DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak memerlukan pelaksanaan program yang bersifat revolusi tetapi, sebaliknya memerlukan pemimpin yang diyakini rakyat dan komited kepada perubahan.
Perdana Menteri berkata tahun ini menjanjikan wujudnya perbincangan politik yang meluas di Malaysia dan beliau berharap lebih ramai perwakilan dapat memberikan tumpuan kepada permasalahan sebenar yang dihadapi.
"Natijahnya rakyatlah yang akan menentukan masa hadapan negara. Itulah erti sebenar kebebasan daripada penguasaan penjajah, itulah yang kita pertahankan sejak mula Merdeka dan sewajarnya kita semua berbangga memiliki sebuah Malaysia yang ditentukan oleh rakyatnya," katanya.
Najib berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk '1Malaysia Adalah Satu Komitmen Terhadap Transformasi' dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.
Beliau menarik perhatian bahawa golongan yang menentang 1Malaysia membawa dua penampilan iaitu pihak yang bersikap tegar menyatakan bahawa pendekatan tahun 1971 dan gelombang pertama Polisi Ekonomi Baru tidak boleh diubah, dan pihak yang menuntut program perubahan yang berbentuk revolusi.
Berhubung kumpulan penentang pertama, Najib berkata: "Saya faham mengapa ada kegusaran pada mereka; terdapat banyak lagi ketidakseimbangan sejarah dalam masyarakat kita yang masih perlu ditangani, dan ini akan kita lakukan.
"Namun kita juga perlu menampilkan pendekatan yang dapat menggalakkan mereka yang boleh menyumbang kepada Malaysia untuk kekal di sini dan kita juga perlu mengakui bahawa penglibatan yang lebih meluas dalam ekonomi tidak akan dengan sendirinya menyelesaikan masalah kemiskinan di akar umbi."
Kepada mereka yang meragui 1Malaysia atas sebab-sebab tersebut, Najib menasihatkan mereka supaya bertenang dan bersabar kerana, menurut beliau, 1Malaysia adalah satu strategi dinamik untuk membasmi kemiskinan di negara ini.
"Dan saya percaya kita akan mendapat lebih banyak manfaat daripadanya berbanding jika kita menolak perubahan," katanya.
Perdana Menteri menyifatkan kumpulan penentang 1Malaysia yang kedua sebagai lebih membimbangkan dengan terus-menerus menolak dan tidak berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukan kerajaan, serta menuntut program perubahan berbentuk revolusi.
Mengulas lanjut mengenai kumpulan ini, Najib berkata kata-kata mereka berubah mengikut siapa hadirin mereka dengan bermotivasikan ketamakan kuasa dan sentiasa membangkitkan kontroversi bagaikan ia satu keperluan dan kemestian bagi mereka.
"Sekiranya dihimpunkan semua program yang mereka canangkan, ternyata ianya tidak teratur. Seseorang itu tidak boleh berjanji untuk melupuskan tol, melupuskan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebanyak RM40 bilion dan mengurangkan defisit belanjawan semuanya dalam satu masa.
"Dalam sekelip mata salah satu daripada janji-janji ini akan gagal dan akibatnya, rakyat menjadi marah dan ekonomi jatuh menjunam," tegas beliau.
Namun, di sebalik kebimbangan itu, Najib berkata beliau adalah seorang yang optimis.
"Saya percaya bahawa ketidakpuasan hati yang dihalakan ke arah kerajaan kerana kononnya gagal melaksanakan program mereka yang tidak masuk akal, akan hanya menemui kegagalan akhirnya.
"Ini kerana semakin banyak janji kosong yang ditabur kepada masyarakat umum, maka semakin hilanglah kepercayaan rakyat terhadap mereka," katanya. (BERNAMA)
Wednesday, March 7, 2012
Tidak Perlu Program Bersifat Ravolusi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hj logiut najib; sy langsung x percaya sama kau, chow loo...
ReplyDeleteMotif pelaksanaan program yang bersifat revolusi tidak penting!
ReplyDeleteYa, kita bukan nak lakukan revolusi. Kita nak tukar kerajaan melalui PRU13. 54 tahun kemiskinan masih meningkat. Hutang negara meningkat. Keseimbangan sejarah masih tak selesai malah makin berserabut. Berbillion2 wang negara dibazirkan. Sedarlah Najib, sebenarnya rakyat hilang keyakinan kepada UMNO/BN. Bantuan BR1M ( Beri Rasuah 1 Malaysia - Orang Kampung aku kata) hanyalah untuk menutup kelemahan dan kepincangan kerajaan. NFC RM250 juta belum ada penyelesaian sedangkan kerajaan amat berkuasa untuk mengambil tindakan. Ini hanya sebagai contoh drp 1 per 1000 kes. Hanya ada satu cara sahaja untuk melakukan tranformasi yg berjaya, TUKARKAN KERAJAAN, TUMBANGKAN BN/UMNO.
ReplyDeleteKlu kita xblh buat, kita jgn kata org lain juga xblh buat. PR buat program itu berdasarkan fakta bukan dgn ckp kosong. Agenda/program PR ini utk tlg rakyat BUKAN utk tlg kroni... amat berbeza dgn UMNO/BN.
ReplyDeleteSatu lagi perbezaan jelas, DSAI dan pemimpin2 UMNO/BN skrg mmg dah cukup kaya..... mereka blh meninggalkan arena politik Malaysia cuma bezanya DSAI berjuang utk rakyat BUKAN utk kekayaan....dan UMNO pula berjuang mengekal kuasa bagi mengelakkan harta2 mereka dan dosa2 mereka selama ini dinilai oleh Rakyat. Itulah beza PR dan BN.
Najib perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia ini.
ReplyDeleteKerjasama daripada rakyat adalah penting untuk sama-sama mencapai 1 Malaysia antara rakyat yang berlain bangsa dan agama.
ReplyDeletemmg kita perlukan perubhan, tapi biarlah ia perubahan yang baik.
ReplyDeletePM perlu berusaha bagi memastikan usaha membantu rakyat akan terus diberikan perhatian dan tumpuan.
ReplyDeleteASALKAN BUKAN UMNO/BN... INI KALI LAH!!! kalau bukan kita, siapa lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi?
ReplyDeleteRakyat perlulah menyokong program transformasi supaya kerajaan berjya untuk melakukannya untuk rakyat dan negara.
ReplyDeleteasalkan bukan umno.. parti cikai2 pun boleh juga asalkan pandai berdemo..
ReplyDeletebukan sahaja tidak perlukan program bersifat revolusi, malah tidak perlukan pemimpin2 yang secara terang2an mengimpikan jawatan kabinet.. awal2 lagi sudah tujuk kerakusan..
ReplyDelete