Wednesday, April 4, 2012

BERSIH 3.0 Wajib Diadakan

Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,” kata sumber berkenaan.

“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.

Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.

Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu. -TMI

18 comments:
Write comments
  1. Semoga SPR akan mengambil perhatian terhadap butir-butir yang dibangkitkan oleh himpunan Bersih. Iaitu membersihkan senarai nama pengundi, membaik pulih pengundian pos, menggunakan dakwat kekal, kempen minimum 21 hari, kebebasan menggunakan media, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

    ReplyDelete
  2. Setahu saya, isu dakwat kekal sudah dipersetujui oleh SPR dan dakwat silver nitrat akan digunakan pada PRU-13. SPR juga mengesa kerajaan untuk melewatkan PRU ini sehingga senarai nama pengundi boleh dibersihkan. Isu pengundi pos juga sedang dibincangkan jika tak silap. Nampaknya SPR ada niat untuk memperbaiki pengundian dalam pilihanraya supaya ia lebih bersih dan adil.

    ReplyDelete
  3. perhimpunan bersih tak perlu diadakan lagi, perhimpunan hari tu pun dah timbul kekecohan.

    ReplyDelete
  4. Mereka ini tidak sedarkah kekecohan yang telah mereka lakukan. Saya rasa heran mengapa ada juga yang ingin menyokong mereka.

    ReplyDelete
  5. Bersih tidak akan mencapai matlamat yang mereka inginkan kerana perjuangan mereka ini sama seperti perjuagan pemberontak. Tidak ada yang positif tentang pemberontak, kerana mereka membuat kekacauan.

    ReplyDelete
  6. komen yang bodoh

    ReplyDelete
  7. BERSIH 3.0 adalah manefestasi kpd suara keramat rkyat yg dahagakan p.raya yg bersih dr segala penipuan terancang oleh pemimpin korupt utk mengekalkn kuasa pemerintahan secara kotor dn keji.... Ayo Maju...

    ReplyDelete
  8. BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH!!!

    ReplyDelete
  9. Kali ini BERSIH 3.0,, saya takmau tgok dah puak2 pengacau PATRIOT versi BANGGALA, serta 30 buah bus ibrahim katak..

    saya ingin melihat lagi bukti kerharmonian RAKYAT MALAYSIA bersama2 memimpin tangan berhimpun demi menuntut pilihan raya yang BERSIH!..

    tiada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, etc,, tetapi hanya ada RAKYAT!..Ayuhhhh!

    ReplyDelete
  10. orang ramai wajib diberitahu
    bahawa penipuan pilihan raya
    telah diluluskan di parlimen

    penipuan ini dilakukan secara resmi
    tidak ada perbincangan

    laporan jawatankuasa ini
    diterima terus tanpa bincang

    yb pakatan rakyat tidak dibenar
    untuk mengeluarkan pandangan
    dan laporan dan cadangan
    tersendiri

    ReplyDelete
  11. UMNO/BN = PATI
    JOM BERSIH 3.0

    ReplyDelete
  12. teruskan bantahan terhadap " Suruhanjaya Penipu Rakyat " (SPR) semua mereka nak tipu sistem kehakiman, undang2, projek, wang & harta negara. mcm lah mereka akan hidudan memerintah untuk selama2nya.

    ReplyDelete
  13. Mesti ada lagi yg korban ni polis pukul, tengoklah nanti pada 28april2012

    ReplyDelete
  14. buat aje kat dataran merdeka, pedulikan semua tu,..kalau nak di ikutkan proseduer kerajaan apa pon tak boleh, tapi kalo umno yg buat semua tak salah, yg pasti bersih tetap dirteruskan walau pon mendapat tentangan dan kita tentang balik kerajaan melalui demokrasi jalanraya...

    ReplyDelete
  15. KAMI TIDAK MAHU NEGARA DIJUAL KEPADA RAKYAT ASING...KAMI TIDAK MAHU GADAI MASA DEPAN ANAK-ANAK KAMI KEPADA RAKYAT ASING.. KAMI TIDAK MAHU HIDUP MEREMPAT BERSAMA-SAMA DENGAN RAKYAT ASING...BAHKAN KAMI TIDAK MAHU PEMERINTAH YANG GILA KUASA MELALUI RAKYAT ASING.TERCALARLAH BUDAYA, TERGADAILAH BANGSA DAN TERLINGKUPLAH NEGARA.... RAKYAT ASING TERLALU RAMAI DI SABAH, KENAPA RAKYAT SABAH HANYA BERDIAM DIRI!!!! JOM BERSIH 3.0

    ReplyDelete
  16. Kita tunggu saja apa yang Bersih mampu lakukan selepas ini.

    ReplyDelete
  17. Perhimpunan aman yang tidak mendapat kelulusan untuk berhimpun adalah salah di sisi undang2.

    ReplyDelete
  18. eleh.. tembirang saja tu.. penganjur Bersih sebenarnya sudah dapat dana dari luar untuk melancarkan serangan menumbangkan kerajaan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.