Wednesday, April 4, 2012

Kisah penipuan menjelang pilihan raya

Penipuan dalam pilihan raya bukanlah perkara baru. Setiap kali Pilihan Raya Umum berlangsung, pelbagai cerita didengar dan pelbagai kaedah penipuan dilaksanakan. Sama ada cerita itu memang berlaku atau sebaliknya, hanya yang terbabit sahaja yang mengetahuinya.

Namun dalam-dalam banyak cerita itu, saya berpeluang mengetahui salah satu pembohongan tersebut. Peristiwa ini berlaku dalam pilihan raya umum 1986

Selepas pembubaran parlimen, kesemua parti yang bertanding berkempen untuk menarik perhatian pengundi. Ketika itu saya bersekolah menengah tetapi bukanlah orang yang jahil tentang perkembangan semasa.

Seperti biasa, Umno-BN yang merupakan kerajaan sebelumnya telah menggunakan segala media yang ada untuk berkempen bagi pihak mereka. Setiap hari akan dipaparkan dikaca televisyen cerita orang keluar parti pembangkang lalu menyertai Umno. Setiap hari beratus orang telah meninggalkan perti pembangkang. Cerita ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada perti dan penyokong pembangkang.

Kaedah ini memberi kesan dalam beberapa kali pilihan raya terutama ketika semua media dikuasai secara mutlak oleh Umno-BN.

Dalam banyak-banyak berita itu, ada satu berita tiba-tiba menarik perhatian saya – “Haji Malik (bukan nama sebenar) telah keluar daripada parti DAP bersama 40 orang pengikutnya dan menyertai Umno”. Bukan saya seorang sahaja yang terkejut, tetapi ramai lagi rakan-rakan sebaya dan penduduk kampung turut terkejut. Berita yang mengejutkan itu akhirnya jadi bahan ketawa.

Berita itu menjadi bahan ketawa bukan kerana ada unsur-unsur lawak tetapi kerana nilai kesahihannya berada pada tahap kosong, malah lebih rendah daripada itu.

Saya mengenali Haji Malik, isteri dan anak-anaknya sejak saya kecil, malah beliau dan isterinya mempunyai hubungan persaudaraan. Saya dan anak-anaknya adalah rakan sepermainan sejak kecil.

Walaupun pada ketika itu saya masih muda dan masih di bangku sekolah, namun berita itu tidaklah terlalu sukar untuk ditafsir. Yang pertama, berita itu menunjukan kepada saya bahawa suatu penipuan telah berlaku. Kenapa pihak media yang menyiarkan berita itu tidak menyiasat sebelum menyiarkan sesuatu berita.

Penyelewengan berita yang pertama ialah, Haji Malik bukanlah ahli DAP tetapi ahli PAS. Beliau memang sudah tidak aktif dengan parti sejak beberapa tahun sebelumnya kerana krisis peribadi dengan ahli lain. Yang kedua, beliau tidak ada seorang pengikutpun, mungkin yang dimaksudkan dengan 40 orang itu ialah empat (4) orang ahli keluarganya – dua orang anak dan dua orang isteri.

Peristiwa ini banyak memberi pelbagai pengajaran dan persoalan. Adakah berita mengenai kemasukan ahli parti lain ke dalam Umno-BN, juga tidak benar seperti yang berlaku di kampung saya itu? Apakah, dakwaan yang mengatakan wujudnya pengundi hantu dalam setiap kali pilihan raya juga benar? Adakah manipulasi terhadap undi pos juga benar?

Jika ketika itu pun Umno-BN sudah menipu untuk mengekalkan kuasanya, adalah tidak mustahil mereka melakukan perkara yang sama dalam pilihan raya sebelumnya dan selepasnya. Maka, tidak mustahil dakwaan yang mengatakan bahawa berlaku manipulasi undi pos, pengundi hantu dan sebagainya benar-benar berlaku.

Bagi saya, dari segi moralnya, adakah kemenangan yang didapati daripada menipu, apabila sudah mendapat kuasa mereka tidak melakukan penipuan? Kebiasaannya, orang yang naik dengan cara menipu ini, akan terus-terusan menipu. Begitulah yang terjadi kepada Umno-BN pada hari ini. Oleh sebab kemenangan yang diperoleh melalui cara yang tidak halal, maka mereka tanpa segan silu merompak harta rakyat.

Oleh sebab itu, sudah lebih 54 tahun rakyat ditipu dalam pelbagai sudut. Mungkin pada awalnya hanya menipu dalam hal yang kecil-kecilan, tetapi apabila sudah lama dan biasa menipu, tentulah tipunya lebih besar dan banyak pula. Siakap, senohong, gelama, ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri!

-TKO

24 comments:
Write comments
  1. PKR Keningau dah dilumpuhkan berikutan ahli parti hijrah besar-besaran ke parti Star. Kawasan-kawasan yang lain dijangka akan mengikuti penghijrahan ini untuk memberi sokongan kepada parti tempatan.

    ReplyDelete
  2. Rakyat sendiri perlu menilai sesuatu berita dengan bijaksana, jangan mudah terpengaruh dengan apa yang dibaca.

    ReplyDelete
  3. dalam politik mcm2 boleh berrlaku, kita hnya perlu bijak menilai.

    ReplyDelete
  4. Terpulanglah bagaimana kita melihat sesuatu itu, apa yang pasti setiap itu ada maksud yang tersirat.

    ReplyDelete
  5. Pilihanraya akan tiba tidak lama lagi. Pasti ini akan membuatkan ramai yang sibuk. Pastikan rakyat memilih calon yang benar2 layak dan berkebolehan.

    ReplyDelete
  6. Ha....ha...ha....dulu kat Sabah....project ic tu kan sapa punya? X kan x tahu? Byk puak nie punya muslihat...tgk la nnti?

    ReplyDelete
  7. Tipulah selagi anda boleh menipu, sebenarnya anda telah menipu diri anda sendiri. Orang yg menipu takkan kekal, yang lebih menakutkan bila dia mati sebelum bertaubat...bayangkan apa akan jadi semasa berada di alam kubur. Fikirkanlah. Tiada daya upaya kita melainkan kuasa Allah. Hidup ni biar cerdik agama sikit....

    ReplyDelete
  8. penyokong UMNONGOK ni memang x ubah macam perangai ayam daging.apa yg diaorang tahu makan,tidur,berak...lain x leh nak pikir...sampai masa
    nak di sembelih diaorang masih boleh tersenyum gembira...bodoh2...

    ReplyDelete
  9. Sokong le lagi BN.UMNO ni cukup pandai beri rasuah dan janji palsu.Yang dia dok jaga kroni-kroni nya hidup senang dan merampas harta rakyat.Ingat!KERAJAAN MALAYSIA Umno yang punya.Hang pa bukan nya boleh percaya, dah dapat rasuah

    ReplyDelete
  10. Semoga BN akan terus memberikan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. It is important young voters to choose wisely in the next general election, the country needs a proven administration to deal with domestic, regional and global issues. Don't give the country away to the wrong hands because you will be in trouble. Govt had worked through many domestic, regional and global issues and these translated into social and economic development for the country.

    ReplyDelete
  12. bila si penipu cakap orang lain penipu, jadi la macam cerita penipu di atas.. nama pun dia tidak guna nama sebenar.. penipu la tu,, tidak ada fakta langsung..

    ReplyDelete
  13. Barisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.

    ReplyDelete
  14. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.

    ReplyDelete
  15. The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.

    ReplyDelete
  16. All the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.

    ReplyDelete
  17. Musa said clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.

    ReplyDelete
  18. And, he also said the people of Sabah knew how to show their gratitude to the government, especially when their needs and wellbeing were being taken care of.

    ReplyDelete
  19. It is warranted that gratitude are to be expressed to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his continuous ideas to ease the people’s burden.

    ReplyDelete
  20. This is an example of a caring government and a leader who is concerned about the wellbeing of the people

    ReplyDelete
  21. Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.

    ReplyDelete
  22. “This can be done now. We don’t have to wait for general election because we have enough evidence on the success stories created by the BN government.

    ReplyDelete
  23. “We just need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition,” he explained.

    ReplyDelete
  24. Also present at the briefing session were Sabah Umno secretary Datuk Yahya Hussin, information chief Datuk Sapawi Ahmad, Sabah Umno Wanita chief Datuk Armani Mahiruddin and other State BN leaders.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.