Monday, April 9, 2012

Tanpa Sabah, misi PR tinggal angan-angan?

Selain Kelantan, rakyat Negeri Di Bawah Bayu juga popular dengan kecenderungan siasahnya yang lebih terbuka dan berani membuat keputusan. Lama sebelum tsunami politik melanda Semenanjung, Mac 2008, bumi Sabah sudah menyaksikan perubahan kepemimpinan negeri; ada kalanya berlaku secara mengejut dan tidak dijangka.

Parti-parti yang menerajui kerajaan negeri bersilih ganti. Daripada United National Kadazan Organization (UNKO), pimpinan Donald Stephens, kepada United Sabah National Organizatin (USNO), diasaskan Datu Mustapha Datu Harun, kepada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) diketuai Fuad Stephens dan Haris Sallah, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) diterajui Joseph Pairin Kitingan.

Penyertaan mengejut PBS bersama Gagasan Rakyat pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang Pilihan Raya Umum 1990 mendorong Umno bertapak di Sabah, seterusnya menguasai negeri itu sehingga kini.

Sabah dan Sarawak menyumbangkan kerusi Parlimen yang agak besar, masing-masing 31 dan 25, menjadikannya 56 kerusi. Ia membentuk satu perempat atau 25 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat.

Dalam kedudukan BN buat pertama kali telah dinafikan majoriti dua pertiganya di Parlimen dalam pilihan raya 2008, dan kini banyak pihak bercakap tentang kemungkinan tampuk pemerintahan Pusat bertukar tangan, tumpuan tidak dapat lari daripada meneliti setiap perkembangan di Sabah dan Sarawak.

Kita dapat menyaksikan bagaimana kedua-kedua negeri itu mula diberi perhatian dan layanan "istimewa", terutama selepas ura-ura ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti, menjelang 16 September 2008.

Di atas kertas, digembar-gemburkan peruntukan pembangunan di sana ditambah, begitu juga jawatan strategik dalam kabinet dan kerajaan, juga posisi penting di Parlimen. Namun begitu, sebenarnya Sabah dan Sarawak masih tertinggal jauh, termasuk daripada segi kemudahan paling asas.

Dalam suasana setiap kerusi (malah setiap undi) begitu penting dalam PRU13 -- bagi memudahkan laluan ke Putrajaya dan membentuk kerajaan Persekutuan -- maka Pakatan Rakyat tidak boleh memandang ringan setiap potensi yang ada di Sabah dan Sarawak.

Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, pada April 2011, telah menyuntik semangat dan keyakinan baru kepada aktivis Pakatan Rakyat. Kubu kebal BN di negeri yang dianggap "simpanan tetap" atau "fixed deposit" itu mulai retak. Daripada 71 kerusi Dun yang dipertandingkan, BN kalah 16 kerusi, dengan DAP menang 12 dan KeADILan, 3.

Dalam PRU12, BN Sarawak hanya kalah satu kerusi Parlimen. Diunjur daripada trend pengundian 2011 itu, sekurang-kurangnya sepuluh kerusi diramalkan dikuasai Pakatan, sebahagian besarnya di kawasan majoriti pengundi Cina. (Saya akan mengulas hal ini dalam Harakah keluaran akan datang).

Ya ... tiba-tiba Sabah yang agak muram pergolakan politiknya seperti mendapat inspirasi menakjubkan. Rakyatnya mula ghairah berbicara soal perubahan dan keperluan untuk merobah kerajaan Persekutuan, kalaupun belum bersedia menumbangkan Ketua Menteri, Musa Aman.

"Target yang lebih praktikal adalah untuk Sabah bersama-sama menyumbangkan kerusi Parlimen yang mencukupi untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat," kata penganalisis politik, Musli Oli.


Senario menarik negeri jiran Sarawak itu bakal merebak ke Sabah. BN dilihat tidak sehebat mana lagi, terutama berdepan pelbagai isu membabitkan salah guna kuasa, penyelewengan, korupsi, kronisme dan juga pengabaian yang begitu ketara terhadap kemudahan awam, terutama bekalan air bersih.

Apabila diminta mengisi slot dalam seminar kewartawanan dan media baru PRU13 di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sabah, 31 Mac lalu, saya dapat merasai komitmen padu penggerak parti, diketuai pesuruhjaya sendiri, Aminuddin Aling.

"Sdr perlu selalu turun ke Sabah, melaporkan aktiviti PAS yang kian meriah dan mendapat sambutan hangat, agar bukan saja kami bertambah semangat, malah aktivis parti seluruh negara dapat berkongsi sama dengannya," bisik Timbalan Pesuruhjaya Hamzah Abdullah kepada saya, selepas beliau, Aminuddin dan Setiausaha Perhubungan, Ustaz Awang Leman Ikin selesai mengadakan sidang akhbar mengenai penggunaan kalimah Allah. Hamzah merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah pertama ketika mula bertapak pada 1986.



Jika dalam pilihan raya 1986 PAS bertanding tiga kerusi Parlimen, iaitu Kota Belud, Jambongan dan Kimanis, (malah dalam pilihan raya umum empat tahun lalu, tanpa sebarang kerusi Parlimen pun) saya difahamkan untuk PRU13, Parti Islam ini mungkin diamanahkan untuk bertanding sejumlah kerusi yang jauh lebih besar, mungkin mencatat rekod sepanjang 26 tahun berjuang dengan penuh getir di Sabah.


BN SABAH BAKAL KALAH 14 KERUSI PARLIMEN?

Dalam kunjungannya ke Kota Kinabalu, 31 Mac lalu, di sebuah restoran di bawah Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sabah, wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN sempat berbicara dengan penganalisis politik Sabah, Musli Oli, 52, yang juga Penolong Ketua Penerangan KeADILan, Sabah. Lulusan ekonomi yang banyak menulis buku-buku politik ini merupakan bekas Presiden Mahasiswa Sabah Universiti Malaya, awal tahun 80-an.


HARAKAH: Bagaimana sdr melihat situasi politik Sabah?

MUSLI OLI: Dalam pilihan raya 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen. Hanya kerusi Kota Kinabalu dikuasai DAP. Sebenarnya ada empat atau lima kerusi parlimen boleh dimenangi parti pembangkang jika "satu lawan satu". Daripada 60 kerusi Dun, hanya satu dimenangi DAP, iaitu Sri Tanjung.

Waktu itu, Sabah dan Sarawak tidak mendapat isyarat yang jelas daripada negeri-negeri lain di Semenanjung. Justeru, rakyat "play safe" dan terus beri sokongan kepada BN.

Situasi hari ini jauh berbeza. Ramai secara terbuka menyatakan perasaan tidak puas hati dengan isu-isu yang menyelubungi rakyat terutama isu pendatang tanpa izin, isu kemiskinan dan banyak lagi, yang gagal ditangani kerajaan BN.

Daripada urutan sejarah politik, pemimpin Kadazandusun (KDM) seawal Tun Stephens amat berpengaruh dan mendapat sokongan daripada kaum mereka kerana sentimen tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Pusat kepada Sabah.

Atas faktor sentimen marahkan dasar BN di peringkat Persekutuan itu, Sabah bertukar kerajaan beberapa kali dengan kebangkitan semangat KDM. Ia bermula pada 1976 bila USNO tumbang kepada Berjaya pimpinan Stephens.

Diikuti kebangkitan PBS di bawah pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya 1985. Berjaya yang mendapat sokongan "sink and swim" dari Dr Mahathir Mohamad hanya tinggal enam daripada 48 kerusi Dun!

Kerana taktik "pecah dan perintah" Kuala Lumpur, KDM dipecahbelahkan kepada beberapa parti politik selepas pilihan raya negeri 1994. PBS, UPKO dan PBRS adalah parti-parti politik utama pimpinan KDM, di samping jumlah yang signifikan menyertai Umno.

Setelah PBS menyertai semula BN pada 2001 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya (daripada 48 kerusi kepada 60), jumlah kerusi majoriti pengundi KDM, yang asalnya 20 menjadi 17 sahaja.

Dengan dua faktor itu sokongan KDM tidak lagi menjadi penentu politik Sabah.

Keadaan terkini pengundi KDM macam mana, ya?

Daripada 25 kerusi Parlimen Sabah, lapan kerusi majoriti KDM berada dalam situasi "tidak menentu" berikutan isu-isu politik mutakhir terutama janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang begitu dekat dengan hati kaum KDM.

Antara isu-isu yang mendapat sokongan KDM ialah: Pertama, memulihkan Perjanjian 20 Perkara. Kedua, menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963. Ketiga, menaikkan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus. Keempat, menubuhkan siasatan diraja mengenai pendatang tanpa izin.

Kelima, memansuhkan dasar kabotaj yang menjadi punca harga barang keperluan di Sabah lebih mahal secara relatif dengan Semenanjung. Dan keenam, melaksanakan sepenuhnya dasar Borneonisasi.

Jika tidak ada perpecahan undi dan tercapai persetujuan "satu lawan satu parti" sesama pembangkang, lima kerusi Parlimen KDM boleh ditawan Pakatan pada PRU13.

Janji Pakatan ini secara umum bukan sahaja menarik sokongan KDM yang terkenal dengan keberanian mereka menukar kerajaan tetapi juga mempengaruhi sokongan kaum Bumiputera Islam yang masih dibelenggu kemiskinan.

Dengan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, di samping kadar pengangguran di Sabah yang teratas sekali, golongan muda mula secara terang menunjukkan protes terbuka terhadap BN dan Umno.

Jangkaan sdr ...

Saya meramalkan daripada 14 kerusi Parlimen diwakili Umno, lima hingga tujuh boleh dimenangi Pakatan, antaranya Kota Belud, Kudat dan Kimanis. Kerusi Parlimen yang sebelum ini diwakili LDP (1), SAPP (2) akan ditawan Pakatan di samping mengekalkan Kota Kinabalu.

Keseluruhannya, lima kawasan KDM, lima kerusi Melayu dan empat kerusi Cina, semuanya 14 akan jatuh kepada Pakatan. Namun, saya kira BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri kerana fokus rakyat Sabah lebih kepada menawan Putrajaya.


Dalam PRU13 nanti, Umno-BN cukup mengharapkan Sabah dan Sarawak menjadi benteng terakhirnya. Tetapi dari tanggapan sdr itu, maknanya, Sabah bukan lagi "simpanan tetap" BN?

Istilah "simpanan tetap" adalah istilah Dato' Seri Najib Razak sewaktu berucap di Tuaran, Sabah pada 2008, beberapa bulan selepas PRU12.

Rakyat Sabah hari ini mempersenda istilah itu dengan kata-kata seperti "jika ada bank yang tawarkan interest 20 peratus, buat apa simpan di bank yang bayar interest lima peratus"!

Lanskap politik Sabah berubah setelah PRU12, apatah lagi selepas melihat keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak, April 2011.

Apa sebenarnya isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah?

Isu pokok ialah Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dihormati kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN! Begitu juga isu tanah adat dan tanah warisan. Di Sabah setakat ini 485 kes pending di mahkamah berhubung tindakan syarikat-syarikat yang merampas tanah rakyat.

Begitu juga isu royalti minyak. Dua pemimpin Sabah terkorban kerana isu ini. Seorang korban jawatan, Tun Mustapha yang ditentang Tun Razak kerana meminta royalti lebih daripada 5 peratus dan Tun Fuad terkorban nyawa pada 6 Jun 1976 kerana enggan tanda tangan perjanjian dengan Petronas yang beri 5 peratus royalti.

Isu lain ialah kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Janji KLmemujuk rakyat Sabah menyertai gagasan Malaysia ialah melindungi Sabah daripada Filipina dan Indonesia ternyata tidak benar. Sebaliknya KL membiarkan Sabah dimasuki secara bebas dan Umno terlibat memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada mereka.

Selain itu, isu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang daif. Pada tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Persekutuan, Asri Aziz dalam majlis "sedetik dengan media" menyatakan 68 peratus rakyat Sabah masih hidup di bawah paras garis kemiskinan.

Jika di Sarawak, Ketua Menteri, Taib Mahmud yang mentadbir lebih 30 tahun dianggap membebankan BN di negeri itu, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman? Sepanjang saya berada di sini, ramai bercakap tentang banyak projek pembangunan dikaitkan dengannya.

Seperti Harris Salleh yang tumbang dengan Berjaya pada 1985, Musa Aman tidak mewakili kaum majoriti pribumi Sabah iaitu kaum KDM dan kaum Bajau. Musa terlalu fokus untuk memperkaya kaum keluarga dan kroninya.

Isu pengambilan tanah rakyat didalangi Musa Aman kerana kuasa meluluskan tanah adalah hak mutlak Ketua Menteri Sabah.

Suasana atau lingkungan politik mutakhir ini nampaknya memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sejarah di Sabah menunjukkan pembangkang juga sering berdepan masalah sesama sendiri ...

Masalah pokok ialah untuk mencapai persetujuan dan kerjasama dengan parti-parti bukan Pakatan Rakyat seperti SAPP dan STAR. Jika gagal dicapai persetujuan "satu lawan satu" agak sukar untuk menggugat kedudukan BN yang mungkin menjadi dalang di belakang parti-parti pembangkang ini.

Begitu juga dengan masalah kewangan dan logistik yang masih menjadi halangan besar kepada pembangkang kerana keadaan dan geografi di Sabah.

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

49 comments:
Write comments
  1. Sabah tidak akan memberikan harapan buat PR. Kebelakangan ni ramai anggota PR yang keluar parti.

    ReplyDelete
  2. Sesama ahli komponen pun tidak sehaluan, bagaimana mahu menguasai sebuah negeri. apalagi sebuah negara??

    ReplyDelete
  3. Lebih baik PR tunpukan negeri2 yang sudah mereka perolehi di SM.

    ReplyDelete
  4. Latar belakang dan asal usur parti tidak penting, yang penting sanggup memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Parti komponen harus bekerjasama memperjuangkan misi dan agenda yang sama.

    ReplyDelete
  6. BN menghadapi cabaran yang amat kuat dari parti pembangkang seperti STAR dan SAPP dll. Harap PRU yang bersih dan adil akan dijalankan.

    ReplyDelete
  7. Isu PATI harus ditanggani dengan pertubuhan RCI.

    ReplyDelete
  8. PR mmg mengharapkan mereka dpt menguasai Sabah, tapi ia tak begitu mudah kerana pendudk Sabah tak sokong PR.

    ReplyDelete
  9. PR Sabah bermasalah di Sabah, PR kini makin kekurangan ahli kerana ramai ahlinya dah sertai parti lain. PR tiada harapan di Sabah.

    ReplyDelete
  10. aku orang tempatan disabah, masakan pokok bergoyang tanpa angin , di kimanis jalan papar pula beratus-ratus pendatang asing siap dengan KAD PENGENALAN MALAYASIA ( ic ) projek bn ngok, siap kena bagi tanah lot-lot disana, yang orang tempatan pula kena singkir dibumi sendiri, siapa punya kerja kalau bukan bn ngok, tengok saja pengarah JPN kat negeri sabah ia adalah orang asing, bukannya orang tempatan tapi merekalah keutamaan bn ngok. adakah lojik keturunan bugis baru satu tahun disabah sudah mendapat kad pengenalan?

    ReplyDelete
  11. Jika bertanding dalam pilihanraya dengan menggunakan kaedah yang telus dan bersih, memberi peluang kepada semua parti bertanding menggunakan media cetak dan elektronik secara saksama berbicara dan kempen yang berhemah, tiada unsur-unsur fitnah dan cacimaki peribadi..andainya BN menang dan pakatan kalah sekalipun rakyat akan merestui kerajaan yang wujud dan penyokong pakatan pasti tak akan menentang kerajaan secara membuta tuli..rakyat pasti hidup dgn penuh harmoni..cuba sekali kalau tak percaya sbb rakyat Malaysia hari ini semuanya sudah matang dan berpendidikan..Malaysia pasti akan menuju ke arah negara maju dengan bergaya..

    ReplyDelete
  12. putatan ja ko tgk? bangang!!! nama ja timbalan ketua menteri.. mcmana la menteri2 ni mo tau kesusahan rakyat sabah, kalo pergi sana sini pasti bawak trafik suruh bagi jalan... nda pernah mahu rasa camana tu jem yg smakin teruk... kalo pemimpin2 sabah ni bijak lama byk sudah flyover utk elak kesesakan KK dan sekitarnya... kekayaan sabah suma pgi persekutuan.. menteri2 dgn ketua menteri ni buta sbb sudah disogok dgn mcm2 kesenangan.. ingatlah rakyat sabah makin matang dlm menilai... kami bkn benci BN or UMNO. tp jdlah pemimpin yg betul2 membela rakyat sabah xkisahlah dri parti manapun yg penting adillah dgn rakyat sabah.. cukuplah slma ini kita ditindas..

    ReplyDelete
  13. ini kalilh rakyat sabah membuang itu BN..kamu bo menang kwsn yg mejoriti PATI saja...sejarah politik sabah sudah membuktikan kalau kami sudah tidak suka..ingat itu USNO, BERJAYA..ini kali BN pula..ini kali lah

    ReplyDelete
  14. mungkin kekal tp dengan majoriti yg kurang lah...sebab undi belia semua kepada PR @ bebas...

    ReplyDelete
  15. saya sokong bn sampai mati..alang2 menyokong ..sokongn bn sampai kojol . mampus bersama-sama dengan PATI.

    ReplyDelete
  16. bukan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat sabah tapi kebanjiran pendatang asing,rakyat sabah harus bangkit daripada diperbodohkan dan hak2 orang sabah diambil dan dinafikan.negeri sabah mempunyai hasil yang banyak tapi rakyat termiskin dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.Ini kali lah

    ReplyDelete
  17. Isu pengambilan tanah rakyat didalangi Musa Aman kerana kuasa meluluskan tanah adalah hak mutlak Ketua Menteri Sabah.


    Yong cakap kuasa tersebut sudah dipindahkan kepada kabinet negeri...siapa yang benar ni?

    ReplyDelete
  18. BN sabah akan menang pada pru13 nanti....ini kerana belum ada sepakat dari pembangkang untuk formula 1 lawan 1..

    ReplyDelete
  19. sabah dan sarawak akan menjadi the kingmaker pada pru13 nanti...siapa yang dapat sokongan lebih maka dia akan menang..

    ReplyDelete
  20. namun, PR tiada apa2 yang dapat ditawarkan kepada sabah...PR juga berasal dari semenanjung...jika PR menang, mereka juga akan memerlukan sumber dari sabah terutama minyak dan gas untuk pendapatan negara...mungkin tidak akan berlaku kenaikkan royaluti minyak kepada 20%...

    ReplyDelete
  21. apa yang pasti, pru13 akan menjadi pru yang paling sengit...undilah dengan bijak..

    ReplyDelete
  22. PR hanya memberi janji kosong sahaja.

    ReplyDelete
  23. BN pasti akan menang lagi dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  24. Sesama sendiri pun tidak dapat mencapai kesefahamaan, bagaimana mau memimpin Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  25. parti pembangkang di sabah buat masa sekarang ini masih blum dapat menganggu gugat parti bn/umno yg ada di sabah ini dengan mengunakan teknik penipu bn yg telah berpuluh-puluh tahun lamanya yg telah di amalkan disabah ini di tambahkan sikap bumiputera asli sabah sendiri yg tidak berani sama sekali merobah pemimpin-pemimpin sabah yg terlalu kuat rasuah dan kroni-kroni sanak-saudara,terlalu ramai dan hampir keseluruhan rakyat sabah mendewakan pemimpin yg penuh korup dan tidak dapat melaksanakn tanjung jawab sebagai menteri sabah,anda lihat lah sendiri dengan mata kepala anda dan di sekeliling anda yg telah pemimpin yg ada disabah ini telah lakukan utk anda,yg kaya tetap mewah dan yg miskin tetap pada-kedana,
    mari la kita sama berganding bahu utk membuat perubahan pemimpin yg lebih bertangung-jawab demi masa depan rakyat sabah,,

    kita kuburkan penjajah UMNO dan BN...

    ReplyDelete
  26. urg sabah kalau takut mati undi lah BN kini dan selamanya, cium la tapak tangan menteri-menteri sampai puas,jadikan lah diri di perbodohkan oleh menteri,'memang ok bah kalau kau'

    ReplyDelete
  27. Pembangkang hanya ada angan2 kosong sahaja.

    ReplyDelete
  28. PRU13 nanti pasti meriah, tapi apa yang lebih apsti, pembangkang akan hilang banyak deposit.

    ReplyDelete
  29. PRU13 adalah hari2 terakhir BN memerintah Malaysia....tunggu unk di tumbangkan.

    ReplyDelete
  30. BN tidak serius menangani masalah PATI di Sabah. Lihat sajalah RCI yang diwar-warkan kenapa sampai sekarang diam saja.Bila nak umumkan? Nak tunggu sampai rakyat lupakah? Dasar UMNO/BN penipu tersohor negara.

    ReplyDelete
  31. dear mary..
    ckp saja tak guna berapa ko dapat duit dari BN? jangan jadi barua..

    ReplyDelete
  32. dear mary

    ko kasih menang itu PATI la..

    ReplyDelete
  33. I believe the people in Sabah know that unlike the opposition, BN makes and keeps their promises

    ReplyDelete
  34. Ikhlas saya katakan,saya akan mengundi ''LAWAN BN',sebab saya nak rasuah hapus,yg pastinya zaman suburnya rasuah adalah semasa BN memerintah,saya tetap disitu sehingga rasuah hapus.''ABU'''

    ReplyDelete
  35. Sabah adalah makmal pertama penipuan, mencipta 'pengundi hantu' dan terbukti berkesan....! skrng digunapakai ke negeri2 semenanjung M'sia, hanya ingin mencapai kerakusan politik kotor UMNO..

    ReplyDelete
  36. dear TANYA!

    DIMANA LG KAH HENDAK MEMBUAT PENGADUAN????
    SEMUA SISTEM DAH KORUP!!!
    MUNKIN KAT PBB KE??.........
    UMNO/BN DAH KASI HANCUR LEBUR...NEGARA!!!
    MALAYSIA AKAN AMAN TANPA BN......SILA JWB DEAR TANYA?

    ReplyDelete
  37. Percubaan menipu undian berskala besar, pertama kalinya di buat di Sabah. Pengundi tambahan di cipta memlaui Projek IC atau Projek M. Ia hasil kerja jahat oleh sekumpulan kecil penjawat di agensi yang sah seperti SPR, JPN, Imigresen. Pernah di cadangkan verifikasi senarai pengundi di lakukan oleh MIMOS, kerana SPR sudah hilang kredibilti untuk menjadi badan bebas yang telus dan tulus. BERSIH 3.0, Duduk dan Bantah, di harap bilangan rakyat yang sedar dan ikhlas lebih ramai daripada hantu-hantu yang dicipta oleh kerja-kerja jahat dan jelek ini.

    ReplyDelete
  38. Angan-angan PR cuma tinggal kenangan saja. Kerana kita tahu PR tidak akan dapat apa yang mereka mahukan.

    ReplyDelete
  39. jangan harap la pembangkang boleh ambil alih sabah.. kehulu kehilir minta rakyat bersatu, tapi dikalangan parti pembangkang sendiri tidak mahu bersatu..

    ReplyDelete
  40. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's pronouncement that he and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman are working closely to develop the State has put to rest propaganda that there were differences between the two top leaders.

    ReplyDelete
  41. Parti Bersatu Sabah (PBS) Information Chief Datuk Johnny Mositun, in welcoming the statement, said those who harboured hope of seeing the leadership split should now reconcile and join forces in fostering greater unity in developing the State and nation for the benefit of the people.

    ReplyDelete
  42. "It is important to maintain political stability in Sabah for us to forge ahead, reaping more project funding to enhance infrastructure development that entail transformation in the State's social and economic landscape," he said.

    ReplyDelete
  43. He said the people were just beginning to experience profound changes introduced by the Federal Government under the leadership of Najib through the many innovations such as Government Transformation Programme (GTP) in the public services, Economic Transformation Programme (ETP) in partnership with private sector and Political Transformation Programme (PTP) in reviewing the critical laws and regulations in conjunction with norms of time and statutory protection of citizen rights.

    ReplyDelete
  44. "We applaud the resolve taken for the first time and under the present Federal Government that areas and objectivity of transformation under these programmes are quantitatively and qualitatively determined - tagged as the National Key Result Areas (NKRA) for GTP and National Key Economic Areas (NKEA) for the ETP," he said.

    ReplyDelete
  45. He said public and ministerial implementers were now put on their toes because all issues and matters for development are strategically monitored on timeline basis and evaluation on achievement and performance to the NKRA and NKEA are reflected through the Key Performance Indicators (KPI).

    ReplyDelete
  46. Mositun, who is also a Deputy Speaker, said the Political Transformation Programme had also seen review and enhancement of Acts of Parliament.

    ReplyDelete
  47. He added that the activation of Select Committees to look into electoral reform, matters related to Illegal Immigrants in Sabah and the Lynas controversy was evident of the Government's readiness to listen and act.

    ReplyDelete
  48. "Since the BN government has clear vision with a specific agenda and road map to bring development to its people in order to achieve a high income Malaysia and is embarking on a journey to realise this aspiration under the initiatives, it is incumbent, therefore, that the people of Sabah stay united and be confident with the Federal leadership of Najib and State leadership of Musa for a better Malaysia," he said.

    ReplyDelete
  49. In addition, he said PBS under the stewardship of Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan would always stand by its founding objective, namely, to ensure that Sabah remains the State where Chinese, Kadazandusun, the Muslim and other minority communities live under the security of social justice, prosperity and fair distribution of jobs, economy and business opportunities.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.