan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya, Superintendan M. Chandra berkata tangkapan terhadap pelajar terbabit merupakan kali ketiga dibuat kerana sebelum ini dia juga pernah ditahan atas kesalahan sama di sekitar kawasan Kampung Air.

“Sebelum ini, pelajar terbabit pernah dicekup pada awal dan pertengahan tahun lepas juga kerana didapati menjadi pelacur dan kali ini, sepasukan polis dari cawangan D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kota Kinabalu sekali lagi menahannya ketika dia sedang melayan pelanggannya,” katanya.

Chandra berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Tambahnya, pihak polis kini masih lagi menjalankan siasatan terhadap pelajar terbabit dan dia juga akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan.

“Tindakan polis pada kali ini ialah menghantar remaja terbabit ke Jabatan Kebajikan agar dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terdedah kepada jenayah terutama jenayah maksiat,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di hotel berasingan, seorang pelacur warganegara China berumur 44 tahun turut ditahan.

“Wanita terbabit juga ditahan ketika dia sedang memberi khidmat seks kepada pelanggannya dengan tujuan untuk mendapat bayaran,” katanya kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Oleh : WILLIE JUDE JUNAIDI
Foto : Sabahkini
(theborneopost)

12 comments:
Write comments
  1. jika nak mencari duit, byk lagi kerja lain yang lebih elok boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  2. Janganlah jual maruah hanya kerana ingin menampung hidup.

    ReplyDelete
  3. Ni fikiran pendek akal & mahu senang/cepat dapat duit.

    ReplyDelete
  4. bapa ayam berumur 22 tahun yang juga dipercayai abang tiri kepada remaja perempuan terbabit seharusnya menerima hukuman yg stimpal krna dialah yg memainkan peranan dlm mnghancurkn masa depn kanak2 15 thn yg belum waras brfikir ini...

    ReplyDelete
  5. This is such an unfortunate event. The flower has been plucked at a very young age.

    ReplyDelete
  6. Datuk Azizah kata ibu wanita itu harus dihukum kerana membairkan anaknya buat kerja macam itu. Patutnya Jabatan Kebajikan Masyarakat patut dihukum kerana walaupun sudah berpuluh tahun merdeka masih membiarkan orang miskin hidup melarat hingga ada yang sanggup menjual tubuh. Apakah yang dilakukan oleh pihak kementerian dan Jabatan Kebajikan. Tidur sajakah? Kalau TV3 dapat mencari orang miskin dalam rancangan Bersamamu apa yang Jabatan Kebajikan lakukan selama ini?

    ReplyDelete
  7. kalaupun remaja ini diberikan bantuan kewangan setiap bulan, saya yakin dia tetap akan melakukan aktiviti tidak bermoral ini..

    ReplyDelete
  8. Busuknya fikiran kau neji berprasangka buruk pada orang lain!

    ReplyDelete
  9. menteri n kmentrian brkaitan trnyata lena trtidur kknyangan mkn gajibuta..

    ReplyDelete
  10. Berprasangka buruk itu ajaran agama ko kah atau ajaran BN itu Neji?

    ReplyDelete
  11. Semoga jabatan kebajikan rakyat akan memberi bantuan kepada remaja yang dikatakan hidup susah dan terpaksa menjual diri ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.