Sunday, April 15, 2012

Bantah PTPTN, Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara

Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa (menurut pemerhati lebih 300, baca laporan harakahdaily di bawah -GB) berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."

Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.

Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. -mk










Sumber gambar

17 comments:
Write comments
  1. buat apa bayar balik pinjaman PTPTN? knp pinjaman PKFZ, NFC, tajudin ramli boleh jd PERCUMA??? samada pentadbiran govt terlampau miring @ palui...

    ReplyDelete
  2. Pelajar ini sibuk membuat demonstrasi tapi pelajaran terabai, tiada guna bagi pendidikan percuma kerana mereka tidak menghargai langsung. Tengoklah mahasiswa kita ini lebih sanggup berdemo daripada menghadiri kelas.

    ReplyDelete
  3. Ada lagi yang berkhemah di Dataran Merdeka, tidak payah pergi kelas kah ini? Jika PKR betul-betul mementingkan kebaikan para pelajar, nasihatlah mereka untuk kembali menghadiri kelas.

    ReplyDelete
  4. Students involved in the demonstration, urging the government to abolish loans from the National Higher Education Fund (PTPTN), should return the money that they had borrowed.

    ReplyDelete
  5. Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the group of students involved in the demonstration must do so to prove that they do not want the PTPTN loan scheme to continue.

    ReplyDelete
  6. "I feel they are very brave young men, so they must return the money," he said after launching the Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL).

    ReplyDelete
  7. Khaled added that Universiti Selangor (Unisel), owned by the Selangor state government, must also declare whether the PTPTN should be abolished in their establishment.

    ReplyDelete
  8. "They (Unisel) must declare whether they want their students to receive PTPTN or not? If true they want the PTPTN to be abolished, they should not advertise in the papers that Unisel applicants can get PTPTN loan," he said.

    ReplyDelete
  9. tu semua muslihat Anwar saja untuk dapatkan pengundi2 muda

    ReplyDelete
  10. Mahasiswa sudah termakan dengan hasutan pembangkang.

    ReplyDelete
  11. dulu masa sign agreement bukan main semangat..bila blaja malas..dpt duit pinjaman bayar yuran beli buku, baki buat apa? aku pun taknak bayar ptptn tu..tapi at least aku cabar diri aku supaya dpt first class degree utk tak payah bayar balik ptptn tu..bukan mcm budak2 eh silap, kanak2 nie yg nk kene suap dari kecik sampai tua nie..tak sedar diri, memalukan bangsa, yg non-malay duk ketawa n receive all the benefits u fight for..nk ckp bodoh kasar pulak rasa..kurang pandai tu elok la kot..sbb tu tak mampu nk bayar balik..

    p/s: biar la diorang kata aku kene tipu dgn kerajaan, yg penting kalau kerajaan kencing aku pun dpt jugak aku pahala free kat akhirat nnt..sbb aku sedar diri yg aku nie tak la bagos sgt mcm kanak2 nie yg duk bantah itu ini..sampah..

    ReplyDelete
  12. dah belajar malas...nak berdemo jee lebih...kalu dah pandai pinjam...pandai2 lah bayar

    ReplyDelete
  13. pembangkang lah yang hasut mereka ni.

    ReplyDelete
  14. ramai juga yang membantah PTPTN ini untuk diteruskan.

    ReplyDelete
  15. Biarlah, apa yang kita pinjam kita bayar balik. Tidak ada yang percuma dalam dunia ini.

    ReplyDelete
  16. Jadilah seorang yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  17. Kalau sudah meminjam dan sudah tandatangan perjanjian untuk membayat balik dengan apa yang telah dibayar, adalah lebih baik tunaikan tanggungjawab untuk membayat balik pinjaman PTPTN itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.