Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara.
Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan.
Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan.
Sambil mendabik dada dialah driver yang cekap, katanya "jangan tukar dengan driver yang diragui dan membahayakan." Apa yang cuba ditonjolkan Najib driver yang merbahaya dan diragui itu ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim.
Semasa membentang kajian tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF) Ha Najib Razak juga berkata driver yang tidak cekap itu hanya tahu berseruling dan beretorika sahaja. Mereka katanya adalah tukang karut dan penghibur lara. Sebalik katanya kerajaan UBN hari sudah terbukti dan mempunyai track record.
Najib boleh berperasan dan mengakui dia seorang driver yang cekap, baik dan bertanggungjawab kerana itu dari penilaian dan standard dia sendiri berikan. Namun di luar sana atau penumpang sedang membuat penilaian ke atas cara-cara Najib memandu atau memimpin negara tanpa bias. Dalam tempoh tiga tahun lebih ini rakyat sedang mengukur corak dan juga stail pemanduan Najib.
Siapa yang membuat atau mengikhtiraf bahawa pemanduan Najib baik dan selamat yang boleh beliau jadikan asas?
Kita boleh masuk ke dalam bakul dan jujung sendiri. Kita boleh masuk ke dalam lif dan tekan sendiri, ia akan naik setinggi mana yang kita mahu. Tetapi kita tidak boleh hipkorit apa yang berlaku ke atas diri kita. Penilaian mutlak dan konkrit ke atas diri kita ialah dari rakyat. Kalau isteri kita memuji, kata kita hebat pun belum tentu benar, kerana perempuan dia boleh memuji dan memuja suami dengan pujian hebat apabila ia mempunyai sesuatu hajat.
Cekapkah Najib memimpin negara? Terpulang maklum kepada rakyat dan para penumpang. Untuk menilai seseorang itu cekap atau pun tidak ia harus memandu lebih separuh jarak perjalanan, baru kehebatannya teruji. Hari ini Najib hanya baru berlepas di garis awal perjalanan di mana baru peringkat membetulkan stering dan tempat duduk saja, jadi soal sampai atau tidak masih 'kabur mabur' lagi.
Dalam masa tenaga masih ada, sisa wang simpanan negara masih ada, Najib boleh memandu dan menggunakan wang untuk melatari pemanduannya. Tetapi cabaran sebenar ialah selepas lima tahun atau 10 tahun memimpin.
Hari ini pun rakyat sudah mengerti dan kenal cara pemanduan Najib yang tidak licin dan tersekat-sekat. Ada kalanya Najib keliru bila melihat papan tanda yang harus ditujunya. Beliau juga gagal melihat cermin belakang yang banyak meninggalkan iktibar. Penumpang belum berkata apa kerana mereka sedang 'mengeman' gula-gula dan membilang ringgit (RM500) yang Najib hulurkan untuk melekakan penumpang.
Najib tidak sedar dalam memandu dia banyak tersasar atau dipengaruhi oleh unsur-unsur di luar pemanduannya. Misalnya dia suka bercakap menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ini merbahayakan. Dia tidak boleh matikan handphone semasa memandu kerana disuruh berbuat begitu. Dia juga tidak boleh untuk tidak menjawab kerana kalau dibiarkan ia akan ditengking apabila pulang rumah nanti.
Lagi sewel dan sial ada kalanya Najib diganggu secara langsung apabila orang itu duduk di sebelahnya dan ikut sama memutar stering bersama Najib dan mengarahkan jalannya sendiri. Gangguan ke atas pemanduan Najib ini merbahaya.
Dalam kata lain Najib seorang pemandu yang dikawal, akan menggerakan kenderaan dibawanya menurut kuasa luar. Dia diremote oleh kuasa luar seorang yang sepatutnya berada di dapur rumahnya atau tukang menayarungkan stokin dikaki Najib. Bagaimana seorang pemandu yang dikawal untuk mengatakan dia seorang driver yang cekap, berprofesional?
Apabila Najib sudah memesan kepada penumpang agar jangan tukar driver di tengah jalan barang kali dia sudah dapat merasa keluh kesan penumpang yang bersunggut mengenai wibawa dia sebagai pemandu. Barang kali sudah ada tanda-tanda yang penumpang ingin menukar driver. Kalau tidak dia tidak akan memberi peringatan sebegitu.
Bagi pemandu yang mengerti dan tahu akan bahaya di depan mereka perlu malah wajib tukar driver. Mereka kena tukar Najib sebelum ia mengheret penumpang lebih jauh. Kalau dibiarkan sudah pasti Najib akan membawa mereka terjun gaung atau pun melanggar bukit. Sebenarnya bukan saja setakat driver tetapi kenderaan itu sendiri juga perlu ditukar kerana ia sudah terlalu lama, sudah 54 tahun dan sudah keletihan. Banyak perkakas dan mekanisme enjin rosak dan luruh. Bahkan nombor plat juga sudah tercabut...
Dalam pembentang itu juga Najib mendabit dada kononya dia tidak gentar untuk bersaing di pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana itu adalah pilihan demorkasi yang adil. Benarkah Najib berani untuk bersaing di pasaran bebas? Belawak kohong semuanya. Kalau benar bagaikan dikatakan Najib tidak akan kongkong media massa, beliau tidak akan kongkong polis, beliau tidak akan kongkong SPR, SPRM dan segala macam agensi.
Beliau akan lepas terbuka dan beri kebebasan secukupnya kepada agensi atau pun badan berkenaan seperti mana matlamat perwujudan dan penubuhannya. Dengan cara berlindung dan menjadi agensi kerajaan sebagai kubu Najib sebenarnya pengecut dan bacul campur munafik.
Sikap diam membisu beliau terhadap cabaran Anwar untuk berdebat menunjukkan dan mengenalkan kita siapa Najib sebenarnya. Kalau benar dia berani dan tidak gentar kepada pasaran idea babas dia akan sahut cabaran Anwar. Dia tidak perlu berdolak dalih dan mengatakan perdebatan itu membuang masa.
Bagi rakyat selagi Najib tidak sedia untuk menyahut cabaran itu, rakyat tidak akan mengikhtiraf Najib sebagai perdana menteri yang berani dan bertanggungjawab. Katalah sejuta kali dia tidak gentar kepada pasaran idea, tetapi pembisuan itu akan diterjemahkan rakyat Najib takut dan kecut perut. Sebelum ini bukan main lagi dia mengangga mulut mengatakan Anwar akan demam kalau berdebatnya dengannya, tetapi hakikat hari ini yang bergerunyuk dan kesejukan bukan Anwar tetapi Najib .
Oleh Mohd Sayuti Omar
Wednesday, April 4, 2012
Driver & Kereta Perlu Di Tukar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat akan menentukan sama ada Najib adalah Driver yang boleh membawa Malaysia ke destinasinya pada PRU-13. Sama ada tukar driver ataupun tidak terletak dalam tangan pengundi. Bagi mereka yang masih belum lagi mendaftar, baik lakukan segera untuk membolehkan diri anda mengundi jika PRU diadakan pada bulan Jun.
ReplyDeleteHarap kita boleh melihat Pilihan Raya yang adil, bersih serta kompetitif seperti apa yang Najib nyatakan. Marilah kita mengundi dalam pasaran bebas kerana Malaysia adalah negara demokrasi.
ReplyDeleterakyat tau memilih mana yang terbaik untuk menjadi pemimpin mereka.
ReplyDeleteKalau pemimpin sentiasa bertukar2 memang tidak baik untuk pembangunan negara. Nanti banyak pelan2 dan projek2 pembangunan yang terbengkalai di pertengahan jalan.
ReplyDeleteKalau driver sudah terlalu tua perlu ditukar nanti driver itu tertidur semasa memandu.
ReplyDeleteKerajaan yg ada sekarang penuh dgn gejala yg tidak sihat. Entahlah berpunca drp mana, kebyakannya org islam. Islam saja tidak cukup jika takde iman. Org yg beriman saja yg boleh menyelamatkan dirinya dan masyarakatnya.
ReplyDeletekalau saya sebagai penumpang kenderaan....sudah pasti saya akan memeilih sebuah kenderaan yang baik, yang selamt dan nak kan kereta yang baru...sebab saya yakin dengan kemampuan kereta baru dan pemandu yang cerdas fizikalnya. kenderaan lama dan pemandu yg dah tua ..ianya akan membawa seribu masaalah ketika d sepanjang perjalanan. (BN tukar PR)
ReplyDeleteKadang-kadang kita kena memuji diri sendiri untuk meyakinkan orang lain tentang kebolehan kita. Bila kita yakin terhadap diri kita ini akan mempengaruhi orang lain untuk yakin terhadap kita. Begitu juga bila kita pergi ketemuduga. kita kena yakinkan mereka bahawa kita layak untuk bekerja dengan mereka.
ReplyDeleteIni lah yang dilakukan oleh PM kita. Beliau ingin kita yakin bahawa beliau boleh melakukan kerja untuk kita, dan beliau layak untuk itu. Lagipun ianya sudah terbukti bahawa beliau dapat melakukan dengan baik walaupun ada sesetengah yang tidak berpuashati dengan apa yang dilakukan oleh beliau. Tapi kita harus ingat, tidak semua hati dapat kita puaskan kerana dalam dunia ini, ada kos lepas yang harus kita lepaskan untuk mendapat yang lebih baik.
ReplyDeletehaji logiut najib hanyalah driver yg cun dlm bedroom shj [isa samad bulih kc confirm]...
ReplyDeleteKerajaan yang ada sekarang rajin memberi IC kepada PATI sahaja!
ReplyDeleteKalau benar buktikan kepada rakyat yang mana Datuk Najib mampu lakukannya tanpa ada memberikan beban kepada rakyat.
ReplyDeleteThis shows that the BN government does not leave anyone out because its main agenda is to help all the people
ReplyDelete'driver' itu tidak semestinya merujuk kepada PM.. boleh juga merujuk kepada parti..
ReplyDeleteAnwar lagi hebat.. selain mendapat gelaran anugerah tuhan beliau tanpa segan silu dalam ceramah meminta penyokong2nya menaikkan beliau sebagai Perdana Menteri.. merayu2 beb minta jawatan PM..
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who has only been helming the country for three years, has proven his capability in managing the country well.
ReplyDeleteNajib entered office as Prime Minister with a focus on domestic economic issues and political reform.
ReplyDeleteOn his first day as Prime Minister, Najib announced as his first actions the removal of bans on two opposition newspapers, Suara Keadilan and Harakahdaily, run by the opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim-led People's Justice Party and the Pan Islamic Party, respectively, and the release of 13 people held under the Internal Security Act.
ReplyDeleteAmong the released detainees were two ethnic Indian activists who were arrested in December 2007 for leading an anti-government campaign, three foreigners and eight suspected Islamic militants.
ReplyDeleteNajib also pledged to conduct a comprehensive review of the much-criticized law which allows for indefinite detention without trial. In the speech, he emphasized his commitment to tackling poverty, restructuring Malaysian society, expanding access to quality education for all, and promoting renewed “passion for public service.”
ReplyDeleteHe also deferred and abandoned the digital television transition plan of all free-to-air broadcasters such as Radio Televisyen Malaysiaa
ReplyDeleteThere are many programmes that benefited the people that Najib had introduced, such as the 1Malaysia concept, Government Transformation Programme, Economic Transformation Programme, National Key Result Areas and National Key Economic Areas.
ReplyDeleteBesides that, the Federal Government had also introduced the 1Malaysia Clinic, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) and Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).
ReplyDeleteIn the case of Sabah, Prime Minister had also channelled a huge allocaton for Sabah including for education, security, health, agriculture, the economy and rural development.
ReplyDeleteThe Barisan Nasional (BN) government had a good track record in terms of achievements, with many development projects and programmes implemented in the interest of the people.
ReplyDeleteBN have been recognised by visiting foreign leaders who were highly impressed with the country's development and prosperity, as well as harmony among the people.
ReplyDeleteThe BN government would continue to think about and implement more development programmes, as well as fulfil its promises to further develop Sabah.
ReplyDeleteThe coming general election is very important for the future of the country and people.Therefore, don't choose wrongly, don't gamble your future just to serve the personal interests of a certain leader.
ReplyDelete