Friday, April 13, 2012

Kalau Bendera PR di stesen komuter?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqDnTgw2oUQvQPWMN1XjHyA84QSNMXQFjySdY__cT_lDjXsYUjKRVHrR6lu6T2HO_Q6EysJUsfx7eUcv1UAWc1J3Or8C87F9xqmLtcyChUpZpE9CXTkPpTErn6L_2TR-vIpcy-pBj3Tgg/s1600/pru+13.jpgDewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan maklumat terbaru di media, Malaysiakini yang melaporkan bahawa Keretapi Tanah Melayu (KTM) membenarkan bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di kesemua 28 stesen komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor.

“Dalam hal ini, DPPM merasa kecewa kerana pihak KTM bersikap berat sebelah dengan membiarkan bendera BN dipasang di stesen komuter mereka serta memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Menurutnya, mungkin juga mereka sendiri diarahkan oleh pemimpin Umno BN supaya membenarkan bendera itu dipasang.

“Jika begitu, bagaimana dengan bendera milik parti dari Pakatan Rakyat?

“Bolehkah bendera PAS, PKR atau DAP berkibaran di mana-mana stesen komuter di Selangor?” soalnya dalam satu kenyataan.

Bagi DPPM, tegasnya tindakan sedemikian adalah tindakan terdesak pemimpin Umno BN bagi meraih undi simpati rakyat setelah semakin ramai rakyat menolak mereka sehinggakan perkhidmatan awam juga mahu dipolitikkan dengan tindakan begitu yang amat memualkan.

Katanya, jika bendera BN terus berkibar di stesen-stesen komuter, DPPM merasa bimbang jika rakyat akan memboikot daripada menggunakan perkhidmatan komuter dan KTM akan menanggung kerugian yang besar nanti.

“DPPM mengingatkan KTM dan pemimpin Umno BN bahawa perkhidmatan komuter adalah untuk orang awam dan ianya dinaiki oleh rakyat pelbagai peringkat. Membiarkan bendera BN dipasang membayangkan seolah-olah stesen komuter adalah milik BN sahaja,” ujarnya.

Ini, katanya sudah tentu perkara ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Oleh itu, kata Riduan DPPM mendesak KTM supaya membatalkan arahan tersebut supaya perkhidmatan awam bebas dari kongkongan politik kepartian.

Menurutnya, perkhidmatan awam adalah hak untuk semua rakyat menikmatinya tidak kira dari jalur politik mana sekalipun, bukan untuk penyokong dan ahli BN sahaja.

“Ia juga bukan dibina hasil duit dari BN, tetapi ia adalah hasil daripada duit yang disumbangkan oleh rakyat kepada kerajaan,” katanya lagi.

-HD

13 comments:
Write comments
  1. Pasang dan kibar mendera Malaysia or bendera negeri2 di Malaysia lagi tepat. Bagus utk para pelancong dan kita rakyat Malaysia utk terus mencintai tanah air. Org awam, kanak2, dewasa pasti akan lebih rasa bersemangat bila melihat bendera negeri mereka dan Malaysia berkibar. Bendera politik amat tidak sesuai kecuali musim pelihanraya.

    ReplyDelete
  2. Pengurusi KTMB kalu nak beri kebenaran kibarka bendera parti kena bagi kebenaran kepada kedua2 belah pehak,jgn pilih kasih.kata Negara amalan DEMOKERASI.KTMB hak rakyat bukan hak parti,jg tambah lagi kebencian rakyat yang dah terlalu benci kpd kerajaan sapu Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Pengerusi KTMB jangan main api kepartian, BN bukan kerajaan, ia merupakan parti yang diberi mandat untuk memerintah Negara Malaysia. Tidak ada sebab mengapa kibar bendera BN. BAgi saya jika benar Pengerusi KTMB arah kibar bendera BN, Pengerusi ini tak berapa bijaksana TQ

    ReplyDelete
  4. Kalau betul berita ini, Ini merupakan kerja gila, kita bimbang makin ramai yang akan menggila gara2 arahan ini. Jika keadaan ini berlaku Pengerusi KTMB harus memikul akibatnya. Setakat ini ahli2 PR masih siuman. Pihak pemerintah mesti ada rasa tanggungjawab untuk mengelakkan perkara buruk berlaku akibat arahan memasang bendera BN kepada Stesyen KTM. TQ

    ReplyDelete
  5. Tidak bolehkah mengibarkan bendera DAP, PAS ataupun PR dalam negeri di bawah pembangkang?

    ReplyDelete
  6. Cubalah Pakatan Rakyat bertanya sama pengendali Komuter sama ada bendera mereka boleh dipasang di stesen komuter?

    ReplyDelete
  7. Apa boleh bukan rakyat ramai yang sokong Umno

    ReplyDelete
  8. Lebih adil lagi kalau bendera tu dikibar bersama di mana2.

    ReplyDelete
  9. lebih baik kibar bendera Malaysia sahaja.

    ReplyDelete
  10. Buat permohonan dengan pihak KTMB untuk meletakkan bendera tersebut. Kalau tidak diluluskan itu tidak ada nasiblah PR.

    ReplyDelete
  11. Jika ingin meletakkan bendera parti masing2, pastikan ada kebenaran dari pihak yang berkuasa.

    ReplyDelete
  12. Jangan melakukan/menimbulkan sebarang kekecohan kerana ini hanya akan menampakkan anda sebagai seorang yang tidak berdisiplin.

    ReplyDelete
  13. Tidak ada masalah jika dapat kebenaran dari pihak tertentu, tapi kalau tidak ada kebenaran, jangan memandai meletakkan bendera anda dimerata tempat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.